pemasaran instagram

5 Tips Pemasaran Instagram Yang Memikat

Pemasaran merupakan tulang belakang sesebuah perniagaan tak kira perniagaan besar atau kecil , produk atau servis. Instagram merupakan salah satu medium pemasaran digital yang popular pada masa kini. 

Pastinya ramai yang mencari tips-tips pemasaran Instagram kan ? Semestinya semua orang tahu apa itu Instagram, iaitu sebuah aplikasi yang menggunakan gambar untuk berkongsi cerita dan kisah. Ada banyak tips pemasaran Instagram yang boleh didapati dari pelbagai sumber. 

Selain menjadi album online untuk kegunaan peribadi, Instagram juga digunakan sebagai medium pemasaran yang  baik lagi efektif. 

Disini saya ingin kongsikan antara 5 tips pemasaran Instagram yang memikat pandangan prospek dan pelanggan.

Tips pertama : Penggunaan logo / vector yang konsisten

Dalam setiap gambar atau poster yang kita nak guna untuk post di Instagram, kita letakkan logo atau vektor icon branding kita. Ini supaya audien kita sentiasa nampak logo atau vektor kita dan mereka mudah ingat dan kenal kita. Posisi logo atau vektor juga perlu konsisten. Selalunya di sebelah bawah kanan atau kiri, atau atas sebelah kanan atau kiri. Saiz logo juga jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Saiznya logo atau vektor lebih kurang grid 1/25 – 2/25 atau 1/36 – 3/36  untuk saiz instagram post 1080px X 1080px. 

Tips kedua : Penggunaan ‘frame’ atau latar belakang warna identiti korporat

Untuk memperkemaskan lagi gambar atau poster , kita boleh gunakan ‘frame’ yang bentuknya konsisten untuk letakkan gambar atau sekiranya kita desain poster, kita boleh gunakan warna identiti korporat sebagai warna latar belakang poster. Ianya lebih mudah bagi pelanggan atau audien mengenali dan ingat kita.

Bagaimana nak dapatkan warna identiti korporat?

Warna identiti korporat tak semestinya dari warna logo. Ia boleh juga dari warna pakaian seragam atau warna yang dipilih dari tim pengurusan tetapkan untuk pembungkusan produk atau suasana pejabat (sekiranya untuk perniagaan servis).

Kumpulan warna untuk pemasaran instagram

Elakkan terlalu banyak warna latar belakang berlainan untuk setiap posting. Mungkin boleh set 3 warna atau jenis latar belakang untuk tidak kelihatan terlalu membosankan. Hari ni latar belakang biru, esok merah, lusa kuning. Atau boleh tukar-tukar secara mingguan juga. Atau boleh set warna lain untuk jenis posting berlainan. Contoh, testimoni warna merah, promosi warna kuning dan produk info warna biru.

Tips ketiga : Gambar yang realistik 

Contoh photoshoot produk makanan. (Sumber: Food photo created by freepik – www.freepik.com)

Kalau anda perasan, ramai yang suka ambil gambar (photoshoot) yang digayakan bersama model atau tanpa model. Tujuan photoshoot ialah untuk mendapatkan gambar produk atau servis yang nampak lebih realistik . Ia secara tidak langsung akan mempengaruhi prospek atau bakal pelanggan untuk mencuba dan membeli produk serta servis yang kita tawarkan. Gambar boleh diambil di studio atau di luar studio . Pemilihan jurugambar juga tidak terhad kepada yang profesional. Anda sendiri boleh ambil gambar produk anda. Hanya perlu sedikit skil untuk ambil gambar, pencahayaan dan editing.

Tips keempat : Jangan lupa masukkan konten video

Supaya Instagram kita tak bosan, adalah baik untuk kita selang-selikan konten kita dengan video. Kita boleh buat video guna kamera telefon pintar atau boleh guna aplikasi video seperti Canva atau Invideo untuk dapatkan “footage” yang telah disediakan. 1 video hanya perlu 30 saat . Atau tidak lebih dari 60 saat sahaja. Anda boleh masukkan lagu yang telah disediakan di dalam aplikasi video untuk jadikan video anda lebih menarik.

Tips kelima : Perkongsian maklumbalas & testimoni sebagai taktik pemasaran instagram

Sentiasa buat susulan untuk dapatkan maklum balas pelanggan. (Sumber: Man photo created by cookie_studio – www.freepik.com)

Maklumbalas dan perkongsian testimoni boleh dijadikan bahan pemasaran yang menarik. Siapkan template atau poster khas untuk tampal testimoni sebelum kongsi di Instagram. 

Di dalam poster maklumbalas dan  testimoni juga jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada pelanggan. 

Kesimpulannya,

Diharap 5 tips ini dapat membantu anda dalam membuat pemasaran Instagram yang mampu memikat prospek dan juga pelanggan anda.  Pastinya dengan adanya tips-tips pemasaran ini boleh membantu anda untuk menyusun konten pemasaran yang sesuai. Jika anda telah yakin untuk mengambil langkah di atas tetapi merasa sangsi kerana jumlah pengikut yang sedikit, anda boleh dapatkan tips tingkatkan followers di sini.

Selain daripada tips tips yang disebut di atas, Instagram ads juga sedang mendapat sambutan yang hangat. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat Instagram ads di link ini!

Jika anda masih lagi baru dan tidak tahu asas bisnes atas talian, saya ada tuliskan lebih lanjut tentang asas digital marketing di sini.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *