Salam. Dah lama aku tak menggunakan perisian After Effects ni, tiba-tiba dapat sebuah projek yang memerlukan kepakaranku untuk membuat montaj video dengan After Effects.
Apa itu Adobe After Effects?
Untuk pengetahuan anda, Adobe After Effects ialah piawaian industri penyiaran dalam menghasilkan atau menyunting video. Bahasa mudahnya ialah kalau professional nak edit gambar guna Photoshop, kalau nak edit video kenalah guna After Effects.
Semua video yang anda lihat di kaca TV seperti iklan dan trailer filem, dihasilkan dengan After Effects. Jika ada sedikit elemen dan objek 3D berpusing-pusing, ia dihasilkan dengan perisian 3D seperti Cinema4D.
Membuat montaj video pelancaran dengan After Effects
Untuk perhatian anda, ini ialah video yang telah aku bertungkus lumus hasilkan sepanjang minggu lepas. Video ini dihasilkan sempena pelancaran First World Congress On Integration And Islamicisation Of Acquired Human Knowledge di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ringkas sahaja, kan? Tetapi nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Mujurlah laptop Acer yang menggunakan Intel i3 mampu untuk render video ni. Aku menggunakan versi CS4 walaupun Adobe sudah melancarkan versi Creative Cloud (CC) baru-baru ini.
Kalau ada rezeki, aku mungkin nak beli MacBook Pro supaya dapat membuat video dengan lebih pantas dan produktif.
P/S – Tiba-tiba aku rasa bersemangat untuk buat video tutorial After Effects pula. Adakah anda berminat nak belajar?
salam Adlan, tentang tutorial tu…boleh la anda buat kalau ada masa…boleh saya belajar…
InsyaAllah saya akan buat. Tengah dapatkan mikrofon supaya dapat buat rakaman berkualiti 😉
Pingback: Perkembangan terkini : AdlanKhalidi
saya berhajat nak belajar soft were ni… 0194446048 (mohd redzuan)
Kalau Redzuan nak belajar software ni, boleh hadiri kursus anjuran Sifoo. http://www.sifoo.com/kursus-reka-montaj-video-adobe-effects/
Nak belajar online pun banyak. boleh cari sendiri ‘after effects tutorial’.
Saya dalam proses untuk hasilkan video tutorial tak lama lagi. Nantikan ya!
Salam,
Bro sy berminat dengan template ae ni, boleh sy dapatkan…sy kena buat montaj tapi tgh pening sekarang ni….sy tertarik dgn template yang tuan ada..
Salam. Maaf bro. Template AE ni bukan untuk dijual. Kalau nak pun, saya perlu ubah banyak benda kalau nak bagi senang untuk diedit semula.
Salam.Kat mana ye boleh dapatkan audio islamic mcm ni.
Salam. Saudari boleh dapatkan melalui website seperti AudioJungle dan cari dalam kategori World Beat – Middle Eastern.
Harap info ini dapat membantu.
Salam.Terima kasih.Sangat membantu.Sebelum ni saya cari tapi tak jumpa.
Salam.En adlan, saya nak create organization chart menggunakan adobe after effects.Saya cari tutorial tak jumpa.Boleh tak suggest apa2 tutorial.Terima Kasih
Salam. Saya cadang saudari gabungkan buat carta organisasi tu menggunakan Adobe Illustrator. Kemudian, buat animasi menggunakan After Effect. Cuba cari tutorial berkaitan ‘illustrator in after effects’. Terima kasih.
Salam.Terima Kasih 🙂
hello,abang. macam mana nak buat video montaj?
hello encik Gunavathi.
Secara mudahnya untuk buat video montaj, saudara boleh menggunakan software editing video seperti Cyberlink PowerDirector (Windows) ataupun iMovie (Mac). Kalau nak lebih advance, boleh gunakan software Adobe After Effects.
Bagaimana saya nak hubungi? Boleh tahu?
Boleh email kepada saya terus di alamat me[at]adlankhalidi.com. Terima kasih.
salam…kat mana nak dapatkan software ae ni?boleh bantu?
Salam.
Saudari boleh download dari website Adobe sendiri.
http://www.adobe.com/products/aftereffects.html
Kalau pergi ke kedai komputer, tanya mereka jika dimana boleh dapatkan DVD original Adobe Creative Suite dengan After Effects.
Salam. Nak tanya, harga standard untuk DVD original Adobe Creative Suite dgn After Effects ni selalunya berapa ya abang rasa kalau jual kat kedai2 komputer?
Salam.
Kalau nak beli ikut harga runcit, sekitar RM6 ribu -8 ribu. Salah satu contoh boleh rujuk website berikut.
http://computermalaysia.com.my/adobe/production-premium.html
Terima kasih
saya berminat sangat tentang create montaj ni….mcmn nk belajar tu..??
Nak belajar buat montaj, antara caranya:
1. Belajar dari pakar, orang yang bekerja dalam industri
2. Belajar dengan membaca atau menonton video tutorial di Youtube etc.
3. Ambil kelas / kursus pendek di kolej yang menawarkan.
salam sifu.saya memg berminat dengan program ini.Kalu blh tuan kongsi kursus yg ada untuk belajar buat montage pkai ae ni.nk beli dengan audiojungle pn tetap kn blajar jgk.hope tuan dpt shre.syukran
Salam buya ben. Saya sarankan saudara join group FB seperti Sifoo.com untuk mengetahui kalau ada kursus untuk belajar montaj guna AE. Terima kasih.
saya mintak izin untuk share di blog ye.terima kasih
OK. Silakan share, dengan backlink sekali ye. Terima kasih!
TAHNIAH BRO. MONTAJ KEMAS DAN MENARIK. SAYA BERMINAT NAK BELAJAR DARI SIFOO, SEBELUM NI SAYA GUNA SONY VEGAS.
Terima kasih Hafiz. InsyaAllah kalau berminat nak belajar, saya cadang nak buat kursus berkaitan pembinaan montaj tak lama lagi. Nanti saya akan maklumkan dalam blog dan Facebook.
Sangat2 berminat nak belajar… tuan ada buat kursus ke? Mcmana nak hubungi tuan
Terima kasih khairul. InsyaAllah dah rancang nak buat kursus mulai tahun hadapan. Saya akan hubungi tuan guna email yang guna untuk komen. Terima kasih
Salam tuan,
Saya banyak download template AE ni. Tapi saya tak tahu dari mana nak mula adjust template tersebut. Boleh tuan kongsi tips.
Saya juga berminat dengan video montage yang tuan hasilkan. Boleh tak share teplate video tersebut. Saya bekerja dengan NGO kebajikan. Dan NGO kami terlibat kerjasama dengan NGO Islam Antarabangsa. Harap tuan dapat kongsikan
Salam.
Biasanya boleh baca panduan / manual / documentation yang disediakan dalam dalam file template yang didownload.
Saya minta maaf saya tak boleh sharekan template video montage yang telah saya hasilkan. Tapi InsyaAllah saya boleh ajarkan jika tuan berminat nak tahu cara edit template AE.
Terima kasih.
Salam saudara..saya student mascom dari uum..saya mmg cuba cari & belajar buat montaj sndiri…kalau blh saudara kongsi la ckit lagi cara buat montaj ni…blh sy bljar jgk..hehe….ada fb..blh sy follow kt fb..lgi senang 🙂
Salam saudara. Kalau berkesempatan saya akan kongsi cara-cara buat montaj ya. Sekarang ni agak sibuk dengan pelbagai projek. Maaf sangat.
Terima kasih.
Assalamualaikum syeikh…saya nak mnta pendapt buat montaj untuk assignment subjek kewartawanan..boleh tolong bagi pendapat sikit?
Waalaikumsalam. Boleh. Sila hantarkan link video tersebut. Nanti saya komen.
slm sy nak belajar buat montaj
Salam. Saya dah reply melalui email. Terima kasih.
Macam best je.
Apa-apa pun, suka blog ni. Banyak info yang bagus 🙂
Terima kasih.
saya kena buat montaj untuk ofis. Ada macbook. tapi software competible ke dengan macbook.
after effect, sony vegas dan lain-lain..
Kalau guna Macbook, kena guna software versi Mac OS. After Effect ada, Sony Vegas takde. Kalau pakai Mac, biasanya guna Final Cut Pro atau paling basic guna iMovie.
Salam tuan,
Saya nk buat video montaj gabungkan gambar dan video. Boleh tuan suggest software apa yang sesuai saya gunakan?
Wassalam tuan.
Paling simple tuan boleh guna Windows Movie Maker. Kalau nak canggih sikit, saya guna Cyberlink PowerDirector.
Assalm tuan…sy tgh pening untuk buat dept punya montage..selit gambar dan tajuk dan ada lah nk variasi yg cggih cggih sikit..sy pkai aver i3 jer skrg..bole bg pendapat tak software apa?nmpk di internet semua berbayar ..
Wassalam. Kalau nak buat montage, kebanyakan software memang kena beli. Ataupun download versi trial yang percuma 30 hari ataupun diletakkan watermark.
Kalau versi online, boleh cuba Animoto.com (free plan 14 hari).
Tuan..tlg bg pendapat..sy amat memerlukannys sbb kena buat juga…
Tips yg baik bro..
Salam Tuan. Masih buat video montaj lagi? 😊 Nak tanya, biasa berapa rate video montaj (yang menggunakan After Effects) yang Tuan caj untuk 1 minit?
Wasalam. Maaf saya tak ambil job video montaj buat masa sekarang.