5 Tips Untuk Upgrade Kerjaya Freelance Designer Supaya Nampak Lebih Professional

Assalamualaikum dan salam sejahtera GM!

Dalam seminggu ni banyak betul post berkenaan isu ‘FREELANCE’. Ada masa sedikit ni, aku nak kongsi beberapa point yang mungkin agak berguna pada semua designer untuk ‘upgrade’ career design korang.

1 – Tukar title dari ‘Freelance’ kepada ‘Design/Creative Consultant’:

Maksud dan tujuan asal ‘Freelance’ adalah satu kerja yang dibuat di luar waktu kerja full-time untuk duit poket sampingan. Secara automatik tugas freelance menjadi tanggapan ‘murah’ kepada customer untuk mendapatkan khidmat tertentu berbanding pergi syarikat grafik/printing.

‘Consultant’ atau ‘Creative/Design Consultant’ pula memainkan peranan lebih serius dan ‘mahal’ kepada pelanggan sebab mereka akan mengharap khidmat anda lebih bernilai sebab anda perlu menasihat, membimbing dan memberi hasil berkualiti. Secara tak lansung anda membantu menyelesaian masalah customer tak kira dengan menaikan lagi image company atau diorang dapat lebih banyak job dari hasil design anda.

2 – Cas Mahal berbanding cas murah

Ramai designer fikir cas mahal dengan alasan sebab bayaran study mahal, komputer mahal dan sebagainya. Tanggapan ni salah. Korang cas mahal sebab utama adalah servis dan hasil kerja.

Upah design Company Profile RM10,000 – Study company background, interview staff/management, tangkap gambar office/produk, nasihat tentang apa benda nak tulis, bimbing client untuk bagi isi profile berkualiti. Nampakkan profile tu gempak habis supaya client boleh dapat banyak job bila kongsi profile tu dengan potential client dia.

Upah design Company Profile RM500 – harapkan client bagi bahan 100%, korang duduk tukang susun siap je.

Korang kena tunjuk sebab kenapa korang berbaloi dibayar mahal dan client tak perlu pening kepala bagitahu apa nak buat sebabnya korang sendiri setel semua benda. Tujuan asal kita adalah untuk menolong memudahkan urusan client dan bantu bagi bisnes pada diorang. Bila client dapat hasil bagus, semua orang dia jumpa pun puji dan dia rasa bangga. Siapa orang pertama dia akan contact dan bagi lagi banyak job? korang la sebagai designer. Jangan takut cas mahal sekira servis korang terbaik.

3 – Mahirkan banyak software/skill.

Untuk kuatkan pengalaman korang sebagai designer. Kalau sekarang korang cuma tahu design Ai/Psd sahaja, mula tambah skill lain. Belajar fotografi/videografi, Autocad, website/sosial media, asas printing tu memang wajib tahu, 3D/2D/animation. Supaya point saya nombor satu untuk anda jadi creative consultant lebih kuat. Sebab bila client tanya anda boleh buat itu ini, semua anda boleh urus dan bantu selesai masalah.

4 – Bekerjasama dengan pihak ketiga

Anda bekerjasama dengan pihak yang kongsi industri design ni seperti Interior designer, Arkitek, Kontraktor atau Kilang Printing. Sebab utama? Dalam industri design / seni bina ni, Grafik designer adalah satu tugasan asas yang diperlukan semua syarikat. Kebanyakan syarikat besar ni tidak ambil full-time grafik designer sebab perniagaan yang mereka buat bukan setiap hari kena buat grafik. Tapi mereka punyai ramai client yang memerlukan grafik dan satu2 job itu bukan la berharga ratus ringgit tapi beribu.

5 – Asas Bisnes

Point ni sangat penting, korang sebagai freelance/consultant perlu ada ilmu perniagaan walau sikit. ‘Quotation, Invoice, Receipt.’ Tiga benda ni benda kecil je tapi impak besar, kalau korang tak buat memang akan makan diri dan rugi masa untuk berurusan.

Paling utama adalah deposit, ramai yang sanggup buat design tanpa deposit dengan alasan risau client lari. Pertama korang kena ingat kalau korang bagi design draft percuma, client tiada sebarang komitmen terhadap korang. Ibaratnya korang bagi ‘free sample’ pada customer. Macam dekat supermarket tu la, bagi free sample makanan, orang bagi free, makan je! Malah kalau korang tetap pendirian untuk deposit, customer yakin anda lebih profesional dalam melakukan kerja dan bukan terdesak untuk sales.

Dalam dokumen dan urusan penting korang kena nampak professional. Daftar nama company dan daftar account syarikat. Sebabnya tanggapan pertama berurusan tu penting. Bila client nak offer job RM20ribu, tapi tengok guna nama sendiri dan akaun personal. Sebagai satu syarikat memang tidak akan yakin untuk berurusan dengan ‘individu’, lagi2 melibatkan bayaran yang tinggi.

Jadi tu je la, panjang pula menulis..Kalau korang ada point lain nak tambah, silakan komen. aku sekadar kongsi pandangan dan semoga membantu serba sedikit la ye. Selamat ber-Freelance

Kredit: Khairul Anwar Norlan dari FB Group Grafik Malaya

Filed under: Design, UsahawanTagged with: ,

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name *
Email *
Website