dekorasi bajet

Dekorasi Bajet: 6 Tempat Termurah Wajib Anda Pergi

Fenomena Dekorasi Bajet mulai rancak semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Tempoh PKP tersebut memberi ruang dan peluang untuk kita semua menghabiskan masa bersama keluarga, dengan melakukan pelbagai aktiviti. Antaranya adalah mengubah suai bilik dan rumah.

Gambar sebelum dan selepas (sumber: Keluarga)

Di sini saya akan kongsikan enam tempat termurah untuk mencari barang-barang bagi projek dekorasi bajet anda. Dijamin harganya yang sangat berpatutan dan barangan yang berkualiti.

1. MR DIY

dekorasi bajet
Sumber: Insight DIY

Siapa sahaja yang tidak kenal atau tidak tahu tentang MR DIY kan? Sebuah kedai yang dilengkapi dengan pelbagai alatan dari alatan masakan, perhiasan sehinggalah makanan. Pelbagai barangan dekorasi yang bermula dengan harga RM2.50 boleh didapati di MR DIY.

Sebagai contoh, tong sampah mini boleh didapati dengan harga RM2.99 sahaja. Storan alatan mandian dan berus gigi boleh didapati dengan harga RM 7.90.

2. Ninso

Ninso merupakan kedai yang menjual barangan dengan harga RM 2.10 sahaja. Kebanyakan barangan di Ninso sama seperti MR DIY namun harganya jauh lebih murah. Sebagai contoh, saya pernah membeli berus cat bersaiz besar dengan harga RM2.10.

Kualitinya tidaklah sebagus berus cat yang berharga RM 10 dan ke atas, tetapi sangat berbaloi untuk penggunaan yang tidak berulang. Pilihan barangan di Ninso lebih banyak kepada barangan pertukangan.

3. Eco Shop

Satu lagi kedai barangan RM2.10 sahaja yang sangat popular di Malaysia. Di Eco Shop, daun hiasan, pasu bunga dan alatan dekorasi bertemakan “aesthetic” banyak dijual disini. Bagi peminat tema kehijauan dan moden kontemporari, anda digalakkan untuk ke Eco Shop dahulu sebelum ke tempat lain.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Berdasarkan pemerhatian, corak dan pilihan barangan dekorasi murah bertemakan aesthetic dan kehijauan lebih mudah untuk didapati di Eco Shop. Harga semestinya hanyalah RM2.10 setiap satu.

4. Kaison

Kaison merupakan kedai dekorasi yang wajib untuk anda singgah kerana hampir 90% barangan yang dijual terdiri daripada barangan untuk dekorasi. Dari langsir, set cadar, pelekat dinding sehinggalah ke lilin aromaterapi. Semuanya anda boleh dapatkan di Kaison dengan harga yang berpatutan.

Barangan di Kaison bermula dengan harga serendah RM 5.90. Selain itu, di Kaison, hampir setiap barangan dapat dikumpulkan warna dan temanya. Bagi sesiapa yang minat pada tema pastel, hitam dan putih dan lain-lain, anda boleh dapatkan barangan dekorasi anda di sini.

Anda dapat memadankan dan membayangkan bagaimana keserasian pilihan warna cadar tilam dan pelekat dinding sebelum membayarnya.

5. Ikea

Photo by Max Titov on Unsplash

Sekiranya Kaison menyediakan barangan-barangan bersaiz kecil, mudah dibawa dan bertemakan warna pilihan hati, Ikea pula menyediakan pilihan bagi dekorasi perabot untuk seluruh rumah dengan harga mampu milik.

Katil bersaiz queen boleh didapati dengan harga RM 299 sahaja manakala, meja belajar dengan harga RM 129 sahaja. Lebih mengejutkan lagi, lampu tidur dijual dengan harga serendah RM15 dan jam dinding serendah RM 6.90.

Kelengkapan bilik tidur, ruang tamu sehinggalah ke dapur dapat dibeli di Ikea. Kelebihan membeli belah barang dekorasi di Ikea adalah kita dapat melihat sendiri gambaran dan dekorasi yang kita mahu.

Selain itu, di Ikea juga terdapat pereka dekorasi yang akan membantu anda untuk merealisasikan impian dekorasi tersebut. Walaupun harganya mampu milik dan berkonsepkan “Do It Yourself” namun sebahagian perabot dari Ikea mempunyai waranti sehingga 25 tahun.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

6. Daiso

Sumber: Lowyat.net

Tempat keenam yang wajib anda pergi adalah Daiso. Ianya merupakan sebuah kedai yang berasal dari Jepun dan kebanyakan barangan yang dijual semuanya datang dari Jepun. Antara barangan kelengkapan rumah yang terdapat di Daiso adalah kotak penyimpanan barang dan hiasan bergantung.

Selain itu, barang yang sering digunakan oleh orang Jepun seperti set teh dan pinggan mangkuk juga terdapat di sini. Harga barangan yang dijual di Daiso adalah RM 5.90 bagi setiap barang.

Kesimpulannya

Tidak perlu tunggu ada duit yang banyak untuk mula mencantikkan rumah kita. Bermula dengan bajet yang ada dan tambahlah sedikit demi sedikit sehingga anda dapat rumah idaman anda.

Semoga artikel kali ini memberi anda semangat dan inspirasi untuk mula mendekorasikan rumah anda dan sekiranya berminat untuk info lanjut berkaitan dekorasi bajet, anda boleh dapatkan e-book Dekorasi Bajet! – 77 Tips & Teknik Dekorasi Bajet.

Klik gambar untuk dapatkan e-book anda sekarang.

Jika anda berminat untuk baca tentang kediaman, baca di sini. Baca tentang konsep minimalis dalam Islam di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *