Bina salasilah keluarga anda dengan app Ancestry

Salam.

Sekarang dah masuk fasa penghujung bulan Syawal tapi secara lazimnya masyarakat di Malaysia masih berhari raya dengan mengadakan rumah terbuka dan amalan berziarah.

Aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalamanku menggunakan app yang baru aku teroka baru-baru ini yang dikenali sebagai Ancestry.

Apa itu Ancestry?

Ancestry asalnya merupakan sebuah perkhidmatan web yang memfokuskan kepada pembinaan salasilah keluarga. Kini mereka juga dah ada app tersendiri yang menggunakan sistem ‘cloud’ untuk menyimpan data pengguna.

ancestry-app-salasilah-keluarga

Melalui app ancestry ni, kita boleh membina salasilah keluarga kembangan kita, termasuklah pakcik makcik, datuk nenek, sepupu dua pupu, mertua, biras besan dan pelbagai lagi dengan mudah dan interaktif.

Setiap orang ada sejarah keturunan dan susur galur keluarga masing-masing. Inilah masanya untuk kita mengeratkan silaturahim di samping mengetahui apakah hubungan mereka.

Aku teringat lagi arwah atuk aku dulu pernah mencatatkan info ringkas setiap ahli keluarga dengan menggunakan mesin taip beliau.

ancestry-salasilah-keluarga-detail

Kenapa perlu tahu?

1. Kenali asal-usul kita dan ahli keluarga
Kita selalu ziarah saudara mara kita ketika hari raya tapi adakah kita tahu apakah hubungan mereka dengan kita? Adakah mereka nenek saudara atau dua pupu kita?

2. Bina networking
Sesetengah saudara-mara kita ada yang menjalankan perniagaan, atau bekerja dalam posisi penting sesebuah organisasi. Inilah masanya untuk merebut peluang seperti mendapatkan tender dalam bidang swasta mahupun kerajaan.

3. Hubungan mahram dan bukan mahram
Bagi aku ini yang paling kritikal. Sebagai orang Islam, kita wajib mengambil tahu status saudara-mara kita kerana kebanyakan mereka yang berlainan jantina dengan kita adalah bukan mahram dan haram kita berjabat tangan dengan mereka.

Sekian dahulu dariku. App Ancestry boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. Selamat mencuba.

P/S – sedikit sibuk kejar deadline sepanjang 2 minggu lepas. Baru sempat nak tulis blog.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *