Asas Pemasaran Digital Yang Anda Perlu Tahu

Pemasaran digital ataupun digital marketing, merupakan salah satu cabang untuk memasarkan jenam, produk dan servis secara dalam talian.

Kenapa kena buat pemasaran? Apa beza dengan pengiklanan?

Pemasaran ialah satu aktiviti utama dalam sesebuah perniagaan. Setiap jenis perniagaan mempunyai keperluan yang berbeza.

Yang ni berdasarkan apakah jenis pelanggan yang mereka perlukan.

Setiap kali pergi kelas dan seminar, memang ramai orang macam tak pasti siapakah jenis pelanggan ideal mereka.

Kita memang tak boleh jual kepada semua orang. Yang ni terlalu umum. Kita hanya jual kepada orang yang ada masalah dan perlukan produk atau servis kita untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kembali kepada topik pemasaran digital.

Zaman sekarang memang zaman IT zaman teknologi. Jaguh sukan dan juga jutawan.. (Eh nyanyi lagu pula)

Kita kena manfaatkan teknologi yang ada untuk memasarkan perniagaan kita.

PERNIAGAAN JENIS APA? B2B atau B2C?

Kalau dah kenalpasti kita jual produk atau servis jenis B2C tau B2B, kita tahu lah kita nak fokus kerja pemasaran yang macam mana.

B2C ialah business to customer. Maksudnya kita jual produk kegunaan orang ramai, produk untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

B2B ialah business to business. Maksudnya kita menjual produk yang diperlukan untuk sesebuah perniagaan untuk menjalankan urusan perniagaan setiap hari.

Jenis perniagaan dah jelas, so sekarang kita nak kenalpasti dimanakah mereka berada.

Kebiasaannya, B2C dan produk customer ni senang dijual di.. Facebook, Instagram dan marketplace.

Platform dan media sosial sebegini memang biasanya akan tayang gambar produk dan produk biasanya ada ready stock.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Add to cart, checkout, esok lusa barang patut sampai, melainkan order dari oversea.

Berbeza dengan servis, tak semua servis boleh siap hari yang sama. Kalau gunting rambut, cuci kereta boleh la.

PLATFORM UNTUK B2B

Di Malaysia, ada satu platform media sosial yang sedang meningkat naik iaitu LinkedIn.

Ada ramai professional, CEO, manager yang akan buat profile mereka di LinkedIn dengan bangga untuk letak jawatan mereka.

B2B juga biasanya melibatkan jumlah transaksi yang tinggi.

Oleh itu, sangat penting untuk bina kepercayaan (trust) dengan prospek secara online. Yelah, zaman sekarang ni ramai orang nak scam.

Salah satu cara paling senang nk bina trust bagi sesebuah syarikat, ialah dengan memiliki website sendiri.

Website merupakan satu platform yang penting dan banyak manfaatnya. Ada website untuk tujuan korporat, cerita pasal profil syarikat. Ada juga website untuk tujuan jualan, ecommerce.

Sebut pasal trust, sekarang kebanyakan browser sangat menitikberatkan penggunaan sijil keselamatan atau security certificate.

Yang ni korang boleh tengok pada simbol mangga atau lock di ruangan URL.

CORONG DAN FUNNEL PELANGGAN

Kita kena tahu bila buat perniagaan, biasanya dari 100 orang yang tahu pasal kita, 3 orang saja yang akan beli.

CHANNEL DAN SALURAN PEMASARAN DIGITAL

Yang ni bergantung kepada jenis perniagaan macam sebelum ni. Ada saluran yang berbayar dan ada yang percuma.

Antara salurannya ialah:

– website
– media sosial
– iklan media sosial
– Google Search
– blog
– email marketing
– website directory

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *