Pengalaman menggunakan Umobile broadband dengan 10GB sebulan. Asalnya 5GB, tapi baru ni dia offer free lagi 5GB. Sebulan bayar RM68. Tapi ada rebat RM100, so sebulan aku cuma perlu bayar RM58 untuk 10 bulan pertama.
Perbandingan antara Vodafone (AU) vs Umobile (MY)
Vodafone | Umobile |
12GB – $49. | 10GB – RM58 |
1GB – $4 | 1G RM5.80 |
Nampaknya rate di Australia lebih murah. (Secara relatif mengikut gaji tempatan)
Unlock Pocket Wifi Huawei Vodafone
Lepas aku daftar dengan Umobile, aku cuma dapat USB modem. Rasa macam leceh kalau setiap kali nak guna kena cucuk USB kat laptop. Aku rasa lebih baik guna Pocket Wifi yang sedia ada. Cuma kena unlock. Vodafone kenakan caj $25. Okaylah tu. Kira berbaloi lah. Kalau beli yang terpakai kat Mudah pun dalam RM200.
Mujur Pocket Wifi ni masih berfungsi setelah 10 bulan terperap dalam simpanan.
Sekarang ni duduk menyewa. Unifi tak ada di kawasan ni. P1 4G pun di luar coverage. Maka, Umobile lah menjadi pilihan paling kos efektif.
Cara jimat bandwidth (Part 2)
5GB – peak hours | 8 pagi – 2 pagi |
5GB – off peak hours | 2 pagi – 8 pagi |
Mudah saja, cuma kena ubah sikit tabiat menggunakan internet ni.
Semasa waktu puncak, guna secara optimum untuk buat kerja. Semasa luar waktu puncak, aku bolehlah:
- Update apps di telefon
- Baca artikel di Flipboard – banyak juga guna data Flipboard ni ya
- Menonton video di Youtube
- Download software atau Torrent
Memang tak banyak boleh buat pun. Aku bukannya jenis stay up sampai dinihari. Paling lewat 1 pagi mesti tidur. Lepas bangun solat subuh, zikir & tilawah sikit, tinggal sejam saja dari pukul 7 hingga 8 pagi.
Itulah sebabnya aku cuma sempat buat 4 perkara tersebut dalam masa yang singkat.
Nantikan entri seterusnya, bagaimana aku set pada laptop supaya tidak bazir data.
Salam, Still pakai broadband umobile lagi ke? Billing die macam mana ek? 1st month lepas subscribe..
Salam. Dia akan caj RM58 setiap bulan. Bil dia dapat dalam email pada awal bulan.
Contohnya macam ni.
Kira kalau guna bulan Ogos, bil bulan Ogos ni akan sampai pada awal September. Kena bayar dalam bulan September, kalau tak nanti dia tertunggak.
Kalau tak bayar, masih boleh guna lagi. Tapi kalau bil bulan Ogos dan masuk Oktober, akan jadi RM116. Time tu dia akan call suruh bayar. Kalau tak bayar baru dia kira potong ke camne. Tak pernah lagi kena potong.
Laju x pakai u mobile ni ? Kalau guna utk main games online yg agak tinggi grafik lancar x main atau akan jadi lag ?
Dulu laju juga. Sekarang dah slow walaupun guna time off-peak.

Pernah tak pakai lebih qouta? Kena charge lebih tak?
Pernah la beberapa kali terlebih quota. Takde extra charge pun. Cuma sangat slow sampai fed up nak guna.
Salam,Umobile offer kat semua customer die ke rebate ni ? ke hanya orang tertentu. selepas guna 10 bulan yang dapat offer tu kena caj seperti biasa ke ? maknanya tak de rebate dah.
kontrak berapa lama ? boleh terminate bila2 masa tak ?
Salam. Rebate ni dia offer kat semua customer sebab government yang bagi rebate ni. Selepas 10 bulan, bayar macam biasa.
Yang ni tiada kontrak, boleh terminate bila-bila masa.
Masa beli kata 58 sahaja… bila datang bil… dia charged 68 sebulan tanpa rebate… mcm tipu saja…
Apa kata saudara pergi ke service center Umobile dan complaint dengan mereka?
Baru je sebulan pakai umobile tenet.Dua minggu pakai dah x hbs gb.Ni dah msk bln ke 2.Tunggu bil x sampai2.Semalam p chck kat kedai yg daftar tu terkejut bil untuk 2.11-25.12 Rm312.. hai pakai yg pakej Rm68. Pastu top up 10 kali Rm10 setiap kali t4. Dahlah top up tu tak ada limit. Nak kena terminate cam ni
Mahal juga. Rasanya boleh dapatkan detail kat service centre dia, kenapa diorang caj sampai camtu sekali. Saya takde halangan kalau nak terminate pun.
Kalau nak terminate tanpa pergi ke service center Umobile boleh ke..
Tak boleh sebab hari tu staf dia sendiri cakap memang kena pergi service center.
Saya tngh survey pakej internt,as a user..wht ur sggstion..the best pakej for my stdy..trma ksh
I’d suggest using Yes4G. Ambil pelan yang paling murah pun takpe. Kalau guna untuk study, tak perlu banyak bandwidth, melainkan tengok video & instagram.
Then kalau quota dah habis, speed diturunkan kepada 128kbps.
Umobile, Maxis, Digi dan Celcom semua limit speed jadi 64kbps.
Yang penting, belajar untuk guna dengan berhemat.
Masih pakai umobile ke …mcmana kita nk check baki umobile yg pocket wifi nie sebab takut terlebih limit dia
Hantar SMS “data2” ke 28882 untuk check baki.
Salam nak tanya, macam mana nk check msg yg ade kat broadband ni? Sbb lampu msg tu menyala… Bile masuk sim dlm phn xde plak msg..
Salam. Saya tak pasti. Biasanya tekan je icon ‘Messaging’ tu kalau nak baca mesej.
Salam,
macam mana nak tukar password & Id U Mobile.
Salam.
Maaf saya tak pasti. Saudari boleh tanya terus di service centre uMobile.
Terima kasih.
Kalau speed dah turun ke 128kbps, masih ok tak utk streaming Youtube atau Hulu Plus?
Salam. Sangat tak OK. Kena tunggu lama nak load. Silap2 memang tak load langsung.
Kalau guna utk buat kerja berbaloi ke….sbb kerja dari rumah selalu kena htr report
Kalau untuk kerja, rasanya berbaloi. Plan sekarang RM68 dapat 7GB + 5GB.
Saya cadang sebelum tukar tu, cuba install software NetWorx http://download.cnet.com/NetWorx/3000-2085_4-10155904.html untuk dapatkan purata bandwidth sehari.
Contoh 7GB ÷ 30 hari = 233MB sehari
So kalau tak lebih dari 233MB, maka cukup la 7GB sebulan. 5GB baki tu off-peak (2am-8am). Unless nak buat kerja time tu, boleh lebih jimat daripada pakai kuota siang.
Kalau data umobile dah habis. Kita still guna dia charge tak?
Kalau guna dia tak charge, tapi sangat slow la 64kbps je speed.
Sekarang dia ada tu Free streaming On YouTube tu apa dia maksud ah
Maksudnya boleh menonton Youtube secara streaming dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bandwidth Data tak akan ditolak.
Salam.. Pernah downlaod dari filerev atau uptobox x?.. Saya try xpernah dpt dload.. Mcm kena block..
salam. Saya tak pernah pula download dari website tersebut.
Nak tanye, reliability U-Mobile ok tak? Yg aku baca Yes4G tu byk sgt complaint, selalu network down.. terutamanye dgn customer service yg tiada nombor yg boleh di contact klu ada down time. U mobile tu camne? Nak guna utk CCTV utk live streaming blh?
U-mobile rasanya reliable je asalkan dalam kawasan coverage. Saya sekarang guna Yes4G dan memang ada downtime. Selalunya saya complain direct je dekat Twitter, laju je diorang reply.
Kalau nak live streaming CCTV boleh, tapi risau la cepat habis bandwidth.
salam,macam mane nak connectkn wifi umobile phone dgn laptop?n kalau dpt connect,laju x and ade kena charge lebih x kalau buat camtu?