Akhirnya saya menyesal membeli telefon murah

Sejak mula menjalankan perniagaan, aku lebih cermat dalam perbelanjaan dan keperluan peribadi. Telefon merupakan antara barang yang aku jaga dengan hati-hati. Supaya tidak rosak dan boleh pakai lama.

Raya dah dekat dan aku pun perlu guna telefon yang boleh buat kerja-kerja basic macam call, SMS, Whatsapp, Telegram, ambil gambar tak high-resolution sangat pun tak mengapa. Tapi yang penting bajet bawah RM300.

Sewaktu aku pergi beli barang di Plaza Yik Foong, sementara tunggu kedai dibuka, aku pun buat-buat survey telefon bajet bawah RM300 kat satu kedai ni. Tapi tokey yang jual tu pandai ayat dan akhirnya aku terbeli telefon Admet V10.

admet-v10

Aku pasti anda mesti tak pernah dengar brand ni. Harga runcit RM 279 tapi kedai tu offer RM250.

Aku fikir, RM250 dapat telefon baru dengan warranty setahun, ni tawaran yang baik. Kalau beli telefon terpakai, RM250 juga tapi warranty sebulan je.

Lepas balik rumah, aku fikir semula, telefon ni mesti ada tiru brand yang popular. Rupa-rupanya tekaan aku betul. Design telefon ini ditiru dari telefon LG V10. Tapi nak kirakan, specs LG V10 memang sangat ‘awesome’ daripada specs Admet V10 ni. Menangis.

Antara isu yang aku hadapi ialah:

Ada malware walaupun dah reset factory settings

Ada apps yang diinstall tanpa keizinan aku. Tiba-tiba ada 2-3 apps muncul dekat homescreen. Aku suspek ni macam adware atau malware ni.

Dah uninstall pun selang 1-2 hari, app tu muncul semula.

GPS yang tak berfungsi dengan baik

Satu hari tu aku nak guna Google Map untuk pastikan jalan dan trafik. Mula-mula dia detect lokasi aku. Tapi bila dah mula gerak, lokasi tu masih di situ, tak update langsung.

Kamera belakang tahap VGA rupanya

Tokey hari tu cakap kamera belakang 5 Mega Pixel tapi rupanya tak. 3MP saja. Aku silap tak ambil gambar semasa nak beli. Aku juga lupa untuk zoom dan tengok tahap kualiti gambar yang telah diambil.

Waktu malam, lagi la tak nampak apa langsung.

Disebabkan ketiadaan kamera yang bagus, aku terlepas banyak peluang untuk mengambil gambar ketika sedang berlangsung event ataupun gambar kandid di jalanan.

8GB internal tak memadai?

Aku install tak sampai dalam 20 apps pun dari Google Play. Lepas tu dia cakap da tak cukup internal storage. Tokey tu cakap apps dan data berkaitan apps memang akan disimpan di dalam internal storage. Telefon Lenovo sebelum tu sama juga internal 8GB tapi boleh je install lebih 20 apps.

Aku teka mesti ada sesuatu yang berkait rapat dengan malware yang tersimpan di dalam telefon.

Masalah lain

Ada juga pelbagai masalah lain yang timbul. Antaranya kalau aku jawab panggilan, tiba-tiba aku tak dapat dengar suara pemanggil. Kena guna loudspeaker atau handsfree untuk menjawab.

Selain itu, masalah tak detect SD card pun berlaku. Bila dah ambil gambar, gambar tu tak dapat disimpan dalam SD card. Sangat geram OK.

Akhirnya, selepas tak sampai sebulan dengan telefon tersebut, aku pergi ke kedai yang sama dan aku terpaksa trade-in supaya dapat beli telefon yang lebih baik.

Pengajaran

Alah beli menang memakai. Eloklah beli telefon yang mahal sedikit supaya puas hati dan boleh pakai lama. Kadang-kadang kita terlupa nak kira kos dari segi masa dan juga peluang yang kita terlepas (kalau tak sempat ambil gambar) dek kerana menggunakan telefon yang murah.

Kenalpasti juga apa yang anda nak dalam telefon tu. Bagi aku, kepantasan sangat penting. Telefon baru yang aku perlukan hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai memori 2GB RAM.

P/S: aku langsung terlupa nak ambil gambar telefon Admet V10 tu.

Gambar kredit: CNET Review

Filed under: TechnologyTagged with: ,

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name *
Email *
Website