part time di rumah

7 Kerja Part Time di Rumah yang Boleh Menyelamatkan Poket Anda

Apabila mendengar istilah ‘part time di rumah’ anda sudah mula tidak sedap hati. Bukan apa, terdapat banyak iklan jawatan kosong yang menggunakan istilah ini untuk memancing insan kesusahan dengan tujuan menipu mereka. Taktiknya mudah iaitu dengan meminta wang modal sebelum dibenarkan bekerja. Skop pekerjaannya pula nampak mudah berbanding gaji lumayan yang ditawarkan.

Jika ini yang anda bayangkan, jangan risau kerana dalam entri kali ini saya akan menyenaraikan 7 kerja part time di rumah yang dipercayai dan boleh menyelamatkan poket anda. Teruskan membaca artikel ini.

Dropship produk online

Ini antara yang common yang kita nampak. Dropship perlu menjual produk yang telah mereka pilih. Menariknya menjadi dropship mereka tidak perlu memegang stok sebaliknya hanya perlu mempromosi item tersebut di sosial media. Jika berjaya membuat jualan, komisen akan diberikan mengikut item. Menjadi dropship, anda perlu bijak memilih barang yang anda minat dan dalam pada yang sama memberi komisen yang tinggi.

Penulis

person using laptop on white wooden table
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Jika anda mempunyai minat untuk menulis, anda boleh cuba untuk menjadi penulis part time di rumah atau pun freelance writer. Anda boleh menulis untuk blog, majalah dan juga website bisnes. Jika anda kurang berminat untuk menulis artikel di blog, anda juga boleh menawarkan servis menulis cover letter dan resume. Kelebihan menjadi penulis, masa bekerja adalah lebih flexible.

Content creator

black iphone 4 on black textile
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Sekiranya anda ialah social media influencer atau TikTokers, peluang menjadi content creator adalah agak besar. Ramai syarikat bisnes di luar sana yang mencari microinfluencer untuk review produk meraka sekali gus mengharapkan anda mencipta content untuk mereka. Gaji yang ditawarkan juga selalunya lumayan iaitu dalam lingkungan RM 100-200 bagi setiap video yang anda buat.

Proofreader

Fungsi proofreader ialah membaca sesebuah dokumen dan memastikan dokumen tersebut tidak mempunyai sebarang kesilapan ejaan, tatabahasa dan juga format. Proofreader perlu membaca dokumen yang pelbagai sebelum dokumen tersebut boleh dihantar ke peringkat selanjutnya. Kebiasaannya, pekerjaan sebagai proofreader memerlukan anda bekerja mengikut deadline yang telah ditetapkan.

Translator

Kerja part time di rumah yang lain ialah sebagai translator. Anda boleh menterjemah dokumen, video dan sebagainya dari Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Jika anda mahir bahasa asing yang lain seperti bahasa Mandarin, Korea, Arab dan sebagainya, adalah lebih baik. Hal ini kerana, permintaan untuk menterjemah bahasa ini ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu lebih tinggi dan saingan pastinya tidak banyak.

Kerani data entry

Selain itu, banyak syarikat besar yang memerlukan kerani data entry. Skop pekerjaannya termasuklah mengumpul data dari pelbagai sumber dan memasukkannya ke database online syarikat. Kebiasaannya anda juga perlu mengisi dokumen, rekod dan spreadsheet. Justeru skil dalam menggunakan aplikasi seperti Microsoft Excel adalah sangat penting. Anda juga perlu mempunya integriti yang tinggi kerana ada masanya data yang perlu anda masukkan bersifat sulit.

Home tuition

Jika anda tidak suka bekerja dengan orang dan mengejar deadline, anda patut melakukan pekerjaan sendiri seperti membuka home tuition. Anda hanya perlukan kebolehan mengajar sesuatu subjek dn skil organisasi yang tinggi. Anda juga perlu sabar kerana setiap telatah murid mungkin berbeza mengikut umur masing-masing. Jika hendak bercakap tentang home tuition, pasti tidak cukup dalam satu artikel ini. Justeru saya sarankan anda untuk membaca e-book Bisnes Home Tuition dari Encik Mohamad Izuan Jalil. E-book tersebut akan mengulas step-by-step untuk membuka home tuition.

Part time di rumah

Klik gambar untuk dapatkan e-book Panduan Step-By-Step Memulakan Bisnes Home Tuition.

Saya tahu, ramai orang yang mencari pekerjaan di waktu pandemik ini. Malah ramai yang telah diberhentikan kerja akibat pandemik dan lockdown yang berlaku. Saya berharap segala urusan anda dipermudahkan dan diharap artikel ini serba sedikit dapat membantu anda. Jaga SOP dan jaga kesihatan anda.

Baca lebih lanjut tentang tips kesihatan di waktu pandemik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *