Apa itu rumah lelong? Ringkasnya rumah lelong merupakan rumah yang terpaksa dilepaskan tuan rumah atas arahan bank kerana gagal membayar ansuran atau baki nilai tunggakan. Ia membolehkan pemindahan hak pemilikan dari satu pihak ke pihak yang lain secara sah. Mendapatkan hartanah lelong mempunyai risiko yang besar tetapi dalam masa yang sama boleh memberi pulangan yang tinggi.
Membeli rumah lelong merupakan proses yang kompleks dan perlu dibuat dengan kajian yang banyak. Namun, kelebihan hartanah lelong membuatkan ramai yang ingin memiliknya. Artikel kali ini akan mengupas 5 kelebihan rumah lelong agar anda lebih yakin untuk meneruskan pembelian hartanah anda.
Table of Contents / Kandungan
Harga yang berbaloi
Jika anda membeli rumah lelong sudah pasti harganya lebih rendah dari harga pasaran. Lebih-lebih lagi jika lokasi rumah tersebut adalah di kawasan idaman anda, maka ianya memang sangat berbaloi. Sebelum membida di lelongan, anda perlu tahu berapa harga hartanah pasaran dikawasan tersebut. Hal ini supaya anda dapat mebuat penilaian yang tepat dan memastikan ianya dalam jangkauan peruntukan anda.
Peluang yang adil
Setiap orang akan mendapat peluang bidaan yang sama. Tidak kiralah sama ada bidaan tersebut dibuat secara langsung atau pun dalam talian. Bidaan yang tertinggi akan berjaya memiliki rumah yang dilelong. Penting untuk anda hadir lebih awal ke dewan lelongan bersama dokumen dan deposit yang diperlukan. Ini bagi mengelakkan keserabutan yang boleh berlaku. Jika ini adalah kali pertama anda membeli rumah lelong, anda boleh mendapatkan bantuan ejen hartanah untuk mewakili anda dalam proses bidaan.
Kadar komisen yang rendah
Kadar komisen ejen hartanah untuk membeli rumah lelong adalah kebiasaannya lebih rendah berbanding proses membeli rumah secara konvensional. Dengan ini, anda boleh menjimatkan bajet dan menggunakan wang tersebut untuk proses dekorasi atau baik pulih rumah di kemudian hari. Untuk lebih jimat, anda boleh menguruskan proses pemberian sendiri tanpa bantuan broker hartanah. Ianya tidak mustahil asalkan anda telah membuat kajian yang mendalam.
Percaya diri sendiri
Membeli rumah lelong akan membuat anda mengenali dan percaya pada diri sendiri. Persoalan seperti “lokasi kediaman terbaik“, “adakah kawasan perumahan ini bersesuaian” pasti akan timbul. Ini memerlukan anda menimbang berat baik buruk sebelum membuat keputusan. Malah proses pembidaan juga memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Anda perlu membida dengan bijak dan tidak emosi. Selepas proses pencarian rumah lelong ini, anda pasti akan lebih mengenali dan mempercayai diri sendiri.
Tiada harga tetap
Ya, rumah lelong tiada harga tetap. Jika anda merupakan pembida tertinggi, anda bakal memilik rumah tersebut. Kadangkala bidaan anda boleh jadi lebih renda dari bajet yang telah anda tetapkan. Setelah tukul diketuk, rumah tersebut secara undang-undang telah menjadi milik anda. Penjual tiada peluang lagi memasarkan rumah dengan harga yang lebih tinggi.
Jika anda telah yakin dengan membaca kelebihan ini, nasihat saya teruskanlah membeli rumah idaman anda. Tetapi pastikan terlebih dahulu anda belajar selok belok jualan rumah lelong ini. Prosesnya yang kompleks boleh membawa kerugian jika tidak kena caranya.
Kesimpulannya
Nasihat saya, penuhkan ilmu di website yang mengajar tentang hartanah terutama sekali berkaitan rumah lelong. Jika hendak lebih mudah, anda boleh dapatkan e-book Rahsia Rumah Lelong dari tuan peguam Ahmad Tarmizi Jusoh. Dalam bukanya, beliau mengumpulkan pengalaman beliau dan klien dalam mendapatkan rumah idaman dan permasalah yang telah dihadapi. Tidak rugi untuk membeli kerana pengalaman ini amat berharga. Lagi pun, adalah lebih baik kita bersiap sedia sepenuhnya sebelum melakukan sesuatu yang besar seperti proses membeli hartanah ini.
Jika anda ingin membaca tentang tips pindah rumah baru, boleh klik di sini.