kelebihan InVideo

Kelebihan InVideo: 5 Sebab WAJIB Guna untuk Sosial Media

InVideo merupakan video editor platform yang memudahkan proses pembuatan video untuk sosial media. Anda tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal kerana InVideo merupakan aplikasi yang sangat mudah dan saling tidak tumpah seperti Canva.

Sememangnya perisian seperti Adobe Premiere Pro dan DaVinci Resolve kelihatan gah dan professional, tetapi di masa yang serba pantas ini, InVideo yang mempunyai user interface yang mesra sangat memberi kelebihan. Jadi artikel kali ini, akan mengupas kelebihan InVideo dan sebab anda perlu menggunakan InVideo untuk sosial media anda.

Kelebihan InVideo 1: Personalisasi bagi setiap platform

InVideo menyediakan template tersedia bagi setiap platform seperti Facebook atau Instagram story, Facebook newsfeed atau Instagram post, LinkedIn Newsfeed, Youtube, IGTV, Facebook Carousel Ad dan lain lain. Jadi anda boleh membuat video-video dengan saiz bersesuaian dengan platform tersebut.

Template juga telah disediakan dan anda boleh menghasilkan video yang kelihatan profesional. Antara kategori template yang tersedia adalah seperti: 

  • Brand
  • Products
  • Ads
  • Presentations
  • offers/ coupons
  • COVID-19
  • Invitations
  • Motivational quotes
  • Webinar promos
  • Bite-size ads
  • Video Testimonials
  • Greetings
  • Listicles
  • Snackable videos

Kelebihan InVideo 2: Beribu stok percuma

Anda boleh mendapatkan beribu stok video dan gambar percuma di galeri InVideo. Ini bakal melengkapkan video effect yang ingin anda lakukan.  Selain itu anda juga boleh memilih lagu dari galeri muzik sebagai pelengkap video anda. Namun tiada kekangan jika anda tidak suka dengan muzik yang disediakan kerana anda masih boleh memuatnaik lagu pilihan anda tersendiri.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Selain itu, InVideo juga mempunyai text atau font library yang membolehkan anda memilih tulisan yang bersesuaian lebih-lebih lagi jika ianya video bersifat campaign atau promotional. Pelbagai kesan animasi juga tersedia bagi menyerlahkan lagi video anda.

Kelebihan InVideo 3: Ubah website atau artikel menjadi Video

Menurut Talkwalker, video menghasilkan 10 kali ganda perkongsian berbanding content tulisan dan gambar. Jadi, menghasilkan video terrnyata amat berkesan sebagai salah satu strategi marketing.  Dengan InVideo, anda booleh menukarkan skrip kepada video.

Setelah anda memilih pilihan Convert Script to Video, anda boleh memilih theme yang bersesuaian. Selepas itu, bawa gambar dan video ke storyboard untuk menukarkan keseluruh skrip menjadi video. Setelah selesai anda boleh mengeksport video anda dan muat naik di platfom bersesuaian. Ini secara tidak langsung  bakal meningkatkan engagement audiens anda.

Kelebihan InVideo 4: Harga yang berpatutan

Anda boleh menggunakan InVideo secara percuma dan mengeksport sebanyak 60 video sebulan. Namun, kekurangan menggunakan pelan percuma ialah video anda akan mempunyai watermark.

Jadi, plan yang disediakan ialah serendah 10$ agi bisnes dan 30$ untuk pakej unlimited.

Kelebihan InVideo 5: Customer Support yang efisien

InVideo juga mempunyai customer support 24 jam yang sangat efisien.  Ramai pengguna InVideo menyatakan customer support yang pantas ini merupakan antara kelebihan terkuat InVideo. Selain itu, anda juga akan memiliki akses percuma ke InVideo.io Faceboook Community support.  

Kesimpulannya,

InVideo memberikan banyak kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial. Anda boleh klik di sini untuk memulakan pengalaman anda di InVideo.

Klik di sini untuk membaca tentang tips pemasaran di Instagram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *