Salam.
Iktikaf kini semakin mendapat sambutan dan secara peribadi saya dapat merasakan kemeriahannya di Kuala Lumpur dan Selangor. Tetapi, sebelum anda memulakan iktikaf, apa yang perlu anda tahu? Apakah adab-adab beriktikaf dan yang penting apakah yang perlu dibawa?
Table of Contents / Kandungan
Apa itu iktikaf di bulan Ramadhan?
Iktikaf merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda pergi ke masjid. Tapi khusus di bulan Ramadhan, amalan iktikaf ini diperhebat lagi. Rasulullah s.a.w. akan beriktikaf untuk 10 malam yang terakhir tanpa meninggalkan masjid langsung. Disitulah baginda beribadah siang dan malam disamping aktiviti iftar dan sahur.
Dari pemahaman aku, iktikaf ialah aktiviti ‘spiritual retreat’ yang mana berlaku apabila kita menggunakan masa khusus untuk beribadah dan meninggalkan aktiviti duniawi untuk sementara waktu.
Cabaran?
1. Untuk berpisah dengan dunia luar – internet
Zaman teknologi maklumat di mana kita sudah biasa dengan kepantasan maklumat menerusi internet yang berada di hujung jari sahaja dengan menggunakan smartphone.
2. Komitmen kerjaya dan keluarga
Apabila sudah bekerja dan berkeluarga, kebanyakan orang hanya mampu untuk beriktikaf dan melakukan qiamulail di waktu malam sahaja.
Apa nak buat ketika iktikaf?
Antara aktiviti yang boleh dibuat ketika iktikaf menurut pemerhatianku ialah:
- Tilawah Al-Quran
- Tadarus Al-Quran berkumpulan
- Menghafal Al-Quran
- Berzikir, munajat dan berselawat
- Memperbanyakkan doa
- Solat sunat seperti Dhuha, Nawafil, Tarawih, Tahajud, Hajat, Taubat dan Witir
- Menghadiri majlis ilmu
- Membaca buku agama dan ilmiah
- Tidur
Adab iktikaf = adab di dalam masjid
Berikut ialah adab iktikaf yang diambil dari Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak.
Tambahan lagi – boleh baca artikel Bagaimana Beriktikaf
Peralatan yang perlu dan tidak perlu dibawa
Hal ini bergantung kepada berapa lama anda merancang untuk beriktikaf. Ada yang iktikaf untuk satu malam dan ada yang lebih lama. Jika lebih dari satu malam, anda mungkin perlu membawa lebih banyak barang seperti peralatan mandi dan pakaian tambahan.
Pakaian
* Baju tidur
* Pakaian solat
Tidur
* Bantal kecil
* Selimut
* Alas atau Beg Tidur (sleeping bag)
* Penutup mata (jika susah untuk tidur bawah lampu terang)
Kebersihan dan kekemasan diri (mungkin tak perlu jika cuma 1 malam)
* Berus dan ubat gigi
* Sabun mandi
* Tuala
* Deodoran & pewangi
Barang-barang lain
* Powerbank – perlu sebab selalunya port yang ada soket ni dah ada orang tunggu
* Sebotol air – badan kita memerlukan 8 gelas air, tahu?
* Penghalau nyamuk tanpa letrik e.g. Ridsect Natura
Gajet seperti laptop / tablet
Disarankan supaya kita tidak membawa banyak barangan berharga seperti laptop dan tablet. Hal ini kerana gajet ini boleh mengganggu tumpuan kita untuk iktikaf. Selain itu, dikhuatiri kita tidak akan khusyuk memikirkan keselamatan gajet tersebut dari dicuri ketika sedang solat ataupun tidur.
Tak semua barang yang disenaraikan di atas perlu dibawa, bergantung kepada keselesaan anda. Aku bukanlah nak tidur yang selesa di masjid, tapi aku rasa aku perlu mendapatkan tidur yang berkualiti meskipun cuma 3-4 jam supaya badan rasa segar dan tidak sengal-sengal ketika bangun qiyamullail.
Selamat beriktikaf dan memburu Lailatul Qadar.
Link affiliate ada digunakan di dalam artikel ini.