Category: Personal

Sorotan sepanjang tahun 2014

Sedar tak sedar, kita dah sampai ke penghujung tahun 2014. Tahun ini juga merupakan antara tahun yang paling banyak cabaran dalam hidupku.

Alhamdulillah, sesungguhnya cabaran inilah yang mendewasakan dan mematangkan diriku. Aku tak nak cerita secara panjang lebar apa yang berlaku. Cukuplah aku kongsikan apa yang aku pelajari sepanjang tahun 2014 ini.

1. Ipoh sebuah bandar yang lebih selesa berbanding KL.

Maklumlah dah setahun duduk di Ipoh, bandar yang lebih kecil dari KL. Kalau orang tanya, aku pasti akan jawab Ipoh ni lebih best sebab kos sara hidup yang rendah, kurang trafik jem (memang ketara), tak perlu bayar tol (ada lebuhraya percuma dari Ipoh-Meru) dan semuanya berdekatan.
Continue reading

Filed under: PersonalTagged with: ,

Pengalaman guest lecture di Politeknik Ungku Omar

Assalam kepada para pembaca.

Pada bulan September yang lepas, aku telah dijemput untuk memberi syarahan (lecture) mengenai tajuk E-commerce kepada para pelajar Diploma Lanjutan Keusahawanan di Jabatan Perdagangan, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Ini merupakan kali pertama aku menjadi guest lecturer. Sebelum ni aku dah berpengalaman mengajar dalam kursus pendaftaran domain website / blog serta bengkel asas pembinaan website HTML.
Continue reading

Filed under: Events, PersonalTagged with: , ,

Perbezaan menggunakan cermin mata dengan kanta Transition

Salam.

Maaf sebab sekian lama tak sempat nak update blog. Boleh tahan juga kesibukan yang melanda dari awal bulan Ramadhan sampai la minggu raya.

Sukacita ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, walaupun dah nak penghujung Syawal.

Dalam entri sebelum ni aku dah ceritakan pengalaman membeli cermin mata baharu di kedai Rizal Optometris. Entri kali ini pula aku ingin kongsikan perbezaan yang aku alami sejak menggunakan cermin mata dengan kanta Transition jenama Essilor.Continue reading

Filed under: PersonalTagged with:

Pengalaman membeli cermin mata di Rizal Optometris

Assalam dan salam sejahtera kepada pembaca semua.

Aku mula memakai cermin mata yang satu ni sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu aku masih lagi di universiti dan boleh dikatakan trend ketika itu ialah frame tebal. Ia juga merupakan antara cermin mata yang termahal yang dihadiahkan oleh ayahku.

Sejak itu, aku setia dengan cermin mata ini dan langsung tak tukar-tukar sampai sekarang. Antara faktornya, sejak 6 tahun yang lepas, memang banyak komitmen kewangan; bermula dari simpanan untuk berkahwin, merantau ke Australia dan kini membangunkan bisnes, sehinggakan aku belum bersedia untuk menukar cermin mata.
Continue reading

Filed under: PersonalTagged with: , , ,

Kelebihan hidup tanpa TV di rumah

Assalam kepada semua pembaca.

Sejak aku berpindah ke Ipoh pada tahun lepas, kami tidak memiliki TV. Lagipun bila tinggal di rumah sendiri, TV ni rasanya bukan keutamaan. Maka, kami pun tak beli TV dan menikmati kehidupan tanpa TV sehingga kini.

Ketiadaan TV ke arah gaya hidup yang minimalis.

Klik sini jika anda belum pernah membaca mengenai gaya hidup minimalis. Dari segi pemilikan barang, aku dah banyak berjimat. Tahukah anda kalau ada TV, nafsu kita akan mendorong kita untuk membeli macam-macam lagi perkara berkaitan TV. Antaranya:

  • meja atau kabinet TV – mesti ada tempat nak letakkan TV
  • extension cable – nak tarik kabel dari power point ke tempat TV
  • antenna luar – kalau nak dapat liputan TV dengan cantik
  • ASTRO – kalau nak tengok lebih banyak saluran
  • DVD / BluRay player – kalau nak layan movie
  • set sofa – mesti nak duduk dengan selesa depan TV
  • meja kopi (coffee table) – sambil menonton nak makan dan minum
  • Apple TV – boleh la menonton Youtube secara streaming
  • set home teater – baru sedap layan movie dengan bunyi sekeliling berdentum

dan senarai ini berterusan. Anda nampak tak permainannya di situ? Anda akan rasa nak beli banyak perkara lain dan membelanjakan sejumlah wang yang besar tanpa disedari. Maka hal ini gagal menepati konsep gaya hidup minimalis. Semua berpunca dari TV.

no-tv

Alternatif kepada TV ialah Internet

Ya, zaman sekarang ni, aku percaya aku dan ramai lagi diluar sana lebih memerlukan internet daripada TV. Banyak juga kelebihan menggunakan internet secara terkawal.

Salah satu contohnya apabila menonton di Youtube. Di Youtube, anda boleh menonton apa yang anda nak tonton. Anda tak perlu terkejar-kejar sebab boleh menonton pada bila-bila masa.

Tiada pengaruh iklan

Anda boleh menggunakan Adblock Plus  untuk menghalang iklan dari browser internet anda seperti Chrome, Firefox dan Opera. Tahukah anda apa tujuan pengiklanan? Mereka nak menanam dalam minda bawah sedar kita supaya membeli produk dan servis mereka. Itu sebabnya iklan ditayang berulang-ulang.

Maksudnya di sini, bila tak menonton atau melihat iklan, aku boleh membuat keputusan yang lebih tepat dalam membeli barang dan tidak mudah terpengaruh. Kalau setiap hari menonton iklan kereta baru, kita akan terasa seperti nak beli kereta. Tengok iklan telefon baru, rasa nak tukar telefon. Begitulah dahsyatnya kuasa pengiklanan dan media.

Kembali merujuk kepada gaya hidup minimalis, kita hanya beli barang yang perlu. Tak perlu beli barang sebab nak ikut trend semasa dan akhirnya membazir apabila tak digunakan.

Kelebihan kepada anak kecil

Bayi akan menjadi lebih pintar
Banyak kajian yang membuktikan TV tidak elok untuk tumbesaran mental & fizikal seorang bayi. Alhamdulilah anak kami membesar tanpa TV di rumah. Si kecil lebih aktif dan responsif, bergerak ke sana ke mari, mencuba benda-benda baru dan bermain dengan permainan dan peralatan sekeliling.

Anak terdedah kepada dunia luar bukan dunia dalam kotak televisyen
Ini juga antara kelebihan kepada anak kecil. Mereka berpeluang untuk meneroka dunia realiti, dunia sebenar dengan deria mereka sendiri.

Satu lagi apabila tiada TV di rumah, ibu bapa akan lebih memandang anak, bukan memandang TV.

Tidur awal pada waktu malam

Aku ni jenis kalau menonton movie di TV, aku akan sanggup tunggu walaupun habis lambat. Kalau menonton TV3, dulu-dulu akan bersambung selepas Nightline jam 12 tengah malam. Bila tiada TV di rumah, aku boleh tidur awal di rumah. Dengan syarat laptop pun dah ditutup.

Sekian itu sahaja yang boleh aku kongsikan pengalamanku hidup tanpa TV. Anda pula bagaimana? Sanggup tak berkorban sedikit demi kesejahteraan masa hadapan?

Filed under: PersonalTagged with: