Konsep Minimalis dalam Islam

minimalist-moden-interior-apartment

Salam. Adakah anda tahu apa maksud minimalis? Apakah kelebihan dan kebaikan menjadi seorang yang minimalis menurut pandangan Islam?

Sejak aku menggunakan app Flipboard, antara blog yang kerap aku baca ialah Becoming Minimalist, oleh Joshua Becker.

Asalnya, aku fikirkan minimalis ni merujuk kepada konsep minimalis dalam interior design, tapi rupanya minimalis yang dimaksudkan ialah ringkas dan sederhana dalam kehidupan. Minimalis sebagai sebuah gaya hidup.

Menurut blog tersebut, beliau seorang yang minimalis dan ingin menyeru semua orang untuk menjadi seperti beliau dan meninggalkan gaya hidup yang berteraskan kepenggunaan (consumerisme).

Itu pendapat beliau. Tapi bila aku fikirkan semula, Islam juga ada menganjurkan minimalis.

Minimalis = Wasatiyyah

Wasatiyyah ataupun bermaksud kesederhanaan. Orang yang minimalis ialah orang yang bersederhana dalam kehidupan. Membeli barang pun dengan sederhana, tidak membazir tetapi tidaklah sampai kedekut. Membeli ikut keperluan.

Qanaah – bersyukur

Dalam Islam juga, kita diajar supaya mempunyai sifat qanaah iaitu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Orang yang minimalis perlu rasa berpuas hati dengan apa yang ada. Bukan tidak mampu untuk beli, tapi tiada keperluan pun.

Al-Wahan: Cinta Dunia & Takut Mati

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan” Berkata seorang sahabat, “Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah itu wahan?” Bersabda nabi, “Cintakan dunia dan takutkan mati “.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

[Kredit Blog Syarahal Hadith]

Daripada apa yang aku faham, cintakan dunia itu meliputi apa yang dunia tawarkan kepada kita, harta benda, pangkat, rumah, keluarga dan lain-lain. Di sini, apabila kita terlalu cintakan harta benda kita, boleh jadi kita akan mengumpul harta, membeli dan terus membeli.

Yang menariknya, apabila kita menjadi minimalis, kita seolah-olah melatih nafsu daripada penyakit Al-Wahan ini, iaitu mengawal nafsu daripada mengumpulkan harta dunia.

Membazir itu amalan Syaitan

Dalam Quran ada dinyatakan dalam surah Al-Israa ayat 27.

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Seorang yang minimalis juga adalah seorang yang berbelanja dengan berhemah dan tidak membazir. Kalau beli sesuatu, kemudian tak guna ataupun tak pakai pun barang tersebut, memang membazir. Kalau dah ada, buat apa nak beli dua-tiga barang yang sama, bukan?

Jangan Lupa Dunia

” Carilah oleh mu kehidupan akhirat, tetapi jangan kau lupa bahagian mu di dunia ”

Surah Al-Qasas:77. Cari kebahagian di akhirat tapi jangan lupa dunia

Ini merupakan ayat yang sangat popular berkaitan urusan kita di dunia ini. Maksudnya, kita janganlah lupa bahagian kita di dunia. Yang penting, matlamat kita ialah akhirat.

Apa yang aku boleh simpulkan, minimalis sangat berkait rapat dengan sikap seseorang, di samping merupakan satu cara yang berkait rapat dengan keimanan kita. Kalau orang Barat, mereka menyatakan berkaitan inner peace atau spirituality.

Sekian saja untuk kali ini. Aku akan menulis lagi mengenai topik minimalis pada entri akan datang.

InsyaAllah, doakanku dalam usaha untuk menjadi seorang Muslim minimalis.

Gambar kredit Fopple.

7 thoughts on “Konsep Minimalis dalam Islam”

  1. Pingback: Kelebihan hidup tanpa TV di rumah | AdlanKhalidi

  2. Wah, kita punya kesamaan dalam membaca blog becoming minimalisnya Joshua Becker.

    Terima kasih sudah memberikan penjelasan tentang Islam dan hidup minimalis. Saya sesungguhnya sedang mencari konsep hidup minimalis yang Islami…

    Terima kasih sahabat? Kalau diizinkan, saya ingin berteman dengan Adlan…

    Salam Minimalis…

    1. Terima kasih sudi berkongsi pandangan saudara.

      Tulisan saudara juga menarik. Saya ingat tadi blog saudara mengenai kopi dan holik.

      Tidak ada masalah. Saya juga sudi jika ingin bersahabat.

      Salam minimalis juga dari Malaysia.

  3. Salam, En. Adlan,

    mohon izin untuk saya terbitkan artikel ini di dalam blog saya, InsyaAllah saya letakkan kredit kepada blog tuan.

    terima kasih

  4. Saya baru mengenal gaya hidup minimalis dari blog becomingminimalist dan saya rasa ummat Islam lah yang paling pertama menerapkan gaya hidup minimalis karena Islam mengajarkan hidup minimalis, bagaimana kesederhanaan Rasulullah, Umar bin Khatab dab para sahabat laiinnya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *