pindah rumah

Pindah Rumah Baru: 5 Perkara yang Wajib Anda Buat

Pindah rumah baru merupakan sesuatu peristiwa yang besar dan tentunya mengujakan. Rumah idaman yang telah diperhati buat kesekian kali, akhirnya telah berjaya berada dalam genggaman. Buat pasangan yang baru berkahwin, semestinya rumah yang mampu memberi ruang privasi ini telah lama diidamkan.

Namun terdapat beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan sewaktu proses pindah rumah ini. Baca lebih lanjut artikel ini agar anda tidak terlepas dari membuat perkara-perkara ini.

1. Periksa rapi kawasan sebelum pindah rumah

Sebaik sahaja anda melawat ke rumah baru, pastikan anda membawa sticky note untuk ditampal di tempat-tempat yang terdapat kerosakan. Hal ini supaya kerosakan tersebut dapat dibaiki terlebih dahulu sebelum anda pindah rumah. Jangan nanti apabila semua perkara telah dipersetujui baru anda tersedar banyak benda yang perlu diperbaiki.

Ini dapat menjimatkan duit anda kerana kerosakan ini sememangnya perlu ditanggung kontraktor atau pemilik rumah bagi rumah sewa. Celikkan mata dan periksa setiap suis, retakan di dinding atau lantai, setiap sinki dan tidak lupa juga sistem kumbahan.

2. Tukar mangga dan kunci rumah

Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi ianya memberi impak yang besar. Anda tidak tahu siapa yang mempunyai kunci rumah anda. Mungkin pemilik sebelumnya, mungkin juga kontraktor rumah.

Jadi, langkah terbaik ialah dengan membuat temujanji dengan tukang kunci dan menukar semua mangga dan kunci di rumah. Tukar semua kunci yang memberi akses keluar dan masuk rumah anda, termasuklah tingkap. Anda mungkin terpaksa mengeluarkan sejumlah wang, tetapi ianya pasti berbaloi untuk keselamatan dan ketenangan minda.

BACA ARTIKEL:   Amalkan 5 tips temuduga ini, majikan gerenti ambil anda bekerja

3. Bersihkan seluruh kawasan sejurus pindah rumah

pindah rumah
Sumber: Unsplash.

Ini merupakan perkara yang agak biasa tetapi boleh menjadi melecehkan. Pastikan anda membersihkan kawasan rumah mengikut kepentingan masing-masing. Habuk, sawang, bekas cat dan lain-lain perlu dibersihkan dengan rapi agar mendapat pengudaraan rumah yang bersih.

Perabot yang perlu dibawa masuk, harus ditetapkan terlebih dahulu agar tidak membuat kerja dua kali. Sedikit tips, pastikan anda bermula dengan atas ke bawah iaitu siling ke lantai agar kerja pembersihan berjalan dengan lancar.

4. Azan dan pagarkan rumah

Melaungkan azan ketika pindah rumah baru amat digalakkan lebih lebih lagi jika rumah itu telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni sesiapa. Menurut sebuah hadis, Rasulullah S.A.W pernah memberitahu sekiranya premis atau rumah ditinggalkan kosong terlalu lama tanpa penghuni akan dimasuki sejenis jin yang bernama al-’Ammar.

Imam al-Bukhari meriwayatkan satu hadis dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.”

Selain itu, baca surah al-Baqarah dan teruskan amalan-amalan lain seperti membaca yassin, al-fatihah dan al-ikhlas setiap malam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

5. Kendalikan rumah dari semasa ke semasa

Lumrah rumah baru, semestinya terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik. Anda perlu mengambil satu persatu perkara dan menyelesaikan dengan sabar.

BACA ARTIKEL:   Hadiah DIY: 5 Idea Curi Hati Insan Tersayang

Jangan buat perubahan ketara selagi anda tidak duduk di rumah baru itu selama 2 ke 3 minggu. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk melakukan pembersihan rumah dan kerja pembaikian sendiri, upah saja orang untuk melakukan kerja tersebut.

Gunakan Kaodim kerana mereka menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah lori untuk pindah rumah, servis aircond, servis pembersihan dan juga plumbing! Kaodim membolehkan anda membuat bayaran atas talian yang amat berguna sekali terutama diwaktu anda tidak mempunyai wang tunai.

Kaodim yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Sumber: Kaodim

Klik di sini untuk melihat servis yang ditawarkan Kaodim atau klik terus gambar di atas untuk ke laman web Kaodim.

Kesimpulannya

Untuk mendapatkan rumah yang selesa dan cantik anda memang perlu membayar tidak kiralah dengan masa atau wang. Adalah lebih baik kita memulakan kehidupan di rumah baru dengan suasana yang selesa dan tenang.

Baca lebih lanjut tentang tips dekorasi rumah di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *