[Infographic] Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia

51

VIEW HIGH RESOLUTION

This is an infographic that tells the stages involved during a traditional Malay weddings in Malaysia.

[Infographic is info + graphic = a way to tell information through graphics]

I’m sorry because I’ve decided to create this infographic in Malay. This is my target readers anyway. Some terms are simply hard to translate.


Actually, this is based on my experience, my observation and consultation with my mum. Please note that this infographic is focusing on the current wedding trends (2010) in general. Some of the customs or traditions is not listed here. Anyway, here is the short description of each stages, in Malay language fortunately.


Stage 1: Perkenalan (In a Relationship)

Merisik – wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Stage 2: Peminangan (Engagement)

Meminang - rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung.

Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.

Daftar Pernikahan (Registration)
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.

Persediaan (Preparation)
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau door gift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Stage 3: Pernikahan (Marriage)

Akad Nikah (Solemnization) – biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

Berinai – antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.

Kenduri Kahwin – ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.

Sambut Menantu – iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.

Ziarah (Visit) - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.

Berbulan Madu (Honeymoon) – bercuti dan melancong berdua-duaan.


Hope you can share this infographic with those who want to get married soon. So , is there anything I missed? Feel free to share in the comment box below. Thanks.

Related posts:

51 Responses to [Infographic] Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia


  1. topo

    melalui infografik ni je dah boleh agak memang banyak pakai duit.. hohoho nak kena menabung dari skrg ni..


    • myadlan

      Actually nanti nak buat satu entri pasal cara aku menabung. Tapi memang banyak la pakai duit.


  2. n3dmax

    ohhh bila tengok infographic ni, waaaa jauhnyaaa :(


  3. pijal

    sebagai pemangkin generasi baru, marilah kite sama2 berhijrah dgn memberikan penekanan yang lebih kepada Islam daripada adat. buanglah yg membawa kpd pembaziran dan menyusahkan


    • myadlan

      Setuju dengan pijal. Cuma kebanyakan orang-orang tua ni selalu nak tekankan adat. InsyaAllah dalam beberapa tahun lagi, harap umat Islam mempunyai kesedaran untuk menekankan Islam sebagai cara hidup yang utama disamping adat. Adat tu boleh cuma kena berpada-pada dan tidak membazir juga


  4. myss

    hm..dalam ilustrasi yg meminang tu mcm kekurangan dulang je yg kt belah perempuan tu.. hehe..klau lelaki bagi 5, kan perempuan kena sediakan 7. oh tak ada plak cerita pasal bilangan dulang hantaran di atas ye..hihi..


    • myadlan

      Memang asalnya nak letak tujuh. Tapi ada orang dulang sampai sepuluh la. tak paham. Penuh dengan barang2 murah je buat pe.


  5. Rabiatul Adawiyah

    Salam, bagus awak buat mcm ni.. Walaupun ada duit, tp adat dan agama dia org tak ikut. Main redah je. Halal haram pun ntah kemana. hihi..

    Info ni baguss!!


    • myadlan

      Salam. Terima kasih Rabiatul Adawiyah. Sekadar berkongsi proses perkahwinan ni je. Sepatutnya kena la utamakan agama. Saya pun tak suka kalau orang yang mementingkan adat daripada agama kan.


  6. barua pekak xdah

    stage 4..perceraian..stage 5..gaduh hak penjagaan anak…stage 6…gaduh harta sepencarian…stage 7…rujuk….stage 8…cerai balik talak 2..stage 9..rujuk balik….stage 10 cerai talak 3..stage 11 cari cina buta…lepas tu start balik dari stage 1 sebab kene kawen balik kan…hahahahha…pekak xdah…kuda kayu btoi…


  7. rockinsudu

    haha. susah juge ye nak kawen. haha


  8. rashid

    waw…memang inspiring la…haha


  9. Nasrul Hanis

    huhu.. banyaknya yang perlu difikir dan dilaksanakan.. tanggungjawab..


  10. siti

    look like very complicated..but its good


  11. CikguTour

    Sungguh menarik wahai Eternal Justice :) . mohon share


  12. ciksue

    sgt2 interesting…dapat tau flow perkahwinan melayu ngan lebih mudah..ciksu mohon share ye…


  13. yanamib

    menarik! nk copy gbr ni buleh? ai kredit kt yu ofkos ^_^


  14. syafiq azuan

    Salam adlankhalidi. Nice infographic. 1st time jumpa yang buatan Malaysia. XD Looking up for more from you!

    I’ve put it in my blog and linkback at you. thank you! :D


    • myadlan

      Salam syafiq azuan,

      Thank you. Actually memang banyak je infografik buatan Malaysia cuma tak dipublish dalam blog sebab hal2 sulit di tempat kerja.

      Anyway, thanks for sharing it in your blog and the linkback!


  15. syafiq azuan

    Salam adlan and hi again. Been featured in my blog and some of my reader suggested this infographic will be more awesome if including with the estimated cost and somehow it could be turn into reason-to-be-fear. haha. Just an idea. Thanks. :)


    • myadlan

      Salam syafiq. Thanks for the idea. Yeah I also have the idea to share about the estimated cost and budget for a wedding. Thanks for your suggestion!


  16. mizz sue

    hai..saya ambil ini ya! tenkiu


  17. Nurul

    very informative.nak tumpang share boleh?


  18. Sue zaman

    salam…

    sue ambil letak dekat my blog yer…
    menarik infografik nie..

    izinkan yer…


  19. humbleyat

    wah menarikla infografik ni, nak share di blog yerk..tahniah atas usaha anda:-)


  20. arif

    wahh ,cayala.cikgu aku bagi aku kerja kursus.terus siap.aku hantar.cikgu kata baik,tepat dan padat ;D


    • myadlan

      erk.. boleh ke guna sumber dari blog saya ni untuk kerja kursus tu? kalau cikgu kata baik, tu dah kira satu penghargaan la juga. terima kasih arif


  21. Shafikka Affya

    Salam En. Adlan,

    nak bagi opinion dari orang yang baru kahwin since almost every stuffs sekarang dah mahal kan (wuwuwu~). part PERSEDIAAN, BERINAI, KENDURI/JAMUAN tu boleh cut off banyak.

    contohnya, malam berinai tak perlu diadakan. boleh je pakai inai sendiri (i mean, minta tolong keluarga or kawan2 tolong tempek).

    part persediaan pula, baju pengantin tak perlulah sampai berpasang2 (semua jenis kaum nak di test pakainya), kad jemputan buat yang simple (tak perlu sampai RM1++/keping), khemah & makanan (survey awal2 & book terus kalau murah & servis ok), berkat / doorgifts xperlu pakai paperbag since paperbag sekarang pun dah mahal sangat & orang akan buang jugak nanti. jurugambar xperlulah sampai bayar beribu2 sangat. baik spend ribu2 tu utk memulakan hidup baru.

    live band, karaoke, DJ / emcee kalau dapat sumbangan tenaga dari kawan2 sendiri lagi bagus kan? no need to spend much on that.

    tak perlu majlis yang top of the world, in the end, sendiri punya hutang, sendiri garu kepala. nak sara anak nanti lagi pening. huu~

    maaf, panjang berjela pulak taip. sekadar mengingati sesama saudara seIslam.

    wassalam.


    • myadlan

      Salam saudari Shafikka Affya,

      Terima kasih sudi berkongsi pendapat yang sangat bernas tu. memang betul banyak cara untuk mengurangkan kos dalam kerja kahwin ni. Saya sendiri pun kahwin bajet so saya faham bahagian mana yang boleh dikurangkan atau ditiadakan terus.

      Infografik berkenaan hanyalah kebiasaan yang dapat dilihat dalam majlis orang kita yang disulami adat dan budaya tempatan. Terima kasih sekali lagi atas komen yang membina. Wassalam.


  22. elqays jannah

    salam…boleh minta infografik nak ltk dlm blog? will credit anyway…and ade tgk dlm entry yang ni http://adlankhalidi.com/2011/wedding-design-project-adlan-huda-official-emblem/

    just asking …yang ni memang u design sendiri ke? memang amek order ke?


    • myadlan

      Salam elqays. Boleh, sila letak dalam blog.

      Pasal emblem tu memang design sendiri. Takat ni tak pernah ada orang order. :D


  23. Izwan

    berbakul2 tabung diperlukan ni..


  24. haniza

    Menarik sangat ^-^ thanks for your info…


  25. AKMAL

    Bab menabung tuuu kena buat adlan…plus tips2 memilih calon =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • Recent Works

  • Current Projects

    STATUS: Currently available for website design jobs

    Website project
    - Printing company Newcastle
    - Islamic Centre
    - Printing company Kedah
    - Cyclist

AdlanKhalidi Powered by WordPress and Web Hosting.
More in Design
profile-line-car-lamborghini-lancer-inspira
Why Proton Inspira doesn’t look sporty enough?

Close