Tahun pertamaku buat bisnes website di Ipoh

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos. Cepat sungguh masa berlalu. Macam-macam hal yang berlaku sejak aku memulakan perniagaan website secara serius ni.

Alhamdulillah sekarang dengan tiga staff fulltimer dan dua orang praktikal (24 minggu), banyak yang aku turut pelajari berkaitan pengurusan sumber manusia (human resource) seperti KWSP, SOCSO dan kiraan gaji.

Selama 8 bulan sejak bulan Oktober hingga Mei, kami beroperasi di sebuah serviced-office sebesar 8×19 kaki. Mulai Jun, kami dah berpindah ke ruang yang lebih besar di Greentown Suria, tak jauh dari Greentown@Angsana Mall.

Ini juga adalah persiapan untuk meraikan dua orang lagi pelajar praktikal yang akan mula hujung bulan 6 nanti. Selain itu, ruang yang ada ini akan dimanfaatkan untuk membuat training berkaitan website dan online marketing secara berkala.

Aku dapati kebanyakan peniaga dan usahawan di Ipoh merasakan rate aku untuk buat website adalah mahal. Mulai bulan September, aku akan mengadakan training bulanan, untuk mengajar website, blog, online marketing dan graphic design. Harga yuran untuk training sehari akan ditentukan kemudian.

Soalan popular: Boleh survive ke business website?

Aku banyak dapat soalan macam ni. Dengan rendah dirinya, aku akan menjawab memang boleh survive. Kalau tak dah lama aku buat bisnes lain.

Kunci kepada kelangsungan bisnes ni ialah pada kegigihan, ketelitian dan kejujuran kita. Buat kerja sehabis baik, kualiti tip top, klien akan suka. Ada rezeki, mereka akan datang dengan projek atau promo kepada kawan mereka.

Untuk makluman secara kasarnya, 70% klien kami dari kawasan Lembah Klang, 25% dari Perak dan 5% dari Australia. Macam mana mungkin?

Itulah namanya apabila kita menggunakan teknologi dan broadband dengan produktif.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Aku akan kongsikan tips bagaimana aku menjalankan bisnes website ni secara remote dalam artikel akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *