[Tips] Manfaatkan fungsi GPS telefon anda untuk tujuan ziarah

Salam.

Amalan ziarah merupakan satu kemestian pada Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanakah kita boleh menggunakan teknologi GPS yang ada dalam telefon pintar kita untuk memudahkan mencari rumah untuk diziarahi?

Anda perlu sebuah telefon pintar Android ataupun iPhone dengan apps:

Tahukah anda salah satu fungsi yang menarik dalam app Whatsapp ialah kebolehan untuk menghantar lokasi kepada rakan kita.

Oleh itu, aku ada dua senario untuk kegunaannya.

Dapatkan lokasi rumah untuk dilawati sebelum bertolak

location-whatsapp

  1. Buka app Whatsapp dan mulakan chat dengan saudara, sahabat ataupun tuan rumah
  2. Minta mereka untuk menghantar lokasi mereka. Pastikan mereka mengaktifkan fungsi GPS atau geolocation.
  3. Tunggu sebentar dalam 30 saat sehingga dapat lokasi rumah dengan tepat. Tak semua telefon ada GPS yang tepat. Tekan ‘Refresh’ jika perlu. (Accurate to 10 meters)
  4. Lepas anda dah terima, buka lokasi tersebut dan guna app navigasi pilihan anda seperti Google Maps ataupun Waze.

Bina senarai lokasi anda sendiri

location-list
Bila anda sudah berada di rumah saudara-mara ataupun sahabat anda, anda boleh simpan lokasi untuk kegunaan anda sendiri. Kalau nak simpan alamat pun boleh tapi kadang-kadang leceh nak taip alamat dan kadang-kadang alamat tak dijumpai. Berikut ialah cara aku simpan data lokasi ni.

  1. Gunakan chat Whatsapp dengan isteri anda (ataupun sesiapa yang rapat dengan anda)
  2. Bila berada di lokasi tersebut, hantarkan lokasi yang tepat. Tekan ‘Refresh’ jika perlu.
  3. Hantar chat lokasi tersebut seperti ‘Rumah Pak Ngah’ supaya anda boleh kenalpasti nama lokasi tersebut.
  4. Lain kali, bila anda nak berziarah, anda cuma perlu buka Whatsapp, cari balik senarai lokasi yang telah disimpan dan pilih app navigasi sebelum bertolak.

Jika menggunakan iPhone, anda cuma boleh menggunakan app Maps dari Apple sahaja.

P/S – WeChat juga boleh hantar lokasi tetapi Whatsapp lebih popular dikalangan pengguna. Lokasi dalam WeChat juga boleh diubah secara manual supaya dapat kedudukan paling tepat tanpa bergantung kepada GPS.

Sekian dahulu #lifehack raya dariku.

Taqabballahu minna wa minkum!

Leave a Comment

Your email address will not be published.