Tiktok: Ketahui 7 Rahsia yang Membuatkan TikTok Anda Menarik

TikTok merupakan sebuah aplikasi media sosial yang cukup berpengaruh abad ini. Penggunanya terdiri daripada pelbagai peringkat usia, baik dari sekecil-kecil anak sehinggalah seusia warga emas. Aplikasi ini juga memberi tanggapan berbeza bagi mereka yang menggunakannya.

Namun, tahukah anda bahawa aplikasi ini mampu memberi lebih banyak kelebihan terutamanya dalam bidang pemasaran? Berikut saya kongsikan tujuh rahsia bagaimana untuk membuatkan akaun TikTok anda menjadi lebih menarik.

Kenal pasti follower

Seiring dengan era modenisasi, hari ini populariti diukur dengan jumlah follower yang ramai. Malah, dengan keberadaan follower juga, seseorang boleh menjana pendapatan dan menjadi seseorang yang berpengaruh. Hal ini bukanlah satu perkara yang sukar untuk dikecapi di TikTok.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti siapa follower anda dan apa kehendak mereka. Anda harus meneliti jenis content bagaimana yang mahu diketengahkan. Kandungan ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan menyentuh aspek-aspek tertentu seperti hobi, minat, tips, inspirasi dan sebagainya.

Ikut trend hashtag

Hal-hal trending sememangnya sangat membantu. Apatah lagi content anda akan dapat diikuti dengan lebih mudah.

Setiap kali sebelum anda mencipta apa-apa jenis content, pastikan anda mengikuti perkembangan hashtag yang sedang menjadi trending ketika itu. Trending ini boleh dijumpai dalam bahagian Discover TikTok.

Guna hashtag yang betul

tiktok
(Sumber: Unsplash)

Selepas anda membuat content, perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan menulis hashtag pada caption dengan betul. Ini untuk memastikan hashtag yang anda gunakan selari dengan hashtag yang sedang menjadi trending ketika itu. Jika tidak, content anda akan tenggelam dan kurang mendapat tontonan.

Sebelum post apa-apa content, semak semula ejaan pada hashtag anda. Jadikan ini sebagai satu kebiasaan.

Buat original content

Dalam mencipta sesebuah content, perkara yang perlu dititikberatkan adalah originality dan kelainan. Ini dapat membantu dalam memberi tarikan kepada penonton.

Sebaik-baiknya, bagi mengelakkan content anda sama dengan orang lain, lakukan kajian, pemerhatian serta perancangan sebelum membuat rakaman. Anda boleh juga mengambil banyak rujukan daripada video-video yang telah sedia ada, kemudian ubah suai mengikut kesesuaian content anda.

Promote dalam platform media sosial lain

Setelah content anda siap dan dimuatnaik ke TikTok, kongsikan hasil karya anda ke mana-mana platform media sosial lain yang anda miliki. Sebagai contoh, anda boleh kongsikan content anda di Instagram, Facebook mahupun Twitter.

Perkongsian ini bertujuan untuk menarik lebih ramai orang masuk ke dalam channel anda. Sekaligus, follower anda juga akan semakin bertambah.

Kerap upload video

Hampir setiap saat, terlalu banyak video baru yang dimuatnaik. Masing-masing akan bersaing untuk berkongsi setiap content yang mereka hasilkan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan bagi memastikan content anda dapat diperhatikan setiap kali penonton membuka aplikasi ini?

Langkah paling berkesan adalah dengan kerap memuatnaik video. Sebaik-baiknya, muatnaik content anda paling kurang sekitar dua atau tiga video setiap hari, paling minimum. Ini dapat membantu anda supaya lebih dikenali dan semua content yang anda hasilkan akan kerap mendapat tontonan.

Call to action

Ini adalah langkah terakhir yang perlu anda lakukan. Langkah ini cukup penting dalam meletakkan kejayaan untuk karya-karya yang anda hasilkan.

Setiap kali selepas memuatnaik karya, pastikan anda sentiasa melakukan engagement dengan penonton. Anda boleh minta mereka untuk follow dan menekan butang Love. Dalam masa yang sama, kerap berhubung dengan mereka melalui ruangan komen.

Kesimpulannya

Walaupun hari ini mentaliti masyarakat memandang TikTok sebagai satu aplikasi yang melekakan, namun di sebalik tanggapan itu, ada sisi baik yang boleh digali dan diteliti. Dalam setandan pisang, tidak semua buahnya busuk. Titik tolaknya adalah cara bagaimana kita menggunakan aplikasi itu sama ada mahu meletakkan ia sebagai media yang melekakan ataupun sebaliknya. Perubahan ada di tangan anda.

Baca tentang teknik pemasaran instagram di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *