[Infographic] Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia

VIEW HIGH RESOLUTION

This is an infographic that tells the stages involved during a traditional Malay weddings in Malaysia.

[Infographic is info + graphic = a way to tell information through graphics]

I’m sorry because I’ve decided to create this infographic in Malay. This is my target readers anyway. Some terms are simply hard to translate.


Actually, this is based on my experience, my observation and consultation with my mum. Please note that this infographic is focusing on the current wedding trends (2010) in general. Some of the customs or traditions is not listed here. Anyway, here is the short description of each stages, in Malay language fortunately.


Stage 1: Perkenalan (In a Relationship)

Merisik – wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.

Stage 2: Peminangan (Engagement)

Meminang – rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung.

Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.

Daftar Pernikahan (Registration)
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.

Persediaan (Preparation)
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau door gift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.

Stage 3: Pernikahan (Marriage)

Akad Nikah (Solemnization) – biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk membayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

Berinai – antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.

Kenduri Kahwin – ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan makan para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.

Sambut Menantu – iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.

Ziarah (Visit) – menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.

Berbulan Madu (Honeymoon) – bercuti dan melancong berdua-duaan.


Hope you can share this infographic with those who want to get married soon. So , is there anything I missed? Feel free to share in the comment box below. Thanks.

61 thoughts on “[Infographic] Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia”

  1. sebagai pemangkin generasi baru, marilah kite sama2 berhijrah dgn memberikan penekanan yang lebih kepada Islam daripada adat. buanglah yg membawa kpd pembaziran dan menyusahkan

    1. Setuju dengan pijal. Cuma kebanyakan orang-orang tua ni selalu nak tekankan adat. InsyaAllah dalam beberapa tahun lagi, harap umat Islam mempunyai kesedaran untuk menekankan Islam sebagai cara hidup yang utama disamping adat. Adat tu boleh cuma kena berpada-pada dan tidak membazir juga

  2. hm..dalam ilustrasi yg meminang tu mcm kekurangan dulang je yg kt belah perempuan tu.. hehe..klau lelaki bagi 5, kan perempuan kena sediakan 7. oh tak ada plak cerita pasal bilangan dulang hantaran di atas ye..hihi..

    1. Salam. Terima kasih Rabiatul Adawiyah. Sekadar berkongsi proses perkahwinan ni je. Sepatutnya kena la utamakan agama. Saya pun tak suka kalau orang yang mementingkan adat daripada agama kan.

  3. stage 4..perceraian..stage 5..gaduh hak penjagaan anak…stage 6…gaduh harta sepencarian…stage 7…rujuk….stage 8…cerai balik talak 2..stage 9..rujuk balik….stage 10 cerai talak 3..stage 11 cari cina buta…lepas tu start balik dari stage 1 sebab kene kawen balik kan…hahahahha…pekak xdah…kuda kayu btoi…

  4. Salam adlankhalidi. Nice infographic. 1st time jumpa yang buatan Malaysia. XD Looking up for more from you!

    I’ve put it in my blog and linkback at you. thank you! πŸ˜€

    1. Salam syafiq azuan,

      Thank you. Actually memang banyak je infografik buatan Malaysia cuma tak dipublish dalam blog sebab hal2 sulit di tempat kerja.

      Anyway, thanks for sharing it in your blog and the linkback!

  5. Salam adlan and hi again. Been featured in my blog and some of my reader suggested this infographic will be more awesome if including with the estimated cost and somehow it could be turn into reason-to-be-fear. haha. Just an idea. Thanks. πŸ™‚

    1. Salam syafiq. Thanks for the idea. Yeah I also have the idea to share about the estimated cost and budget for a wedding. Thanks for your suggestion!

    1. erk.. boleh ke guna sumber dari blog saya ni untuk kerja kursus tu? kalau cikgu kata baik, tu dah kira satu penghargaan la juga. terima kasih arif

  6. Salam En. Adlan,

    nak bagi opinion dari orang yang baru kahwin since almost every stuffs sekarang dah mahal kan (wuwuwu~). part PERSEDIAAN, BERINAI, KENDURI/JAMUAN tu boleh cut off banyak.

    contohnya, malam berinai tak perlu diadakan. boleh je pakai inai sendiri (i mean, minta tolong keluarga or kawan2 tolong tempek).

    part persediaan pula, baju pengantin tak perlulah sampai berpasang2 (semua jenis kaum nak di test pakainya), kad jemputan buat yang simple (tak perlu sampai RM1++/keping), khemah & makanan (survey awal2 & book terus kalau murah & servis ok), berkat / doorgifts xperlu pakai paperbag since paperbag sekarang pun dah mahal sangat & orang akan buang jugak nanti. jurugambar xperlulah sampai bayar beribu2 sangat. baik spend ribu2 tu utk memulakan hidup baru.

    live band, karaoke, DJ / emcee kalau dapat sumbangan tenaga dari kawan2 sendiri lagi bagus kan? no need to spend much on that.

    tak perlu majlis yang top of the world, in the end, sendiri punya hutang, sendiri garu kepala. nak sara anak nanti lagi pening. huu~

    maaf, panjang berjela pulak taip. sekadar mengingati sesama saudara seIslam.

    wassalam.

    1. Salam saudari Shafikka Affya,

      Terima kasih sudi berkongsi pendapat yang sangat bernas tu. memang betul banyak cara untuk mengurangkan kos dalam kerja kahwin ni. Saya sendiri pun kahwin bajet so saya faham bahagian mana yang boleh dikurangkan atau ditiadakan terus.

      Infografik berkenaan hanyalah kebiasaan yang dapat dilihat dalam majlis orang kita yang disulami adat dan budaya tempatan. Terima kasih sekali lagi atas komen yang membina. Wassalam.

    1. Salam elqays. Boleh, sila letak dalam blog.

      Pasal emblem tu memang design sendiri. Takat ni tak pernah ada orang order. πŸ˜€

  7. Pingback: Zulhijjah Reflection [Infographic] | AdlanKhalidi

  8. Pingback: Malaysia: Malay Wedding Preparation

  9. Pingback: Nikah. Kenapa Begitu Leceh? | POST

  10. Nice infografik! Fairly accurate.
    But IMO the procedures/process is very long and tedious one. This is something that our relegious authorities should seriously look into. It must be simplified for Muslim couples to get married, in accordance to the practise of our beloved Prophet Muhammed SAW (PUBH). If it is too complicated, couples will take the easy way out of getting Nikah in our neighbouring countries like Thailand or Indonesia. Worse still, they will stay together without getting married, Auzubillah. Allah forbid.
    I know what my 2 sons went through, compared to my time. Probably yours will be more complicated! (If you are not married yet).
    Good luck.

    1. Thank you. Yes, this is based on my experience. Been married for 4+ years with 2 beautiful daughters.

      Let’s educate our society to simplify this process. Wedding should be easy.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *