Anda ini tahu cara buat location di Whatsapp? WhatsApp merupakan aplikasi social networking yang paling popular di Malaysia. Sejak saya guna dari tahun 2011, terdapat pelbagai fungsi yang telah diperkenalkan. Ia bukan sekadar untuk berkomunikasi dan menggantikan SMS, tetapi ia lebih daripada itu.
Setelah dimiliki oleh Facebook pada nilai USD 16 billion pada tahun 2014, terdapat pelbagai fungsi yang semakin canggih dan berkait dengan Facebook sendiri.
Saya ingin kongsikan cara-cara untuk memasukkan lokasi premis anda ke dalam Whatsapp dalam video di bawah.
Sejak Facebook membeli WhatsApp, mereka pernah menukar fungsi share location ini berdasarkan location yang dipilih melalui Facebook Page.
Tetapi atas faktor tertentu, mereka mengembalikan sistem peta ini kepada Foursquare.
Dari Foursquare, kepada Facebook page, dan akhirnya kembali kepada Foursquare.
Foursquare City Guide
Senarai location yang ada dalam WhatsApp menggunakan database location daripada Foursquare City Guide.
Telegram juga bergantung kepada data dari Foursquare.
Di sini saya dapati kekurangan menggunakan Foursquare ialah terdapat banyak lokasi yang tidak dikemaskini. Masih ada lagi kedai yang sudah ditutup dan tidak beroperasi.
Sekiranya anda punyai sebarang masalah, anda boleh ajukan di dalam ruangan komen di bawah.