Kenapa bisnes anda perlukan website?

Salam.

Apabila berjumpa dengan pelbagai orang, yang ada bisnes ataupun tidak, ramai nak tahu apa perlunya website ni. Aku tak nafikan, banyak bisnes boleh dijalankan hanya menggunakan media sosial terutamanya Facebook dan Instagram.

Tapi, sebagai seorang website designer, aku masih berpendapat website itu sangat penting. Adakah website masih relevan di zaman media sosial di mana guna Facebook pun boleh buat duit ribu-ribu?

Ikuti soal jawab yang berikutnya.

Kenapa kebanyakan bisnes perlukan website? Facebook dah cukup kan?

Anda kena fahami perbezaan antara website dan perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Aku bagi analogi ringkas.

Website ni ialah kedai & pejabat anda.
Media sosial ni pula ialah jabatan PR, pemasaran, pengiklanan dan promosi anda.

Kalau anda ada kedai, anda boleh renovate dan hias untuk menunjukkan konsep perniagaan anda.

Anda boleh letak barang untuk display, ruang untuk berbincang dengan pelanggan dan sebagainya.

Begitu juga dengan website.

Anda boleh upah designer untuk memenuhi kriteria yang anda perlukan, dari segi warna, susun atur, pilihan gambar dan sebagainya.

Tapi benar, setiap perniagaan memerlukan usaha untuk promosi dan pemasaran yang betul. Website pun begitu. Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya adalah alat pemasaran yang sangat berkesan dalam dunia internet zaman sekarang.

Kenapa tak sesuai gunakan Facebook untuk ganti website?

view-fb-ipad

Anda selama ini guna Facebook. Rasa macam tak perlu ada website. Pelanggan OK je. Ini antara beberapa isu yang aku boleh perhatikan.

1. Anda tiada banyak pilihan untuk membuatkan FB page anda kelihatan unik, selain menukar gambar cover timeline.

Kalau guna website, anda boleh letak identiti bisnes anda, dan kelihatan unik, lain dari yang lain.

2. Anda akan menyusahkan bakal pelanggan untuk mencari senarai produk anda mengikut kategori.

Kalau anda ada beberapa kategori produk, dalam setiap kategori ada lagi sub-kategori. Melainkan FB boleh buat menu yang beranak-pinak, maka tak susah la nak cari info mengenai produk tersebut.

Anda rasa OK je buat bisnes guna Facebook. Tapi kalau anda tanya secara peribadi dengan pelanggan anda, mungkin anda akan dapat tahu kelemahannya. Tambahan lagi, orang kita terutama orang Melayu ni jenis tak kisah. Malas dan tak berani nak beri pendapat, takut menyinggung perasaan tuan kedai.

 

Bila masa yang sesuai untuk ada website sendiri?view-mgpa-blogger

Soalan ni agak subjektif.

1. Ada orang menggunakan website untuk tujuan pra-pelancaran.

Ini disebabkan bisnes baru mula, masih kecil dan bisnes hanya beroperasi di rumah. Website ini merupakan langkah terbaik untuk membina imej yang profesional dan meyakinkan kepada bakal pelanggan.

2. Ada orang perlukan website bila bisnes dah berkembang pesat.

Pada tahap ini, anda rasa leceh nak uruskan order, tulis invois, periksa status pembayaran, memasukkan produk dalam inventori yang selama ini dibuat secara manual. Kalau guna website, kebanyakan proses ini boleh dilakukan secara automatik. Anda cuma periksa email yang masuk saja.

Yang tak automatik setakat ini ialah anda perlu membungkus dan mengirim produk tersebut. Mujurlah ada syarikat courier yang menyediakan khidmat memungut bungkusan di depan pintu rumah/pejabat anda.

Perkara yang yang paling best bila ada website ni, anda boleh mula menerima pembayaran melalui kad kredit. Pelanggan akan lebih yakin untuk membayar menggunakan kad kredit terutamanya apabila nilai yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit.

3. Bila anda sanggup melabur untuk memiliki website yang berkualiti

Dah ada duit baru boleh jalan. Anggaran harga website ialah antara RM1000 (simple) hingga RM6,000 (website eCommerce dengan fungsi kad kredit).

Tapi kena ingat, website ini hanya untuk mereka yang serius dalam bisnes dan ingin memajukan bisnes ke peringkat yang lebih tinggi.

Cuba anda cari dalam dunia ini, ada tak syarikat besar dan terkenal tapi takde website? Pasti ada sebab kenapa mereka ada website, kan? Bisnes burger tepi jalan pun ada website tahu.

Kesimpulan

Website merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesebuah bisnes jika ingin kelihatan lebih maju.

Media sosial (Facebook, Instagram, Twitter) dan website adalah perkara yang saling melengkapi. Ada perkara website boleh buat, FB tak boleh. Tapi ada juga perkara yang FB boleh buat dan website tak boleh nak buat.

Diharapkan maklumat yang aku kongsikan di atas boleh memberi sedikit gambaran dan idea kenapa anda perlu bina website.

P/S – Hubungi aku untuk khidmat membina website dan juga sistem untuk meningkatkan produktiviti di dalam sesebuah syarikat. Terima kasih.

4 thoughts on “Kenapa bisnes anda perlukan website?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *