App permesejan untuk berinteraksi dengan klien

best_messaging_apps

 

Salam.

Apakah app yang selalu digunakan untuk menghantar mesej kepada klien? Antara yang popular ialah email, SMS, Whatsapp, Facebook dan pelbagai lagi.

Entahlah, tapi aku rasa kadang-kadang agak geram bila banyak sangat app ni. Senarionya macam ini.

  1. Peringkat awal projek, klien menghantar email untuk bertanyakan quotation. Nampak profesional.
  2. Kemudian, rasa lambat pula respon guna email, klien mula hantar SMS.
  3. SMS pun lambat reply, klien terus call untuk dapatkan jawapan segera.
  4. Tapi call dan SMS kena caj, klien hantar mesej melalui WhatsApp pula.
  5. Klien rasa nak berkawan di Facebook, sambung bincang pasal projek di Facebook chat.

Anda nampak tak berapa banyak app yang digunakan? Secara puratanya akan ada empat app ataupun medium. Tapi inilah yang merunsingkan aku.

Bila ada banyak medium ni, aku akan lost track, mulalah mencari-cari dalam email, SMS, Whatsapp dan pelbagai lagi bila nak rujuk hasil perbincangan.

Penyelesaiannya..

Ada tiga kaedah penyelesaian kepada masalah tersebut.

  1. Ikut rentak pelanggan. Mungkin itu apa yang aku buat sekarang, balas saja mesej tak kisah app apa pun.
  2. Cuba nasihat klien, supaya menggunakan email saja untuk urusan projek.
  3. Yang ketiga ini sedikit leceh. Aku akan ikut rentak pelanggan, tapi hasil perbincangan aku akan catatkan di dalam Evernote.

Anda pula bagaimana? Silalah berkongsi pengalaman anda menguruskan klien secara efektif.

2 thoughts on “App permesejan untuk berinteraksi dengan klien”

  1. He…sgt setuju dgn en adlan. Selalu sgt lost track bila kena refer 2-3 apps. Jual kt fb. Patutnya nak senang, contact melalui fb chat je la sampai abes. Yg susahnya bila customer mintak no fon nk whatsapp.

    Adoi…pstu ikut la rentak customer. Last2, kita yg pening.

    1. Sekarang siap ada Telegram lagi. Tapi saya prefer telegram sebab boleh taip terus guna versi desktop. Nak communicate satu hal, kalau nak hantar design dan dapatkan feedback, lagi pening jugak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *