Salam.
Maaf sebab sekian lama tak sempat nak update blog. Boleh tahan juga kesibukan yang melanda dari awal bulan Ramadhan sampai la minggu raya.
Sukacita ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca, walaupun dah nak penghujung Syawal.
Dalam entri sebelum ni aku dah ceritakan pengalaman membeli cermin mata baharu di kedai Rizal Optometris. Entri kali ini pula aku ingin kongsikan perbezaan yang aku alami sejak menggunakan cermin mata dengan kanta Transition jenama Essilor.
Apa itu kanta Transition?
Mungkin anda pertama kali mendengar teknologi Transition ni. Secara ringkasnya kanta ini akan berubah menjadi gelap apabila menerima cahaya matahari.
Yang canggihnya, dengan teknologi Chromea7 dari Essilor, kanta ini akan menjadi gelap bukan saja apabila menerima cahaya matahari secara terus, tetapi juga secara tidak langsung dan juga apabila mengesan perubahan suhu yang lebih panas.
Ini adalah gambar apabila aku di dalam rumah dan juga bila keluar dari rumah. Perhatikan perubahan pada kanta cermin mata tersebut.
Kelebihan
Antara kelebihan yang ketara ialah aku tidak perlu menggunakan cermin mata hitam apabila keluar di bawah matahari yang panas.
Biasanya kalau keluar rumah, aku cuma ambil barang yang penting dan cermin mata hitam ni selalunya tak ingat letak di mana. Oleh itu, bila ada cermin mata dengan kanta Transition sebegini, aku boleh terus keluar rumah tanpa membawa barangan tambahan.
Part yang tak berapa best..
1. Bila nak ambil gambar di luar di bawah panas mentari..
Seperti yang aku katakan tadi, kalau kena matahari, pasti kanta akan berubah menjadi gelap. Kadang-kala aku rasa lebih baik boleh lihat keseluruhan wajah dan mataku dalam gambar, daripada hanya nampak cermin mata hitam.
2. Bila memandu di siang hari
Mata aku ada sedikit silau. Walaupun kanta ini dah adjust tahap silau, tapi apabila aku memandu di siang hari dengan matahari yang terik, mata aku masih terasa silau. Ini kerana kanta tersebut cuma akan menjadi gelap bila terkena cahaya matahari secara terus. Bila berada dalam kereta, kanta itu tidak menjadi gelap seperti jangkaanku sebab cahaya matahari dihalang oleh bumbung kereta.
Aku rasa aku masih perlukan sepasang clip-on supaya boleh memandu dengan selesa. Bila menunggang motosikal, tidak menjadi isu sebab aku mendapat cahaya matahari secara terus apabila pakai helmet.
Kejutan dari Rizal Optometris
Ada dua perkara yang membuatkan aku kagum dengan perkhidmatan pelanggan yang dijalankan oleh pihak Rizal Optometris.
- Mereka ada menelefon untuk tanya perkembangan selepas seminggu menggunakan cermin mata baru.
- Mereka hantar poskad raya. Kalau ada duit raya pasti lagi best!
Aku kagum sebab sebelum ni, kedai cermin mata yang aku tempah tak pernah pun buat perkara seperti di atas.
Kesimpulan
Akhir kata, aku sangat berpuas hati dengan kanta Transition dari jenama Essilor ini. Walaupun terdapat beberapa perkara yang tak best, tapi itu hanyalah perkara kecil yang tak menjejaskan aktiviti harian. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Rizal Optometris kerana layanan yang terbaik. Semoga perniagaan anda akan terus berkembang maju!