Salam. Eid Mubarak to all Muslim. In Malaysia, corporate and big companies usually will wish Eid Mubarak or Selamat Hari Raya through advertisement, either in print or TV commercial.
I’m planning to showcase all of them here but since the print ads is too large for my A4 scanner, I’ve decided to extract the ad copies only. Some of them are quite lengthy, some are short, some use traditional pantun and peribahasa. I took all the trouble to get these ads on newspaper dated 9th – 10th September 2010.
These are among the meaningful and creative copywriting for Raya. I love to see how they put it in this way. This is another collection of inspiration that you can use to compose your own Raya wish or even send Raya SMS to your friends next time.
Raya Pantun
1Malaysia wadah perpaduan,
Ramadhan berlalu kita tinggalkan,
Jalinan persaudaraan kita eratkan,
Syawal tiba kita raikan.Indah persada berjejal bintang,
Sinar purnama di hujung desa,
Lebaran tiba disambut girang,
Mohon diampun silap dan dosa.Yang jauh kami dekatkan,
Yang dekat kami rapatkan,
Yang rapat kami mesrakan,
Semoga silaturrahim berkekalan.
– Pos Malaysia Berhad
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
– aL-ikhsaN
Kilas mengilas si pendekar utama
Buah dan jurus jelas tak bercela
Rumah kami sedia terbuka
Jemputlah semua datang beraya
– NSTP Group
Tangan dihulur maaf dipinta
semoga gembira di hari mulia.
– Prudential BSN Takaful
Tangan dihulur maaf dipinta,
Semoga keceriaan dikongsi bersama.
– Bata
Raya Quotes
Yang dekat berkunjungan, yang jauh berimbauan; merentasi desa, kota dan lautan kami hulurkan salam lebaran.
– Maybank
Apabila silaturahim menjadi rapat, hubungan menjadi erat, itulah hikmahnya sepakat membawa berkat.
– Astro
Teknologi mendekatkan, tradisi merapatkan kita selamanya.
– Axiata Group Berhad
Ke mana jua perjalanan hidup membawa anda, akhirnya kembali juga ke pangkuan keluarga tersayang.
– Honda
Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri
– EXIM Bank
Selamat beraya walau dimana jua anda berada
– Victoria Station
Citarasa Tempatan, Capaian Global
– Kumpulan Sapura
Usaha kami, senyuman anda.
– AmBank Group
Hari Raya Anda Akan Lebih Bermakna Jika Duit Raya Dimanfaatkan Sebaik-baiknya
– Permodalan Nasional Berhad
Suatu hari nanti, kita mungkin mengharapkan kemaafan daripada mereka
– Sime Darby
Merayakan + Melindungi Tradisi yang mengeratkan kita bersama
– Great Eastern
Tiada yang lebih indah daripada mengeratkan silaturahim sesama keluarga pada hari yang mulia ini.
– Telekom Malaysia
Raya Wishes
Bulan Ramadan melatih kita untuk bersabar.
Bukankah elok jika kita lebih bertolak ansur sempena bulan Syawal yang mulia ini?
Selamat Hari Raya
– Petronas
Tradisi diwarisi, Ikatan kasih dijalini.
Ikatan kasih dan warisan tradisi sama-sama saling melengkapi. Walau dunia berubah dengan pelbagai inovasi terkini, nilai-nilai ini sentiasa kekal abadi dari satu generasi ke satu generasi.
– LG Electronics
Hari mulia ini pasti akan lebih bereti jika dapat pulang ke kampung. Sememangnya menyambut Hari Raya bersama mereka yang tersayang amat bermakna. Kerana itulah kami akan terus bertugas sehingga anda selamat tiba di destinasi.
Apa jua keadaan, berhati-hatilah ketika memandu. Kami akan menerangi perjalanan anda. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
– Tenaga Nasional Berhad
Janganlah kamu menyembah melainkan Allah..
dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa,
anak-anak yatim serta orang-orang miskin…
dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat..
bersihkan hati.. di Aidilfitri
– Bank Rakyat
Hanya jalinan teguh mampu melahirkan kemurnian sejati.
Ibarat daun ketupat yang perlu diikat kuat untuk menahan beras supaya tidak terlerai apabila dimasak, pertalian persahabatan kukuh umpama inilah yang membawa kepada kesempurnaan dalam menyatukan kita semua.
Stelah sebulan berpuasa, marilah kita menyambut Syawal ini sesuci putih beras di dalam ketupat sebagai satu bangsa, 1 Malaysia.
– Naza Group of Companies
Kepulangan Anda Penawar Rindu
Walaupun suara anda dapat didengari, pesanan ringkas anda boleh menghiburkan hati
tetapi pada mereka yang sekian lama menanti kepulangan anda, Aidilfitri lebih bermakna apabila anda di sisi.
– Maxis
Sebar Kasih Sayang
Sambutlah Dengan RiangSyawal telah pun tiba. Kini masanya untuk bergembira bersama orang tersayang. Saling bermaaf-maafan, serta eratkanlah silaturahim dengan teman baru dan lama.
– Bank Islam
So which one do you like the best? Give your answer in the comment box below.