Tips berguna untuk para peserta hackathon

hackathon

Salam. Entri kali ini mengandungi tips dan panduan yang berguna jika anda ingin menyertai acara hackathon, samada sebagai pemberi idea, developer mahupun designer.

Apa itu app?

App ialah ringkasan kepada application atau aplikasi, boleh datang dalam platform website, desktop, tablet dan juga mobile. App berfungsi lebih sekadar website dimana pengguna boleh menggunanya sesuai dengan fungsi yang ditawarkan.

Jika anda seorang pemberi idea (idea person) …

Anda kena buat kerja rumah, dan pastikan idea tersebut kreatif, asli dan menarik. Kalau dah ada app yang sebegitu, fikirkan apa features yang boleh ditambah atau dikurangkan.

Panduan untuk mencari idea terbaik untuk hackathon:
Untuk mendapatkan idea yang terbaik, menurut Marcus Lara, app hendaklah berfungsi untuk menyelesaikan masalah seharian kita.

Contoh app sediada yang menyelesaikan masalah:

  • Dropbox menyelesaikan isu apabila perlu menghantar file dari satu gajet ke gajet yang lain
  • Whatsapp – menjimatkan kos untuk menghantar mesej ringkas
  • Facebook menyelesaikan masalah untuk berhubung dengan rakan-rakan kita
  • Google Maps menyelesaikan masalah untuk melihat peta dan lokasi sesuatu tempat
  • Evernote menyelesaikan masalah untuk menyimpan nota dengan cara tersusun
  • Spotify menyelesaikan masalah untuk mencari dan download lagu kegemaran kita

Ini cuma beberapa masalah dan penyelesaian oleh apps yang popular. Masih terdapat banyak lagi masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Andalah yang perlu berfikir dan mendapatkan idea yang terbaik untuk dibangunkan menjadi sebuah app.

Jika anda tidak boleh membuat coding, anda digalakkan untuk bersifat menolong (assisting) seperti:

  • Membuat kajian atau research untuk app.
  • Menyediakan bahan-bahan rujukan.
  • Memberi sokongan moral kepada ahli pasukan.
  • Menyediakan info dan bahan-bahan untuk digunakan dalam app.
  • Menawarkan diri untuk bekerja dalam kumpulan sebaik mungkin.
  • Mengambil tahu tentang teknologi yang biasa ada dalam web atau mobile seperti geolocation dan sebagainya.

Jika anda seorang developer…

  • Kenalpasti apakah teknologi yang ada serta API yang boleh dimanfaatkan untuk buat app dengan pantas.
  • Jangan malu dan segan untuk bertanya kepada pakar. Mereka sedia untuk membantu anda.
  • Pastikan ada UI designer dalam kumpulan anda supaya app anda kelihatan cantik dan kemas.
  • Bawa aksesori yang sesuai supaya anda selesa bekerja seperti laptop stand & mouse.
  • Kalau tak tahan sejuk, bawa jaket atau sweater.
  • Bawa bantal jika anda tertidur. Kalau bawa sleeping bag macam keterlaluan pula.
  • Bawa toiletries supaya kelihatan kemas sebelum presentation.

Jika anda seorang front-end developer atau designer…

Hampir sama seperti developer, cuma anda hanya perlu fokus dengan kerja rekabentuk;

  • Lakarkan idea dan terus buat layout mockup
  • Siapkan design logo dari awal
  • Buat mockup dengan Photoshop ataupun UI Kit yang sediada untuk website ataupun mobile app

Rasanya itu saja yang aku boleh senaraikan berdasarkan pengalaman baru-baru ini.

Jika anda ada tips lain, sila kongsikan di ruangan komen.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *