Dapatkan maklumbalas design dengan Feedbag.io

Apabila aku mendapat sesebuah tugasan untuk rekabentuk grafik sama ada logo, poster, flyer, bunting, name card dan pelbagai lagi, aku selalu dapati proses untuk mendapatkan maklumbalas daripada klien adalah sedikit rumit.

Aliran kerja (workflow) yang biasa berlaku ialah:

  1. Siapkan design. Save sebagai JPEG dalam resolusi yang sederhana.
  2. Hantar email beserta attachment.
  3. Tunggu klien reply.
  4. Ubah design mengikut citarasa klien. Ataupun reply dengan hujah kenapa design itu sebegitu.
  5. Email sekali lagi beserta attachment yang telah dikemaskini.
  6. Tunggu klien reply. Kalau setuju, baru hantar dalam resolusi yang tinggi ataupun dalam fail Illustrator.

Anda nampak tak apa masalahnya di situ?

Proses ini boleh berlanjutan sehingga beberapa kali berbalas email baru boleh selesai. Email pun akan berlapis-lapis (nested) kadang-kadang sampai payah nak track.

Oleh itu aku pun mula mencari apakah jawapan kepada permasalahan ini.

Mujurlah dengan beberapa kata kunci di Google, aku berjaya menemukan sistem atas talian yang membolehkan designer mendapatkan maklumbalas daripada pihak lain termasuk programmer dan juga klien.

Anda boleh cuba sendiri dengan menaip ‘design collaboration tool’ dan anda juga akan bertemu dengan banyak pilihan.

Tetapi masalah kedua yang timbul pula ialah.. dari segi kos dan juga mesra pengguna.

Kalau boleh aku nak cari tool yang percuma, mesra pengguna dan tak perlu nak daftar. Selain itu aku nak sistem yang membolehkan klien menanda bahagian yang ingin dikomen. Dalam Bahasa Inggeris disebut ‘annotate’.

Pilihan yang terbaik (setakat ini) ialah Feedbag.io

feedbag.io

Apa itu Feedbag.io?

Ya, aku kini merupakan pengguna tegar Feedbag untuk berkongsikan hasil design dengan klien. Feedbag ni memenuhi segala kriteria yang aku sebutkan di atas.

Feedbag komen
Pengguna dan klien boleh tanda bahagian yang ingin dikomen

Yang paling aku sukai ialah auto delete. Feedbag akan memadamkan artwork yang telah melebihi 21 hari sejak hari terakhir dibuka. Maksudnya aku tak perlu bersusah payah nak delete hasil kerja yang lama-lama tu. Jimat juga server mereka daripada nak simpan file-file yang lama ni.

Cadangan

Segala-galanya indah bila dah ada Feedbag ni. Aku pun tak perlu risau nak berbalas email dan menyemakkan Gmail dengan email dari klien yang kadang-kala cuma nak ubah satu perkara saja dalam design tu.

Sebenarnya ada satu lagi masalah yang tak ada kaitan dengan Feedbag ni. Masalah tu ialah… klien nak cepat dan memberi komen melalui WhatsApp / Telegram pula.

Alangkah menariknya kalau Feedbag ni ada versi mobile app.

Sekian dahulu daripada aku. Anda pula bagaimana? Apakah tool kegemaran anda di internet?

Filed under: TechnologyTagged with: , , ,

3 Comments

  1. S’ kom Brother.My name is Maryam Veen.
    I am a convert, and volunteer at Mjd Sultan in Singapore. A while ago I received from a friend a beautiful quote poster about the explanation
    of the Isra Mikhraj. They night journey our Prophet Muhammad made from Mecca to Jerusalem, and up to the seven heavens.
    The mosque has a Mini gallery for the Tourist to view.We would like to display the poster of the Isra Mikhraj, and to explain the significants what took place.

    • Waalaikumsalam Sister.
      Alhamdulillah. Welcome to Islam and keep up the good work. Let me know if you need any help.

  2. On the side of the poster was stated your website adlankhalidi.com.


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name *
Email *
Website