Bitcoin patuh syariah atau tidak? Itulah yang sering menjadi persoalan orang ramai sebelum meneruskan pembelian aset digital terkenal ini. Sebelum saya mengupas lebih lanjut, elok sekiranya saya menerangkan secara ringkas apa itu Bitcoin?
Bitcoin merupakan salah satu mata wang kripto yang terdapat di pasaran hari ini. Selain Bitcoin, terdapat juga mata wang lain yang wujud seperti Ethereum, Zcash, Dash (darkcoin), tezos, Ripple, Monero dan banyak lagi. Nilai mata wang digital ini mencecah RM 383 billion (Rujukan: The Guardian).
Jadi adakah Bitcoin patuh syariah? Menurut Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SAC), Bitcoin disahkan patuh syariah dan dibenarkan pedagangan melalui 3 bursa aset digital iaitu Luno, Sinegy, dan Tokenize. Bursa aset digital ini diberi kebenaran setelah mematuhi keperluan kawal-selia yang ketat. Ini untuk mengelakkan risiko penipuan, ketidak-tentuan (gharar) serta elemen-elemen lain yang tidak patuh syariah. (Sumber: Facebook Ustaz Lariba)
Jadi, mari saya kongsikan cara membeli Bitcoin di Luno.
Table of Contents / Kandungan
Muat turun aplikasi Luno
Anda boleh memuat turun aplikasi Luno sama ada di Google Play Store atau Apple App Store. Selepas berjaya memuat turun, buka aplikasi tersebut.
Daftar akaun Luno
Klik butang ‘Get Started’ dan seterusnya ‘Sign Up’. Anda boleh juga menggunakan akaun Google atau Facebook untuk mempercepatkan proses pendaftaran. Anda akan diminta untuk menetapkan nombor pin. Nombor pin ini akan ditanya setiap kali urusan transaksi dilakukan. Anda juga akan diminta memasukkan nombor telefon dimana kod sekuriti akan dihantar. Jadi pastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul.
Tetapkan profile anda
Selepas itu, set up profile anda dengan memasukkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan. Anda juga akan diminta menjawab beberapa soalan seperti tujuan menggunakan Luno, pekerjaan dan sumber pendapatan. anda juga perlu mengesahkan pofile anda dengan mengambil gambar IC depan dan belakang beserta selfie memegang kad pengenalan. Proses akan ambil masa dalam lima hari bekerja.
Dapatkan Bitcoin percuma
Sekarang anda dah boleh log masuk akaun anda. Sebelum itu jangan lupa dapatkan Bitcoin percuma! Klik Rewards dan masukkan kod HA7TXH. Bila anda beli aset digital yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.
You’re invited!
- Sign up with my invite link
- Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
- We both get MYR 25.00 free BTC
Mulakan pembelian
Topup wallet anda. Jangan lupa anda boleh dapat RM25 Bitcoin percuma. Minima pembelian adalah RM250 tapi itu tak termasuk kos transaksi beli Luno lagi. Jadi topup sekurang-kurangnya RM300 untuk dapatkan Bitcoin percuma.
Jadi, aset digital seperti Bitcoin ini merupakan pelaburan jangka masa panjang. Dengan kenyataan Bitcoin patuh syariah, tidak salah rasnaya mencantikkan lagi portfolio pelaburan kita. Baca lebih lanjut tentang pelaburan emas di sini.