Kelebihan shopify merupakan topik hangat yang sering menjadi perbualan usahawan masa kini. Masing-masing dalam pencarian platfom e-dagang atau e-commerce terbaik yang boleh digunakan untuk projek bisnes. Selain Shopify, antara platfom e-commerce yang lain ialah WooComerce.
Apakah kelebihan kedua-dua e-commerce ini?
Sebelum itu, apa itu Shopify atau WooCommerce? Shopify merupakan e-commerce yang mempunyai lebih 800 000 stor online, menyediakan template yang pelbagai dan customer support yang mantap. WooCommerce pula ialah e-commerce plugin yang boleh menukar WordPress anda kepada online store yang hebat jika kena caranya.
Baca lebih lanjut artikel ini untuk membuat perbandingan Shopify dan WooComerce.
Table of Contents / Kandungan
Kelebihan Shopify 1: Mesra pemula
Bagi anda yang tidak biasa dengan coding dan sebagainya Shopify sangat sempurna untuk anda. Anggap sahaja shopify telah menyelesaikan permasalahan teknikal bisnes anda baik dari segi domain, hosting, dan SSL. Malah anda tidak perlu rungsing untuk mengemaskini software, security atau backup kerana semuanya diselesaikan Shopify sendiri.
Berbanding Shopify, WooCommerce merupakan platfom yang lebih teknikal. Anda perlu mempunyai sedikit ilmu atau sanggup mengorbankan masa untuk belajar jika anda memilih untuk menggunakannya.
Pendek kata, sekiranya anda bermula dari kosong dan mempunyai skill teknikal yang terhad, Shopify membolehkan anda melancarkan website dengan lebih cepat. WooCommerce adalah lebih sesuai untuk mereka yang tidak mengharapkan sales dengan cepat kerana untuk membina platform WooCommerce agak mengambil masa. Walaupun begitu, WooCommerce memberi anda kawalan kreatif terhadap setiap perincian website tersebut.
Kelebihan Shopify 2: Ciri-ciri jualan sedia ada yang menarik
Shopify mempunyai built-in sale features seperti Abandoned Cart Recovery. Ini sangat penting kerana pelanggan tidak perlu mengisi semula maklumat yang telah dimasukkan. Shopify juga akan menghantar email jemputan kepada pelanggan untuk menyelesaikan pembelian.
Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan seperti:
- Abandoned cart recovery
- Discount codes
- Unlimited products
- Website dan Blog
- Lebih dari 100 pilihan pembayaran
Walaupun anda mendaftar dengan pakej Basic Shopify, kesemua kriteria ini boleh didapati untuk membantu anda membuat sale.
Berbeza dengan WooCommerce, anda perlu memuat turun plugin berbayar untuk mendapatkan kriteria yang anda mahu. Terdapat lebih 50 000 plugin yang boleh dipilih.
Antara ciri-ciri yang ditawarkan WooCommerce seperti:
- Built-in blogging
- Unrestricted customization
- 1-click refund untuk pelanggan
Kelebihan Shopify 3: Integrasi dengan media sosial
Shopify menggunakan multichannel selling yang bermaksud, anda boleh mengintigrasi kedai anda dengan Facebook, Amazon, eBay, dan Pinterest termasuklah mengiklankannya. Ini membolehkan anda mendapat audiens yang lebih luas tanpa kos tambahan.
Namun, WooCommerce hanya membenarkan pengiklanan secara percuma di Facebook. Anda boleh mengintegrasi WooCommerce anda dengan Amazon, eBay dan Instagram dengan bayaran $79.
Kelebihan Shopify 4: kepelbagaian design dan theme
First impression sangat penting untuk menarik minat dan mendapatkan kepercayaan pelanggan. Kedua-dua WooCommerce dan Shopify mampu memberikan penampilan professional untuk stor anda.
Shopify menyediakan lebih 70 template sedia ada yang boleh anda pilih termasuklah yang berbayar. Disebabkan Shopify sememangnya ecommerce yang didedikasikan khas untuk peniaga, temanya yang ‘clean’ dan elegan memudahkan lagi peniaga untuk terus mendapatkan sale.
WooCommerce juga menyediakan tema yang segar dan cantik. Namun, cantiknya stor anda bergantung kepada masa yang anda sanggup korbankan untuk mereka website anda temasuklah menggunakan skil kreatif dan teknikal yang anda miliki.
Kelebihan Shopify 5: Bayaran yang setimpal dan berbaloi
Shopify boleh didaftar dengan serendah $29 sebulan untuk Shopify Basic, manakala WooCommerce merupakan open platform yang boleh dimuat turun secara percuma. Tetapi WooCommerce memerlukan bayaran tambahan untuk hosting, domain dan security. Tidak seperti Shopify yang datang lengkap dengan ketiga-tiga perkara ini.
Perbadingan harga Shopify dan WooCommerce(jika menggunakan hosting Bluehost)
Justeru,
Diharap perbandingan ringkas ini dapat membantu anda memahami serba sedikit kedua-dua platfom e-dagang ini. Jika anda ingin memahami lebih lanjut tentang shopify, dapatkan e-book Rahsia Shopify di sini. Modul Rahsia Shopify akan membantu anda dari mendaftar dan buka akaun di Shopify, hinggalah membantu untuk setup payment. Selamat belajar!
Baca lebih lanjut tentang kenapa bisnes anda perlukan website di sini.