Web app E-Code Halal Filter

Salam.

Sukacitanya aku merasmikan projek sampingan terbaru, sebuah web app untuk memeriksa status halal untuk kebanyakan nombor E-Code.

e-code-halal-web-app
Bagi yang tak tahu apa itu E-Code, ia sejenis kod untuk ’emulsifier’ yang digunakan dalam senarai kandungan bahan-bahan dalam produk khususnya makanan dan minuman.

Tapi tak semua negara mewajibkan penggunaan E-Code termasuklah di Malaysia. Itulah sebabnya di Malaysia, kita akan dapati dalam senarai kandungan tidak tertulis E-Code yang spesifik cuma ditulis ‘mengandungi bahan/pewarna/perisa yang dibenarkan’.

Projek web app ni dah lama aku rancang nak buat sejak aku menyiapkan projek Kad ECHoeS pada tahun 2012. Setelah hampir 2 tahun baru ada peluang untuk siapkan.

Siap dalam 6 Jam

Disebabkan asyik nampak ‘to do’ ni pending, walaupun sudah malam aku buat juga coding asas web ni menggunakan jQuery live filter dalam masa 45 minit. Agak mengantuk juga tapi berjaya disiapkan. Lepas tu terus tidur.

Keesokan paginya, aku pun tambah sedikit kod Smart Layer dari AddThis supaya nampak lebih ceria dengan ikon social media. Aku jangkakan pengunjung mungkin akan cuba menghubungi aku. Kalau buat borang email, aku kena reply email pula nanti. Oleh itu, aku pun setup support forum supaya pengunjung dan pembaca forum juga boleh berkongsi soal-jawab, pendapat atau carian masing-masing.

Menggunakan Twitter Bootstrap

Ini merupakan sebuah lagi projek yang aku hasilkan menggunakan Twitter Bootstrap. Aku menggunakan kebanyakan default settings untuk kesemua elemen kecuali bahagian badge dimana aku gunakannya untuk labelkan antara kandungan yang Depends, Mushbooh dan Haram.

Sudah pasti kalau guna Bootstrap, web app ni sesuai untuk dilayari dengan smartphone dan tablet sebab layoutnya yang responsif!

Layari website E-Code Halal Filter

Sekian dahulu celoteh kali ini. Anda mungkin tak rasa keperluannya, tapi ketahuilah, jika anda melancong ke luar negara, info sebegini sangat berguna dalam memenuhi kewajipan kita untuk mencari makanan halal!

Fear Allah, eat Halal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *