IpohPrint : Dulu kedai online, sekarang dah jadi kedai fizikal

Memulakan sesuatu bisnes bagi aku memang senang. Tetapi nak mengembangkan dan memastikan segala-galanya berjalan lancar, bukan mudah dan banyak cabarannya.

IpohPrint merupakan sebuah kedai printing online, yang menguruskan design dan tempahan kepada pelanggan. IpohPrint asalnya sebuah eksperimen untuk aku mengkaji apakah cara terbaik dalam mengendalikan sebuah bisnes B2C (business to customer). Sebelum ni, bisnes website adalah jenis B2B.

Setelah 6 bulan beroperasi secara online, kami mahu mengembangkan bisnes IpohPrint ke tahap yang seterusnya. Dari kedai online kepada kedai offline fizikal. Istilah ‘offline’ ni nampak macam tak berapa kena. Memang trend kebanyakan kedai online memang akhirnya akan buka kedai fizikal kan?

Cabaran lokasi

Maka, sejak beberapa bulan yang lepas, kami mula mengenalpasti lokasi yang lebih baik, hendaklah terletak di ground floor supaya mudah untuk para pelanggan kami datang ke kedai kami. So itulah cabaran pertama kami. Kadar sewa sebelum ni hanya beberapa ratus RM saja. Anda mesti maklum berapa kos untuk tingkat bawah sekali kan?

Cabaran seterusnya ialah untuk mengumpulkan wang supaya boleh membayar segala jenis deposit, sewa, bil utiliti dan sebagainya. Kenapa pula kena guna wang sendiri?

Cara aku menjalankan bisnes ni ialah cara lean startup. Menggunakan segala sumber yang ada, duit, modal, idea semua dari sendiri. Itu cara untuk memulakan bisnes. Tapi untuk mengembangkan, memang perlukan suntikan modal dari pihak luar.

Alhamdulillah aku dapat menjalinkan kerjasama dengan business partner yang baru. Beliau ada macam-macam jenis mesin untuk menjalankan kedai printing yang buat production sendiri.

Setelah 2-3 bulan bertungkus lumus, barulah aku boleh menarik nafas lega dengan persiapan kedai fasa 1 ni. Baru fasa 1, dah banyak juga wang yang sudah dilaburkan.

New location. New neighborhood. This is our view for the coming days.

A photo posted by Web & mobile app consultant (@myadlan) on

Lokasi terbaru kami terletak di hadapan Zawara Ipoh. Jemput datang ke kedai printing fizikal kami di 20, Jalan Greentown 3, Greentown Nova. Dekat je dengan KWSP, Ariani, KoppeMe dan Bank Rakyat.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Oh sayangnya, Zawara Ipoh baru saja ditutup minggu ni. Kalaulah tahu diorang nak tutup, baik kami tunggu dan pindah masuk ke premis tu. At least da jimat banyak duit renovation.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *