Kenapa aku suka membeli barang di Lazada?

Salam kepada semua.

Mungkin anda pernah dengar tentang website Lazada Malaysia. Bagi yang belum tahu, Lazada ialah sebuah website yang membolehkan kita membeli-belah secara online dengan mudah dan selamat.

lazada

Balik kepada topik perbincangan kita, kenapa aku suka membeli barang di Lazada?

1. Banyak pilihan khususnya produk gajet

Terdapat banyak pilihan produk yang boleh dipilih seperti aksesori untuk gajet tablet & telefon pintar. Pelbagai jenama terkenal turut dijual seperti Samsung, Acer & Logitech.

2. Jimat kos perjalanan

Dulu kalau nak beli barang gajet ni, aku mesti akan ke Lowyat. Sebab dah tahu nak beli apa dan kedai mana, parking pun RM2 sejam. Trafik sebelah pagi pun tak sesak sangat. Tapi sekarang ni, dengan jalan ditutup separuh untuk pembinaan MRT lagi, parking pun dah mahal, rasa macam tak berbaloi.

Kalau petrol – RM5, tiket parking RM3, masa – priceless!

3. Penghantaran percuma

Lazada menawarkan khidmat penghantaran percuma. Senang dan jimat, bukan? Dah tak perlu bersusah payah keluar rumah, barang pun sampai ke depan pintu.

4. Cash on Delivery (COD)

Aku rasa kebanyakan pengguna di Malaysia rasa leceh atau risau akan keselamatan nak bayar secara online atau berhadapan dengan kekangan masa untuk pergi ke mesin Deposit Tunai, itulah sebabnya Lazada menawarkan Cash on Delivery. Kiranya anda hanya perlu bayar bila barang dah sampai ke rumah. Caj tambahan dikenakan tapi masih berbaloi.

5. Lebih mudah buat perbandingan harga

Sebagai seorang pengguna yang berhemah, kita perlu membandingkan harga barangan supaya kita dapat nilai yang terbaik untuk wang kita. Kalau membeli secara online, proses membandingkan harga ini menjadi lebih mudah. Tak perlu nak berjalan jauh dari satu kedai ke kedai lain.

Walaupun secara umumnya, kelebihan membeli-belah secara online ini hampir sama, tapi bagi aku Lazada merupakan sebuah website yang dipercayai, menawarkan rangkaian produk yang luas serta khidmat pelanggan yang terbaik.

P/S – Di Australia mana boleh cash on delivery 😛

10 thoughts on “Kenapa aku suka membeli barang di Lazada?”

  1. Lazada sudah menjadi salah satu toko online retail yang digemari pengguna atau konsumen yang mengandalkan internet sebagai media shoping. Cukup menarik memang persaingan toko online di Indonesia dan Lazada membuktikan sebagai salag satu toko online yang bisa di perhitungkan.

  2. Haslizah Hashim

    Klau nk bli mcm HP Samsung ke…ori ke brg2 cmtu kt Lazada ni..tgk mcm Tab tu murah harganya dr kt kedai luar…

    1. 1. Saya yakin barang2 ni ori. Kalau tak ori, dah keluar berita pengguna rasa tertipu dsb.
      2. Harga barang di kedai online seperti Lazada dan Superbuy agak murah sebab mereka tak bayar sewa mahal untuk pejabat dan stor. Kalau kedai di shopping complex, mereka kena sewa beribu2 walaupun sewa kiosk kecil. Itu sebab mereka mark up lagi tinggi dari Lazada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *