pelaburan emas hellogold

5 Kelebihan Pelaburan Emas HelloGold

Merancang kewangan untuk kegunaan masa depan merupakan suatu tindakan yang bijak. Terdapat banyak alternatif untuk merancang kewangan termasuklah pelaburan emas. Pelaburan emas HelloGold merupakan salah satu cara yang mudah dan memberikan banyak kelebihan kepada pelanggannya.

HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia, membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Terdapat banyak kelebihan yang boleh dinikmati menerusi pelaburan emas HelloGold.

1. Tawaran harga mampu milik

Dengan serendah RM1 anda boleh memulakan pelaburan anda di HelloGold. Berbeza dengan pelaburan emas fizikal di mana anda harus melabur mengikut timbangan emas, di HelloGold anda membayar harga Ringgit Malaysia untuk mendapatkan jumlah emas anda. Anda juga boleh menikmati caj tahunan serendah 2%. Hal ini memberi peluang yang lebih luas untuk lebih ramai lagi pengguna untuk memulakan pelaburan emas.

Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan iaitu:

  1. HelloGold Biasa
  2. HelloGold Pro
Kredit: HelloGold

Anda boleh memilih mana-mana akaun yang bersesuaian dengan kehendak anda dengan pendaftaran percuma.

2. Keselamatan yang terjamin

Setelah memulakan pelaburan emas HelloGold, anda telah mengamanahkan mereka untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan emas anda. Emas anda adalah selamat di tangan mereka. Emas-emas anda adalah terjamin dan disimpan di bilik kebal mereka yang dikawal rapi di Singapura. Jongkong emas HelloGold adalah disimpan oleh penyimpan rasmi mereka iaitu BullionStar International. BullionStar diinsuranskan oleh penaja jamin terkemuka, Chubb International. Kesemua logam berharga BullionStar yang disimpan di dalam bilik kebal diinsuranskan pada nilai gantian penuh.

BACA ARTIKEL:   8 Idea Jana Pendapatan Pasif pada Tahun 2023

Maka, anda tidak perlu khuatir akan keselamatan emas anda kerana HelloGold akan sentiasa memastikan semua emas anda tersimpan rapi.

3. Urusan jual beli yang mudah

Kredit: Hellogold

Anda boleh menjual emas dalam akaun anda kepada pihak HelloGold semula atau menebusemas anda secara fizikal untuk dihantar ke rumah anda, semua ini boleh dilakukan dengan mudahnya di HelloGold. Tambahan pula, HelloGold menggunakan aplikasi yang mempunyai platform yang mesra pengguna yang membolehkan setiap orang membeli, menyimpan dan menjual emas dengan cara yang berpatutan.

Selain itu, dengan aplikasi HelloGold, anda juga boleh melihat harga emas terkini di pasaran serta mebeli dan menjual emas di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa.

4. Emas yang diperuntukkan

Emas yang diperuntukkan bermakna emas tersebut merupakan hak milik anda dan anda adalah pemilik sah emas tersebut. Akaun emas diperuntukkan menggunakan dana anda untuk membeli dan menyimpan emas secara fizikal di dalam bilik kebal yang selamat, diinsuranskan. Emas tersebut kekal di dalam bilik kebal dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain.

Sekiranya anda membeli emas di HelloGold, anda merupakan pemilik yang sah kepada emas tersebut. HelloGold pula merupakan penjaga emas yang ditetapkan. Emas anda adalah dilindungi sekiranya HelloGold ditutup atas sebarang sebab. Pelaburan emas HelloGold anda tidak akan tersia-sia.

5. Pelaburan emas HelloGold patuh syariah

Kepatuhan sesuatu sistem pelaburan terhadap undang-undang syariah merupakan satu perkara yang diambil berat oleh para pelabur-pelabur baru. Dengan membuat pelaburan emas di HelloGold, anda tidak perlu khuatir kerana HelloGold telah menerima pengiktirafan Patuh Shariah oleh Amanie Advisors.

HelloGold telah memenuhi dua syarat paling penting di bawah undang-undang Syariah iaitu:

  1. Ia dijamin oleh emas secara fizikal serta diperuntukkan sepenuhnya, dan
  2. Proses membeli dan menjual emas secara fizikal dilengkapkan dalam masa yang dibenarkan oleh piawaian.
BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memulakan pelaburan emas anda di HelloGold.

Kesimpulannya,

Mulalah menyimpan untuk masa depan anda menerusi pelaburan emas di HelloGold. Muat turun aplikasi HelloGold di PlayStore atau AppStore sekarang dan dapatkan rebat sebanyak RM5. Gunakan promo kod AHMA896D atau klik di sini untuk info lanjut.

Klik di sini untuk membaca tentang pelaburan saham.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *