bisnes mudah

7 Idea Bisnes Mudah buat Pemula

Di waktu pandemik ini ramai yang menghadapi kesukaran dalam bidang kerjaya. Jadi untuk menambah sumber pendapatan otak ligat memikirkan bisnes mudah yang boleh dilakukan. Dengan keadaan yang tidak menentu ini, memang bagus untuk kita menyediakan backup plan. Tidaklah terkapai-kapai di kemudian hari.

Jadi, artikel ini akan memberi beberapa idea bisnes mudah buat pemula.

Jual Frozen Food

Perniagaa frozen food sesuai untuk mereka yang tidak berapa mempunyai skil memasak. Ini kerana anda tidak perlu pun membuat makanan tersebut sebaliknya terus mendapatkan stok frozen food di kilang. Makanan frozen food yang popular dan pelbagai seperti dim sum, nugget, corn dog, karipap dan kuih muih akan memberi anda peluang pemasaran yang lebih besar. Anda boleh menjual makanan ini kepada kedai runcit mahupun rakan-rakan.

Disebabkan PKP yang berlaku, ramai orang yang berada di rumah. Pastinya mereka sibuk dengan work from home sambil menguruskan pembelajaran anak-anak secara dalam talian. Frozen food akan menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan sesuatu yang mudah dan digemari anak-anak.

Home barista

Trend kopi bertaraf kafe semakin memuncak hari ini. Jadi anda boleh ambil peluang dengan menjadi home barista. Ini bersesuaian dengan mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap kopi dan mempunyai alatan membru kopi. Disebabkan ramai yang bekerja di rumah, ambil peluang anda untuk melakukakan pengantaran kopi ke depan pintu rumah. Peminat kopi terdiri dari pelbagai kategori umur dari pelajar hinggalah pekerja. Jadi peluang ini memang agak cerah. Jika mereka menyukai kopi anda, bolehlah anda meneruskan ke tahap yanng lebih tinggi dengagn membuka kafe dan sebagainya.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Jual baju bundle

Memang diakui baju bundle merupakan bisnes yang agak kompetitif pada hari ini. Telah ramai yang menjual baju bundle terutama sekali di Instagram atau pun Shopee Live. Namun, modal yang berpatutan dan kolam pasaran yang tinggi boleh menjayakan bisnes ini. Jika anda sendiri adalah peminat fashion dan tidak kekok mengendalikan siaran live, bisnes ini semestinya sesuai untuk anda.

Buka foodtruck

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Foodtruck sesuai untuk mereka yang minat memasak. Modal yang perlu dikeluarkan tentulah dengan membeli foodtruck terlebih dahulu. Bawa foodtruck ke tempat yang mempunyai ramai orang seperti sekolah atau pun padang permainan. Anda boleh menjual makanan ringan dan air balang atau pun makanan yang sedang trending seperti set ayam korea spicy dan sebagainya. Kaji terlebih dahulu menu agar tidak menyesal di kemudian hari.

Jual hasil karya seni

Jika anda berbakat dalam seni, anda boleh menjual hasil karya seni anda. Wall potrait, beg tangan crochet, customized phone cases dan banyak lagi yang boleh anda lakukan. Ramai juga yang menjual t-shirt dan totebag dengan hasil seni mereka melalui sistem printing on demand. Maknanya, produk akan terhasil jika medapat permintaan dan anda boleh terus membayar printing servis dengan menggunakan bayaran yang dibuat pembeli. Buatkan minda kreatif anda mampu menjana wang untuk anda!

Servis runner

bisnes mudah
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Disebabkan banyak bisnes yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, permintaan untuk runner juga meningkat. Anda boleh membuat bines yang menawarkan servis runner. Lebih-lebih lagi jika anda duduk di kawasan luar bandar yang Grab dan FoodPandanya kurang berkembang. Ini adalah peluang anda untuk menjana wang kerana pemilik bisnes pasti akan sibuk dan tidak mampu melakukan penghantaran kepada semua pelanggan. Rebut peluang bisnes mudah ini jika anda arif selok belok daerah anda dan pandai menggunakan motosikal.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Bisnes Burger

Antara bisnes mudah lain yang sering kita lihat ialah bisnes burger. Menjual burger merupakan sesuatu yang menguntungkan kerana burger merupakan juadah yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Walaupun ramai yang menjual burger, peluang anda tetap besar kerana permintaan yang tinggi dalam semua kalangan umur. Ianya tidak memerlukan skil yang terlalu kompleks dan pekerja yang diperlukan juga sedikit iaitu 1-2 orang sahaja.

Malah bisnes burger mampu menjana sehingga 5 angka sebulan! Namun tentulah banyak faktor yang menyumbang kepada 5 angka ini. Rahsianya ada dalam e-book Bisnes burger daripada saudara Afiq Dato’ Rusly.

Klik gambar untuk dapatkan e-book anda.

Kesimpulannya

Diharap idea-idea bisnes mudah ini membantu anda untuk meneruskan langkah dalam membina peniagaan pertama. klik entri tentang Nak Mula Bisnes: Jual produk atau Servis di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *