Generasi alpha

3 Cara Mendidik Generasi Alpha

Generasi alpha merupakan mereka yang lahir pada tahu 2010 dan ke atas. Jurang generasi wujud seiring dengan perubahan teknologi maklumat yang semakin mudah dan pantas untuk diakses. Generasi sekarang ini boleh  dikatakan dari kecil sudah terdedah dengan pelbagai teknologi yang hanya tekan di hujung jari sahaja.

Bermain pun tidak seperti generasi sebelum ini yang keluar untuk bermain sorok-sorok, baling selipar dan rounders dengan rakan-rakan. Hanya duduk sahaja di rumah, sudah boleh berjumpa dengan kawan dalam talian tanpa keluar ke mana-mana pun. Jadinya tugas mendidik tidak seperti dahulu. Ibu bapa atau penjaga perlu mengikut peredaran zaman dalam mendidik anak-anak.  

Jadi entri kali ini mengulas serba sedikit cara atau teknik mendidik generasi alpha.

1.Generasi alpha dan skrin Gajet.

Amat mengejutkan bahawa anak kecil yang berusia 2 tahun pun sudah pandai mengakses media sosial. Mereka hanya perlu mengenali icon untuk menjelajah sesuatu aplikasi. Contohnya Youtube, anak anak ini telah terbiasa dan dapat menghafal ikon merah yang memberi akses kepada mereka untuk menonton kartun dan sebagainya.

Mengikut Public Health, kanak-kanak 2 tahun ke bawah tidak digalakkan melihat skrin telefon pintar langsung. Ini boleh mengakibatkan masalah pertuturan dan hubungan sosial. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas sahaja dibenarkan tetapi ada had masa yang perlu ditetapkan bersama pengawasan ibu bapa.

Ini amat penting agar tumbesaran generasi ini tidak terganggu di masa hadapan. Lebihkan masa ikatan (bonding time) dengan mereka daripada membiarkan mereka bersendirian mengadap skrin. Ia akan memberi kebaikan dalam hubungan kekeluargaan.   

2.Kemahiran Literasi Awal.

generasi alpha
Sumber: Unsplash

Rata-rata generasi kini sudah memiliki media sosial seawal umur 9 tahun. Malah mereka mempunyai lebih daripada satu media sosial tidak kiralah Tiktok, Instagram mahupun Facebook. Jika ibu bapa berjaya mendisiplinkan diri mengawal penggunaan telefon pintar, rakan sebaya juga perlu dilihat kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap anak-anak.

Memupuk sifat membaca buku dan menulis menjadi agak mencabar untuk generasi ini. Seperti mana melentur buluh dari rebungnya, begitulah manusia, perlu dipupuk sejak kecil lagi. Insya-Allah akan menambah kosa kata jika rajin bersembang dengan mereka, malah secara tidak langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kepada mereka.

Mengajak ke tempat buku, membaca bersama-sama pasti dapat membantu kemahiran literasi anak anda. Umur 2 sehingga 6 tahun merupakan fasa kanak-kanak memerhatikan dan mengikut apa yang ada disekelilingnya.Bak kata Maria Montessori, perkembangan kognitif kanak-kanak waktu ini ibarat span yang pantas menyerap situasi di sekelilingnya.

3. Jadikan Mereka Sebagai Kawan.

(Sumber: Unsplash)

Tidak dapat dinafikan bahawa generasi alpha mendapat maklumat tanpa sempadan, cepat dan mudah diperolehi. Amat menakutkan perkara yang boleh mereka pelajari jika tidak mendapat pengawasan yang cukup dari ibu bapa. Justeru, cuba untuk jadikan mereka sebagai kawan untuk memudahkan mereka berkongsi segala apa yang dilakukan.

Tunjukkan teladan yang baik dan beritahu kepada mereka apa yang boleh dilakukan serta perkara yang wajib dihidarkan. Bercerita tentang tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, agama dan masyarakat serta terangkan implikasi jika dilakukan dan tidak dilakukan.

Mungkin ada banyak perkara yang kita tidak tahu lebih lebih lagi di zaman moden yang wujud dengan pelbagai tren ini. Belajar daripada mereka tentang tren sekarang ini supaya dapat mewujudkan kebersamaan antara anak dan penjaga. Jadi kita sebagai orang yang lebih berusia boleh semak dan imbang sesuatu tren itu.

Generasi sekarang memang tidak boleh terlepas daripada penggunaan gajet, kelak anak kita yang akan ketinggalan zaman. Di sekolah pun sudah mula menggunakan TV, komputer riba dan sebagainya.

Namun penggunaan gajet ini boleh dilimitasikan penggunaan dan diseimbangkan dengan perkara lain. Banyakkan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar rumah yang tidak melibatkan gajet. Secara tidak langsung ini dapat membentuk kemahiran insani(soft skill) dan kemahiran teknikal(hard skill) dalam generasi alpha.

Kesimpulannya,

Mendidik tidaklah merumitkan, jika kita tahu cara untuk melaksanakan. Anak adalah anugerah bernilai yang telah Tuhan berikan kepada hambaNya.Baca lebih lanjut cara mendidik anak cerdas dengan mendapatkan e-book di sini.

Klik gambar untuk dapatkan e-book anda sekarang.

Baca lebih lanjut tentang kelebihan hidup tanpa televisyen di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *