fesyen bundle

Fesyen Bundle: Masih Relevan atau Tidak?

Benarkah fesyen bundle semakin lapuk ditelan zaman? Penyataan ini pasti disangkal oleh para penggemarnya. Malah ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk sehelai kemeja T! Pembeli masa kini semakin bijak dalam menilai barangan terpakai. Mereka tidak lagi dimomokkan dengan isu kebersihan dan sebagainya kerana sebagaimana yang kita tahu, tidak semua barang di kedai bundle adalah barangan terpakai.

Para peniaga bundle pula semakin bijak menarik minat para pembeli dengan mengiklankan perniagaan mereka di laman media sosial dan menyertai program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh kerajaan dan bukan kerajaan. Fesyen ‘barangan terpakai’ ini dilihat semakin diterima ramai tanpa mengira usia.

Fesyen Bundle Meraikan Setiap Golongan Masyarakat

Bagi individu yang gemar mengumpul barangan berjenama yang terpakai, ‘menyelam’ di lubuk-lubuk bundle memberi kepuasan kepada diri mereka. Barang yang jarang-jarang dijumpai atau lebih dikenali sebagai barang rare ini adakalanya mencecah sehingga ribuan ringgit! Antara barang-barang rare yang sering menjadi tumpuan adalah jam, kasut, beg dan jaket.

Tidak kurang juga golongan individu yang memilih barangan bundle sebagai langkah untuk berjimat. Banyak barangan terpakai yang berkualiti boleh didapati dengan harga serendah RM5.00 hingga RM10.00. Namun begitu, pembeli memerlukan masa yang secukupnya demi mendapatkan ‘hasil selaman’ yang memuaskan. Adakalanya pembeli sanggup menghabiskan masa sekitar 2 hingga 3 jam di lubuk-lubuk bundle ini.

Fesyen Bundle Fesyen Fleksibel

(Sumber: Unsplash)

Berbelanja di kedai bundle merupakan suatu kelebihan bagi mereka yang pandai berfesyen. Mereka hanya perlu menggabung padan pakaian mengikut stail tertentu, dengan sekelip mata pakaian yang murah kelihatan mahal! Pernah tular di media sosial, seorang anak muda yang dipercayai, setiap pakaian yang diperagakannya adalah hasil pembeliannya di kedai bundle. Beliau turut menyatakan pernah memakai pakaian bundle semasa menghadiri beberapa pertunjukan fesyen yang dianjurkan termasuklah pertunjukan fesyen terbesar Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di ibu negara.

Lubuk Bundle di Malaysia

Kedai bundle biasanya beroperasi di sekitar pasar malam seperti di Chow Kit, Bazaar Karat Johor Bahru dan juga di lot-lot kedai. Terdapat juga kedai bundle yang bertempat di dalam pusat beli-belah bagi meletakkan nilai ekslusif dan meningkatkan ciri keselesaan kepada para pembeli. Kebanyakan kedai dibuka pada setiap hari. Berikut merupakan antara outlet fesyen bundle yang terkenal di sekitar Malaysia.

JBR Bundle

Lokasi: Beberapa cawangan di Shah Alam, Damansara, Hulu Langat, Banting, Melaka (9 cawangan)

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam, Isnin – Ahad

Jalan Jalan Japan (JJJ)

Lokasi: Subang Jaya, Cheras, Taman Melati, Bangi, Seremban (5 cawangan)

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam, Isnin – Ahad

Bandoru

Lokasi: Shah Alam, Johor Bahru, Bangi, Cheras, Seremban, Ipoh (6 cawangan)

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam, Isnin – Ahad

Sasuke Premium Outlet

Lokasi: Beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur (Cawangan Utama di Setapak)

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 12.00 pagi (Isnin – Jumaat), 10.00 pagi – 02.00 pagi (Sabtu & Ahad)

Big Bundle

Lokasi: Beberapa cawangan di sekitar Johor

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 11.00 malam, Isnin – Ahad

Semestinya

Banyak lagi kedai-kedai bundle yang tidak disebutkan. Dari kaki lima hingga ke outlet-outlet yang memiliki penyaman udara. Para penggemar fesyen bundle pastinya lebih arif tentang lubuk-lubuk bundle yang terbaik mengikut citarasa mereka.

Jadi masih relevankah bundle pada tahun 2020 ini? Sudah tentu! Sekarang semua golongan sedang menerokai fasa bundle yang kian menaik ini. Jika anda ingin mengambil peluang ini dengan membuka perniagaan bundle online, anda boleh dapatkan eBook di sini untuk mengetahui perkara asas seperti cara mendapatkan stok dan sebagainya.

Selamat maju jaya!

Baca lebih lanjut tentang idea bisnes di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *