temuduga

Amalkan 5 tips temuduga ini, majikan gerenti ambil anda bekerja

Adakah anda sedang bersiap sedia untuk menghadapi temuduga paling penting dalam hidup anda? Zaman serba mencabar ini, persaingan untuk mendapatkan kerja juga sangat sengit, lagi-lagi ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.

Anda perlu pastikan anda menjadi seorang calon yang menyerlah untuk memastikan jawatan yang dipohon menjadi milik anda.

Menghadiri temuduga sememangnya merupakan sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun dah pernah pergi banyak temuduga, namun perasaan tertekan itu susah nak buang apabila tiba masa untuk ditemuduga.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 5 tips temuduga untuk pastikan anda mendapat kerja yang dipohon.

1.Lakukan persediaan awal

Setelah mendapat panggilan untuk temuduga, buat kajian berkenaan syarikat tersebut dan cari gali maklumat latarbelakang perniagaan mereka. Selain itu, kaji juga tugas yang bakal anda lakukan sekiranya dipilih untuk memegang jawatan yang dipinta. Cuba ingat beberapa fakta dan latih diri untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin ditanya.

Jangan lupa untuk siapkan semua dokumen dalam salinan asal dan juga salinan fotokopi. Sekiranya ada fail portfolio, bawa sekali semasa temuduga. Sediakan dua batang pen untuk mengisi borang.

2.Memakai pakaian formal, kemas dan sesuai

(Sumber: Unsplash)

Mungkin tips ni nampak sangat biasa, tapi percayalah  ‘first impression’ atau tanggapan pertama itu sangat penting.  Pakaian mencerminkan keperibadian anda. Penemuduga akan mendapat tanggapan pertama dari melihat pakaian yang anda pakai untuk sesi temuduga.

Untuk lelaki, biasanya memilih untuk memakai kemeja beserta blazer dan seluar yang sama warna. Warna yang paling sesuai digayakan adalah hitam atau warna gelap. Jangan lupa pakai tali leher dan pastikan kasut berkilat.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Manakala untuk perempuan, boleh pakai baju kurung, baju kemeja berserta seluar atau skirt paras bawah lutut beserta blazer. Jika anda memakai tudung, pastikan rona tudung adalah bersesuaian dengan rona baju anda. Ingat ya, kita nak pergi temuduga, bukan kenduri kahwin.

3.Pergerakan badan dan eye contact sangat penting ya!

Semasa ditemuduga, cara anda duduk juga akan menentukan sama ada anda akan diambil atau tidak. Pastikan duduk tegak sambil rapatkan kaki dan letakkan kedua-dua tangan di atas riba.

Pastikan juga anda memandang tepat ke mata penemuduga semasa menjawab soalan. Elakkan daripada bercakap sambil memandang lantai, dinding atau luar tingkap. Jika anda terlalu gugup untuk melihat tepat ke mata penemuduga, anda boleh pandang ke arah kening atau hidungnya. Mudah sikit, kan?

4.Jangan terburu-buru untuk menjawab soalan

Elakkan tergopoh-gopoh sampai memotong cakap penemuduga. Dengar dengan jelas, tunggu sehingga soalan habis ditanya, tarik nafas dan jawab dengan penuh keyakinan.

Anda juga digalakkan untuk ambil masa untuk memahami apakah soalan yang ditanya, dan ambil juga masa untuk menyusun jawapan yang sesuai. Menjawab soalan tergesa-gesa akan menyebabkan anda memberikan jawapan yang tidak bernas.

5.Tanya soalan yang bernas

temuduga
(Sumber: Unsplash)

Kebiasaannya, sebelum temuduga berakhir, penemuduga akan bertanya soalan ini: Anda apa apa-apa soalan? Jangan jawab tiada!

Kerana ini adalah perangkap pada anda. Ini adalah masanya untuk anda mendapatkan point bonus untuk pastikan kerja itu menjadi milik anda. Inilah sebabnya mengapa anda perlu buat sedikit kajian tentang latar belakang syarikat dan tugasan yang bakal anda sandang.

Apabila diminta memberikan soalan dan anda dapat bertanya soalan bernas, ia akan memberi kelebihan kepada anda.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Kesimpulannya

Mencari kerja memang susah. Namun, peluang untuk anda mendapatkan sesuatu pekerjaan yang diinginkan sememangnya memerlukan usaha yang lebih.

Mahu tahu lebih lanjut mengenai tips temuduga? Dapatkan ebook Rahsia Temuduga untuk pastikan majikan ambil anda bekerja.

Klik gambar untuk dapatkan e-book.

Jadi, jangan cepat mengalah. Ingat bahawa rezeki ada di mana-mana. Baca lebih lanjut tentang peluang membuat wang secara atas talian di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *