MR.DIY kedai idaman setiap lapisan masyarakat. MR.DIY merupakan kedai perkakas rumah yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ia mempunyai tarikan tersendiri kerana mempunyai variasi barangan yang dijual pada harga yang berpatutan.
Berpegangkan slogan “Always Low Prices” Mr.DIY menjanjikan harga terendah berbanding kedai perkakasan yang lain. Ini menyebabkan MR.DIY menjadi kedai pilihan ramai orang jika ingin membeli-belah.
Table of Contents / Kandungan
MR.DIY kedai idaman jejaka
Kaum Adam amat menggemari MR. DIY kerana kemeriahan dalam alat perkakas rumah seperti alat pertukangan dan barangan elektrik. Ya, betul tu, barangan elektrik juga boleh didapati di MR. DIY. Antaranya seperti, toaster oven, cerek elektrik dan periuk nasi.
Selain itu, aksesori kereta yang pelbagai pilihan seperti alas tempat duduk, set tikar kereta pvc, jumper menjadikan MR.DIY tempat yang wajib dikunjungi para jejaka.
MR.DIY kedai idaman wanita
Para wanita kebiasaannya menganggap MR.DIY ini sebagai tempat ‘berhantu’. Hal ini kerana, walau pun sudah bertekad hanya untuk membeli satu barang, tetapi risiko untuk keluar dengan dua beg plastik penuh itu sangat tinggi.
Mana tidaknya, MR.DIY mempunyai palbagai jenis pinggan mangkuk yang cantik dengan harga berpatutan. Alatan pencuci pinggan, alatan pencuci tandas dan seluruh rumah juga lengkap, termasuklah magic sponge yang menjadi kegilaan masa kini.
Bagi peminat alatan kosmetik, mereka juga tidak terkecuali daripada membeli belah di MR.DIY ini. Bulu mata palsu, alat perapi kuku, set make up bagi pemula boleh saja didapati di MR.DIY tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
MR.DIY kedai idaman pelajar
MR.DIY menjadi kegemaran pelajar kerana variasi alat tulis yang dijual. Dengan harga serendah RM1.50, mereka boleh mendapatkan sebuah buku nota comel atau pelbagai jenis pen. Tidak sah rasanya jika tidak ke MR.DIY untuk mendapatkan semua ini. Dah lengkap semua, barulah rasa semangat untuk memulakan sesi persekolahan. Ya tak?
Jika pelajar yang tinggal di asrama, MR.DIY menjadi pilihan mereka untuk membeli penyangkut yang boleh dilekatkan di locker. Selain itu,stok makanan ringan juga banyak boleh didapati di MR.DIY.
MR.DIY kedai idaman usahawan muda
Sedar tidak sedar sudah 15 tahun MR.DIY beroperasi. MR.DIY berjaya mengukuhkan brand mereka dengan membuka lebih 300 cawangan di Malaysia. Setiap cawangan mereka ini pula menjadi tumpuan utama pelanggan untuk membeli-belah.
Bermula tahun 2016, MR.DIY telah mengorak langkah positif dengan membuka cawangan di luar negara seperti Thailand, Brunei dan Indonesia. Siapa sangka, MR.DIY yang hanya bermula sebagai kedai perkakasan rumah biasa di tengah Kuala Lumpur, telah menempah nama di peringkat antarabangsa.
Kedai pertama yang dibuka pada 2005, terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan merupakan kedai alatan perkakas rumah biasa. Kini MR.DIY menjadi lebih moden dan menempatkan pelbagai barangan di dalam stor yang sama.
MR.DIY menyentuh hati masyarakat
Seperti yang diketahui, kita telah menghadapi gelombang ketiga Covid-19 pada Oktober lalu. Keadaan di Sabah yang tidak surut jumlahnya amat merisaukan dan kerajaan telah meningkatkan jumlah frontliner ke Sabah dan membuka tabung dana untuk PPE buat frontliner.
Menurut Berita Harian bertarikh 23 Oktober, MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR D.I.Y) telah menghantar 9,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) dan 20,000 keping pelitup muka, keseluruhan bernilai RM480,000 ke Sabah. MR.DIY menganggap penghantaran itu sebagai bantuan kemanusiaan terutama kepada kumpulan barisan hadapan yang amat berisiko untuk dijangkiti virus itu.
Mereka mengatakan bahawa sebagai peruncit alatan perkakas rumah, mereka komited untuk memberikan perkhidamatan kepada rakyat Malaysia dengan cara bermakna dan pemberian itu merupakan yang terbaik di saat itu.
Jadi,
Marilah kita sama-sama membeli-belah dengan bijak di MR.DIY. Jika kita bercadang untuk duduk di rumah dan memutuskan rangkaian covid-19, itu adalah lebih baik. Jangan risau kerana MR.DIY mempunyai platform online untuk kita membeli-belah! Klik gambar di bawah.
MR.DIY si kedai idaman kini boleh didapati di hujung jari. Jom berbelanja dengan berhemah di MR. DIY.
Baca lebih lanjut tentang kedai tebaik untuk dekorasi bajet di sini.