5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perak Startup Festival 2019

Perak Startup Festival (PSF) merupakan acara julung-julung kalinya diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya sendiri sangat teruja kerana sepanjang bermastautin di Perak (lebih 6 tahun) akhirnya ada juga satu program yang meraikan usahawan muda khususnya yang popular dengan bisnes startup.

Hujung minggu ini akan jadi sangat padat dengan pengunjung di sekitar lokasi program sebab bukan hanya ada PSF, tetapi juga ada Pangkor Dialogue dan Perak International Expo (PIEX) di Kompleks Sukan MBI di Ipoh!

OK, mari kita mulakan dengan 5 perkara yang mungkin anda belum tahu.

Penganjur utama PASAK & PJ Startup Festival

Kalau anda perasan dari segi poster PSF ini tak lari jauh dengan design PJ Startup Festival.

Ya, memang orang yang sama yang membawa idea ini kepada PASAK. Takpe. Bagi peluang. Lepas ini semoga PASAK boleh conduct sendiri event ini dengan 100% bakat anak tempatan.

Dulu team ini bergerak dibawah PEKA atau Pusat Kerjaya Amanjaya.

Lepas bertukar kerajaan negeri dari BN ke PH, PeKA yang berada dibawah portfolio Modal Insan – YB Howard, menjenamakan semula sebagai PASAK ataupun nama penuhnya Pusat Aspirasi Anak Perak.

Tak perlu nak sembang politik atau isu perkauman, tapi saya kagum dengan team yang menguruskan PASAK. Tahniah kepada YB Howard sebab berjaya membentuk pasukan yang mantap!

Pada bulan Ramadan yang lepas juga, team sukarelawan PASAK, bawah En. Zul turut bersama-sama GEMA Perak dalam progam MySaveFood Ramdan di Medan Gopeng.

Lokasi & cara ke sana

Anda boleh guna Google Maps atau Waze ‘Arena Badminton Perak’

Anda boleh juga gunakan Grab dengan mendapatkan kadar tambang yang murah. Gunakan kod GRABPIEX.

Dengan kod ini anda akan mendapat kadar tambang RM5 untuk 2 kali. Elok pergi carpool bersama rakan-rakan atau family supaya boleh jimat kos perjalanan pergi dan balik.

Aktiviti sepanjang 3 hari

Berikut ialah tentatif program sepanjang 3 hari PSF berlangsung.

Sangat padat dengan pelbagai pengisian khususnya forum dengan topik-topik tertentu.

Nak tengok padat ke tak, ada forum yang menampilkan sehingga 5 orang panelis (tak termasuk moderator), tetapi forum ini dijalankan dalam masa 60 minit.

Ikut matematik saya, sorang cuma boleh bercakap 5 minit dan buat 2 pusing. Lepas tu Q & A.

Kesian juga kalau panelis yang datang dari jauh tapi cuma boleh bercakap tak sampai 15 minit pun.

Senarai Peserta Pameran Booth Exhibition

Berikut ialah senarai exhibitor dan juga pelan layout. Saya tak pasti apakah maksud warna petak tersebut. Mungkin kategori atau jenis syarikat dan agensi.

Kalau tekaan saya tepat, warna kuning itu mungkin bermaksud syarikat atau startup yang berasal dari Perak.

Sebab warna yang lain merupakan syarikat dan agensi yang agak terkenal

Ini merupakan kali pertama saya menyertai sebagai exhibitor!

Ya. Inilah sebab yang paling penting kenapa saya sanggup tulis satu artikel di blog ini.

Printar Ipoh (sebuah startup dalam bidang marketing) buat julung-julung kalinya menyertai aktiviti sebegini.

4 minggu sebelum PSF ini, saya lekas-lekas mendaftar sebagai exhibitor.

Untuk makluman, jutaan terima kasih diucapkan kepada PASAK sebab memberi peluang menyertai acara ini secara percuma. Kami hanya perlu bayar deposit berjumlah RM200 sahaja.

Tak lupa juga kepada penaja-penaja lain seperti Sunway, Redone dan Vive yang menjadikan acara ini satu realiti.

Booth Printar Ipoh bernombor 34 dan terletak menghadap pentas utama.

Selama ini saya dah biasa buka booth bersama NGO seperti Pemuda GEMA Perak untuk acara Ipoh Car Free Day. Tapi kali ini lain macam sikit keseronokannya.

Penutup

PSF ini merupakan acara yang sangat menarik bagi saya. Di sinilah tempatnya untuk membina jaringan dan networking dalam perniagaan. Kalau dapat buat sales, bersyukur. Dapat tambah kenalan, lagi baik.

Saya sangat seronok dan teruja untuk 3 hari ini. Nantikan update-update spontan saya di Instagram dan Facebook story! Jumpa anda di sana!

Semoga acara ini akan diteruskan pada tahun akan datang. Kita perlukan lebih ramai bakat dan startup untuk terus berkembang maju!

Kredit: Facebook Perak Startup Festival

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *