Tips melancong ala backpackers ke Sydney, Australia

sydney-backpacking

Salam. Hari ini aku nak berkongsi tips melancong ala backpackers ke Sydney, Australia dengan anggaran bajet sekali. Kali ini aku cuma tumpukan kepada penginapan dan pengangkutan saja.

Dapatkan info tukaran wang asing

australian-money

Nilai tukar duit Australian Dollar (AUD) di Malaysia lebih tinggi daripada tukar nilai Ringgit Malaysia (MYR) di Australia. Oleh itu, lebih baik tukar duit awal-awal di pengurup wang beberapa hari sebelum berlepas. Kalau dapat harga jual Australian Dollar kurang RM3.00 pun dah berbaloi.

Tiket penerbangan

Tiket penerbangan dengan Airasia ke Sydney memang sangat murah berbanding MAS. Baru-baru ni aku check, harga tiket promo pergi balik boleh dapat RM1300++ saja untuk seorang.

airasia-kul-syd

Untuk panduan kali ni, kalau tak termasuk tiket penerbangan aku cadang kena sediakan dalam RM5000 – RM6000. Kalau dah tukar, dapat dalam AUD1500-AUD2000. Baru selesa kalau nak makan, shopping & melawat tempat yang menarik.

Airport Pickup

Setibanya di airport Sydney, anda perlu bergerak ke hotel atau hostel. Salah satu cara ialah menggunakan khidmat airport pickup. Harga purata ialah AUD15 – AUD17. Airport Pickup akan ambil dan hantar anda ke mana-mana hotel di sekitar Sydney pada harga tersebut. Harap anda boleh sabar menunggu. Aku pernah sekali tu tunggu hampir sejam baru sampai van teksinya.

Public transport dari Airport?

Ya, memang ada train dan juga bas dari airport ke bandar Sydney. Tiket train mungkin dalam AUD12. Tiket bas dalam AUD4. Kalau nak lagi jimat, teruskan membaca topik pengangkutan awam  berkaitan pas perjalanan yang murah.

BACA ARTIKEL:   [VIDEO] Reviu Tempahan Tiket ETS 2020 Menggunakan KITS

Tips: Aku cadang lebih baik ambil airport  pickup sebab mereka boleh bawa semua beg-beg anda dan terus turunkan depan hotel/hostel anda.

Penginapan / accomodation

Kos untuk penginapan memang agak tinggi di Australia. Terlebih dahulu, tentukan berapa lama nak pergi melancong. Untuk Sydney, aku cadangkan 5-6 hari dah cukup.

Backpackers hostel

4-room-wakeuphostel

Jujur aku tak pernah menginap di hostel sebegini. Nama pun hostel, bayangkan kalau duduk di hostel atau dorm, satu bilik berkongsi ramai-ramai dengan katil double decker. Sesuai untuk orang yang bujang, bukan untuk keluarga.  Macam asrama juga, bilik air dan tandas asing. Kalau tiada masalah berkongsi dengan orang luar (baca: omputih, African, non-Muslim) maka silakan.

Bilik untuk 10 orangBilik untuk 4 org
$36 seorang semalam$42 seorang semalam
$144 seorang 4 malam$168 seorang 4 malam

Contoh: WakeUp Hostel Sydney

Pros : Lokasi dalam bandar, ada kemudahan Wifi, jimat duit
Cons : Bilik air berasingan, kurang privasi, bising jika berdekatan kelab malam

Kongsi bilik hotel

aarons-hotel-sydney

Sesuai kalau pergi dengan keluarga. Mahal sedikit tapi lebih selesa dan ada privasi. Setiap bilik ada bilik air dan tandas sendiri (en-suite bathroom). Biasanya hotel bagi harga untuk 2 orang saja. Kalau ada orang ketiga, mereka akan kenakan caj seperti $40 untuk setiap orang untuk satu malam.

Pros : Lokasi sekitar bandar, sesuai untuk keluarga dan orang tua, lebih selesa, ada privasi
Cons : Tak semua ada wifi, mahal sikit

Anggaran kos kalau 4 orang sebilik.
Purata hotel di Sydney boleh mengenakan caj AUD200/malam. Tambah 2 orang jadi AUD280/malam. Untuk 4 malam, jumlahnya AUD1120. Memang agak mahal tapi ini kos untuk 4 orang. Kalau bahagi 4, maka setiap orang cuma bayar AUD280. Lebih AUD160 berbanding hostel tapi jauh lebih selesa.

BACA ARTIKEL:   Tips travel: Elak Lakukan 5 Perkara ini ketika bercuti
Purata hotel SydneyAUD 200
Tambah 2 orangAUD 80
Jumlah satu malamAUD 280
Jumlah untuk 4 malamAUD 1120
Maka seorang kena bayarAUD 280

Website untuk menempah hotel / apartment : Wotif, Booking.com

Tips: Kena booking awal supaya dapat harga terbaik. Seelok-eloknya 2 bulan sebelum berlepas. Harga tidak termasuk caj kad kredit & caj international transaction.

Pengangkutan / transportation

sydney-railUntuk pengangkutan dan perjalanan, aku sangat cadangkan untuk naik pengangkutan awam saja. Lebih jimat dari sewa kereta. Kalau sewa kereta, sehari AUD100 dan anda kena bayar parking lagi. Purata untuk parking dalam bandar (CBD) AUD11 sejam. Kalau 3 jam dah AUD33. Lepas tu minyak lagi. Kalau jadi apa-apa seperti kemalangan, kena bayar denda lagi. Naiklah pengangkutan awam, nama pun backpackers.

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur mungkin sedikit kurang reliable tapi di Sydney aku berani jamin, bas dan tren ikut jadual 99%. 1% tu mungkin bas terlewat 3-5 minit saja.

Pass perjalanan seminggu

myzone-tickets
Juga dikenali sebagai MyMulti Day Pass. Kalau nak stay sehingga 5-6 hari, sangat sesuai untuk beli tiket MyMulti Adult Weekly. Bergantung kepada lokasi hotel, boleh ambil MyMulti 2 – Weekly. Kos dalam AUD52.

Senarai Harga Ticket Pengangkutan Awam di Sydney & NSW

Kelebihan bila anda beli pass ni, anda boleh naik tren, bas dan feri tanpa had dalam masa yang ditetapkan, iaitu seminggu.
Tiket MyMulti Day

Untuk memudahkan urusan melihat jadual bas dan tren, anda boleh download app TripGo. Boleh tahu jadual perjalanan bas dan juga lokasi GPS semasa bas tersebut.

tripgo
Download app Trip Go: iOS | Android

Tips: Suka untuk aku ingatkan, anda harus mempunyai fizikal yang cergas. Nak berjalan antara stesen bas dan tren bukan semuanya dekat. Tambah lagi kalau anda baru lepas shopping, nak mengangkat barang-barang tu naik bas/tren, memang jenuh!

BACA ARTIKEL:   5 Langkah Tempah Tiket Bas Di Hujung Jari

Kesimpulan

Rasanya anda boleh kira sendiri, berapa kos untuk penginapan dan pengangkutan.

Tiket promo AirAsiaRM1300
Airport Pickup (arrival & departure)AUD 30 ≈ RM 90
Hotel 4 malamAUD 280 ≈ RM 840
Tiket MyMulti 2 WeeklyAUD 52 ≈ RM 156
JumlahRM 2386

Jumlah tu baru dalam RM 2400, kalau duduk hotel. Kalau hostel lagi murah. Taklah mahal sangat kan? Sebenarnya yang mahal ialah bab shopping, makanan dan tiket masuk ke tempat-tempat menarik.

Jika anda perlukan khidmat ground package ke Sydney, kami boleh membantu anda. Layari website Muslim Ground Package Australia.

Harap entri kali ini dapat membantu anda dalam merancang untuk melancong ke Sydney ala backpackers.

45 thoughts on “Tips melancong ala backpackers ke Sydney, Australia”

  1. Salam nak tanye.. mymulti tu mmg per person ke? atau dea mcm mybus (per trip regardless how many person using the card)

    1. Wassalam.
      MyMulti tu memang per person. Tak boleh share.
      Tapi tiket MyBus tu boleh share. MyBus 10 boleh 10 kali naik bas untuk seorang. Kalau dua orang nak guna tiket MyBus 10, boleh naik 5 kali jelah.

  2. Assalamualaikum,

    syukur jumpa blog ni…banyak nak tanya…terima kasih in advance kalau dpt luangkan masa menjawab.

    saya akan ke sydney on 15 – 20th may 2014, so nak tanya (boleh reply di email saya tak? ) :

    1) weather masa tu sejuk berangin or sejuk biasa? perlu ke pakai baju sejuk tebal or boleh baju biasa with lite jacket?

    2) saya stay di travelodge sidney hotel. tempat makan halal sekitar hotel banyak tak?

    3) saya plan nak ke blue mountain, biasa pakej kita perlu tanya hotel or macam mana? and harga pakej utk bawa kita dr hotel ke blue mountain n semua activity di sana + makan then balik semula ke hotel anggaran berapa AUD?

    4) tempat shopping souvenir yang murah but tumpuan pelancong ada tak kat paddy’s market tu? or boleh cadangkan tempat lain yang open day nye bila? kebanyakkan saya baca market di sana open on saturday or sunday je.

    Ok setakat ni…kalau ada soalan saya tanya lagi.

    1. Waalaikumsalam.

      Terima kasih sudi singgah blog saya. Saya akan cuba bagi jawapan yang terbaik.

      1. Bulan 5 ialah hujung musim luruh dan nak masuk musim sejuk. Saya cadangkan bawa baju biasa dengan jaket nipis. Baju sejuk tebal tak perlu bawa. Bawa 2-3 jaket nipis jika nak bergaya dalam gambar.

      2. Travelodge tu dah tengah bandar. Makanan halal yang ada seperti kebab Turki. Selain itu boleh makan seafood & vegetarian.

      3. Biasanya hotel akan markup tinggi. Kalau nak guna servis sana, mereka caj sekitar $100 seorang utk transport & lunch. Tiket di Scenic World tak pasti termasuk ke tak. Boleh check di http://www.viator.com/Sydney-attractions/Blue-Mountains/d357-a290

      4. Paddys market tu memang tumpuan pelancong dan dibuka pada sabtu & ahad.

      Kalau berminat nak guna servis kami ke Blue Mountain, kita boleh bagi best price.

      Terima kasih!

  3. nak tanya…
    1. adakah harga penginapan berubah mengikut musim?
    2. kalau bercuti di sydney dalam 4 hari 3 mlm cukup tak nak jalan kat sydney

    …sekian terima kasih.

    1. 1. Harga penginapan berubah mengikut musim cuti sekolah. Sama juga macam di Malaysia.
      2. 4 hari 3 malam cukup rasanya. Kalau tiba di Sydney hari Isnin pagi, dan bertolak pulang malam khamis rasanya puas berjalan dah.

      Terima kasih.

  4. salam bro..
    sy nk mintak panduan sket bleh..
    sy nk ke sydney ala backpack 16.5.14-23.5.14 ngan kwn2..
    4 org suma skali..
    sy plan nk ke Melbourne skali..
    boleh x bro tolong suggest kan:
    1.sydney n melbourne kat mn budget hotels yg ok
    2.camna nk p Melbourne dari Sydney guna pengangkutan darat
    3.tempat yg wajib sy p kalu mlawat sydney n Melbourne..
    Thanks bro

    1. Salam. Oh orang yang sama dekat Facebook eh. Saya cuba jawab.

      1. Penginapan, kalau nak murah, cari hostel backpackers dan share la satu bilik 4 orang. Contoh YHA Sydney dan WakeUp Hostel.
      2. Pengangkutan darat dari Sydney ke Melbourne boleh naik bas Greyhound Australia. Tapi saya cadang better naik flight lagi murah & jimat masa.
      3. Tempat wajib pergi di Sydney boleh tengok artikel ni. https://adlankhalidi.com/2012/visiting-sydney-australia-guide-for-malaysians/
      Kalau Melbourne, naik bas tourist tu pun dah kira cover semua tempat menarik dalam bandar. Kalau jauh sikit dari Melbourne, seperti Philip Island.

      Semoga info ni membantu. Selamat melancong.

  5. syukur alhamdulillah. jumpa gak blog pasal aussie ni. sy nak tanya,
    1. rasanya, dalam masa 10 hari, boleh ker cover melbourne, sydney dan last gold coast? saya skrg dlm perancangan utk ke aussie next yr dgn kwn2. skrg tgh mencari info2 berkaitan.
    2. dari melbourne ke sydney dan dari sydney ke gold coast, better naik flight or bus? domestik flight ker?

    1. Terima kasih sudi bertanya. Saya cuba jawab.
      1. 10 hari rasanya cukup kalau dah rancang dengan betul. Cuma mungkin ada tempat yang kena rush kalau nak pergi banyak tempat dalam satu hari.
      2. Untuk ke setiap bandar tersebut, better naik flight. Tiket bas antara bandar adalah sangat mahal. Flight murah boleh guna Jetstar.
      Terima kasih.

  6. as-salam.

    1. apa perbezaan wild life sydney , tarongo & Featherdale Wildlife Park? yang mana berbaloi untuk pergi
    2. waktu sesuai untuk tgk whale bila yer? n brapa rate dia?
    3. brapa rate yang awk bg untuk pakej ke blue mountain.

    tq

    1. Assalam.

      1. Wildlife Sydney ni hampir sama dengan Featherdale. Cuma wildlife ni dalam kawasan berbumbung dan tertutup. Tak boleh sentuh binatang. Featherdale ni lebih terbuka dan boleh sentuh binatang. Tarongo tu zoo, lagi luas dan banyak binatang. Wildlife & Featherdale ni fokus kepada binatang yang popular di Australia. Yang berbaloi rasanya Featherdale.
      2. Waktu yang sesuai ialah pada musim migrasi ikan paus ni antara may hingga november.
      3. Untuk pergi ke Blue Mountain, kalau dua orang, saya caj $80.

      Terima kasih.

  7. Terima kasih saudara Adam atas informasi yg membantu ini. Saya just nak tahu ada ke penginapan ala2 homestay di Sydney? Di area suburb sprti Auburn pun ok. Sbb saya plan ke sana satu family, anak ada 4 orng, semua dah remaja. Tq

    1. MSD cuma bantu student dengan Malaysia Hall. Pakej penginapan memang tiada. Availability tak janji sebab memang selalu student je ramai. Orang luar susah nak dapat bilik.

  8. Salam..sy dan rakan akan ke sydney on 7-12/11, stay di YHydeHotel Park…hotel ni dekat tk dgn tmpt makan n public transport…tq yer..

  9. Assalamualaikum w.b.t
    Sahabat,
    Jika dari Gold Coast ke Brisbane, pengangkutan apa yang agaknya sesuai kesana? Kerana saya sendirian kesana.

    2. Ada tidak bajet hotel dikawasan sana? Jika ada boleh nyatakan.
    Terima kasih

    1. Waalaikumsalam. Dari Gold Coast, anda boleh naik train ke Brisbane. Di sana ada banyak hotel budget. Saudara boleh cari di website seperti Bookings.com atau HostelBookers.com.

  10. salam,
    sya bercadang melawat sydney pada bulan december tahun ini…1-5 dec..
    1.cukup ke dalam sekitar 3k duit msia utk masa dlm 4 hari tu
    2.suhu di sydney ketika berapa darjah celsius..apakah perlu guna jaket or yak perlu
    3.sekiranya sa sampi di sna…baru mencari budjet hotel backpackers or kena wajib booking sedia…
    4…

    1. Salam Halim,
      1. RM3000 cukup je dalam masa 4 hari tu. Tapi kalau kongsi bilik pergi ramai2 lagi dapat jimat.
      2. Suhu sekitar 25-35 pada bulan Disember. Tak perlu bawa jaket. Boleh pakai baju seperti di Malaysia.
      3. Boleh cari hotel backpackers bila dah sampai sana. Tapi kalau nak lagi selamat, elok booking sebelum tiba sana.
      4..

      Terima kasih.

  11. Alhamdulillah dan terima kasih di atas perkongsian yg sgt baik dan lengkap! Saya bercadang pergi dengan keluarga bersama dengan 4 org anak yg masih kecik…11-3 tahun. Kalau saya pergi dalam bulan August ok tak? Kalau saya nak mintak tolong adik jadi tourist guide..berapa bajet roughly nak kena tambah ea? Lagi satu, sydney dan Melbourne which one is preferred? Terima kasih in advance!

    1. Bulan Ogos dah mula musim bunga. Saya rasa OK je pergi masa tu. Kalau nak tourist guide, kawan saya di Sydney boleh uruskan. Kalau nak saya, kos tinggi sikit sebab nak masukkan tiket flight saya dari Malaysia.

      Antara Sydney dan Melbourne, saya suka Melbourne sebab bandar yang cantik dan banyak tempat shopping. Kalau di Sydney, boleh bergambar dengan Opera House.

      Kalau puan nak dapatkan quotation, boleh isi borang dalam page di sini. http://muslimozgroundpackage.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

  12. salam….

    I plan to take my kids to Snowy Mountain in June 2015.

    boleh suggest ground arrangement if i plan to use your service.

    My plan is KUL – Sydney – Canberra – Snow Moutains – sdyney _KUL

    please feel free to give your suggestion – we are budget traveller !!!!

  13. Assalamualaikum…
    Saya nak buat pertanyaan, awk tahu tak sesiapa yg ada buat pakej personal tour guide kat melbourne?

    Anyway nice blog banyak informasi menarik. Terima kasih ya. 🙂

  14. Salam… Terima kasih dgn perkongsian info…
    Dah booked tick ke sydney march 2015 fr 9days… Then rasa mcm lama sgt plk… Boleh cadangkan selain sydney… Tmpt lain yg berbaloi nk g? Btw trip kami nnt 3org pompuan… Budget traveller… Klu nk guna service awk tuk ke blue mtn fr 3org brp?
    Mekasih in advance…

    1. Salam. Terima kasih sudi membaca.
      Selain Sydney, tempat yang lain ialah Melbourne. Kalau nak berbaloi, elok pecahkan jadi dua. 4.5 hari di Sydney, 4.5 hari di Melbourne.
      Service ke Blue Mountain seorang dalam $100. Pergi balik. Tapi tak termasuk makan minum.

      Terima kasih.

  15. As salam…
    Kami satu family dgn 2 kids nk g sydney pd 3-7 april ni..
    1)brape celcius ye masa tu? Baju ape yg sesuai utk dbawa? Winter jaket, sarung tgn, stokin n topi perlu ke? Sbb sblm ni penah g jepun tp musim sejuk…
    2)byk ke tmpt solat n baby room kt sydney?
    3)sydney friendly stroller ke?
    4)mcm mana nk tahu kedai mkn tu halal ke tak? Mmg ada logo halal ke?
    Thank u in advance…

    1. Assalam. Saya cuba jawab ye.
      1. Time tu musim bunga. Masih panas lagi rasanya. suhu sekitar 15-25 celcius. Tak perlu winter jacket. Sweater biasa pun dah cukup.
      2. Masjid/surau tiada di Sydney. Tapi ruang untuk solat tu banyak. Asalkan tempat yang bersih, takde orang lalu lalang, boleh solat di situ. Baby room ni kalau pergi shopping mall insyaAllah ada.
      3. Stroller friendly ni saya tak pernah try pula. Sebab kat Malaysia baru guna stroller. Tapi situ kalau lif banyak je.
      4. Kalau nak tahu halal, kena tanya dekat pemilik kedai makan tu. Logo halal jarang boleh dilihat.

      You’re welcome.

    1. Cuaca di sana dah tak panas sebab dah masuk musim autumn. Lido suites ni kelihatan dekat dengan Kings Cross. Banyak kedai sepanjang jalan. Kedai kebab & piza halal pun ada. Bas direct ke tengah2 bandar Sydney pun lalu di situ. Dekat juga dengan stesen keretapi Kings Cross.

  16. Nak tanya kalau package nk ke bluemountain + featherdale awak kira berapa ye utk 5dewasa 1 kanak2? Saya g sydney 13-17mac.
    Kalau sewa kereta berbaloi x utk pergi tmpt jauh? Saya stay di darlinghurst.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *