5 Langkah Masuk Kerja Kerajaan Melalui SPA

Kerja kerajaan merupakan sesuatu yang diidam dan seringkali disebut sedari dulu lagi. Hal ini berpunca daripada kerja kerajaan yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pekerjanya.

Kelebihan untuk naik pangkat mengikut tahun berbanding prestasi, kemudahan membuat pinjaman, jaminan pencen, semua merupakan antara sebab ramai mahukan kerja kerajaan. Oleh itu, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan cara untuk memohon kerja kerajaan.

Daftar Akaun SPA9

Untuk mendapatkan kerja dalam sektor awam melalui SPA, anda perlu mendaftar akaun di sistem yang disediakan iaitu SPA9. Jika anda tidak pernah mendaftar sebelum ini, pemohonan baru perlu dibuat terus di SPA9 di sini. Tetapi jika anda pernah memohon di SPA8i dan tempoh pendaftaran masih belum tamat, pendaftaran baru tidak perlu dilakukan.

Pastikan anda masukkan maklumat yang tepat dan emel terkini. Setiap pemohon dibenarkan memohon jawatan mengikut kelulusan yang anda peroleh atau ‘one step lower’. Contoh jika anda pemegang diploma, anda boleh memohon jawatan untuk peringkat diploma dan SPM.

Setiap pemohonan sah untuk tempoh setahun.

Jawab Peperiksaan Online SPA

kerja kerajaan
Peperiksaan online SPA bakal menapis beribu temuduga. Kredit: Freepik

Selepas memohon, pastikan anda alert dan menyemak emel anda termasuklah folder junk mail atau spam mail. Hal ini kerana, ramai pemohon yang terlepas tarikh mengambil ujian online SPA. Pastikan anda membuat persiapan yang secukupnya untuk mengambil ujian ini kerana ujian ini tidaklah semudah yang disangka. Ujian ini bakal menapis berpuluh ribu pemohonan dan hanya yang layak sahaja dapat ke peringkat seterusnya.

Ujian Psikometrik

Anda juga perlu menjawab ujian psikometrik yang bertujuan untuk mengenali personaliti, daya kepimpinan dan emosi. Dalam ujian ini tiada jawapan yang betul atau salah. Tetapi anda perlu ingat bahawa setiap jawatan memerlukan calon dengan ciri-ciri tertentu. Ujian ini sedikit tricky kerana masa yang diberikan untuk menjawab satu soalan hanyalah beberapa saat. Soalan dengan maksud yang sama akan berulang dengan pengolahan berbeza bagi mengelakkan penipuan perewatakan diri. Jelasnya, anda perlu menonjolkan nilai positif dan menyembunyikan nilai negatif-tetapi hal ini sukar jika tidak disertakan latih tubi.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Terdapat juga soalan matematik di dalam ujian psikomerik bagi menilai daya kebolehan calon menyelesaikan masalah. Jadi pastikan anda membuat persediaan secukupnya.

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan

Terdapat sebilangan jawatan yang memerlukan anda melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu. Contohnya, jawatan seperti:

  • Penguasa Penjara KX41
  • Penguasa Bomba KB41
  • Pegawai Keselamatan KP41
  • Pegawai Penguatkuasa N41
  • Pegawai Kesatria S41
  • Pegawai Pertahanan Awam KP41

Anda mungkin perlu melakukan pemiksaan ini sebelum mengambil ujian psikometrik dan proses temuduga.

Temuduga SPA

Temuduga memberi impak yang besar untuk penjawatan kerja kerajaan. Kredit: Freepik

Sekiranya anda berjaya, anda akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Anda akan dinilai oleh barisan panel. Pastikan anda membuat persediaan rapi dari segi pakaian, resume dan kelancaran menjawab temuduga itu sendiri. Banyak lagi yang peru anda lakukan sebagai persediaan temuduga ini. Saya cadang anda dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga kerajaan Dengan Mudah ini. Klik di gambar.

Kesimpulannya

Diharap anda dapat melalui proses mendapatkan kerja kerajaan dengan baik. Baca lebih lanjut tentang tips temuduga di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *