Assalam dan salam sejahtera kepada pembaca semua.
Aku mula memakai cermin mata yang satu ni sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu aku masih lagi di universiti dan boleh dikatakan trend ketika itu ialah frame tebal. Ia juga merupakan antara cermin mata yang termahal yang dihadiahkan oleh ayahku.
Sejak itu, aku setia dengan cermin mata ini dan langsung tak tukar-tukar sampai sekarang. Antara faktornya, sejak 6 tahun yang lepas, memang banyak komitmen kewangan; bermula dari simpanan untuk berkahwin, merantau ke Australia dan kini membangunkan bisnes, sehinggakan aku belum bersedia untuk menukar cermin mata.
Tapi setiap produk ada tempoh hayatnya. Cermin mata aku ni dah melalui pelbagai situasi dan keadaan, dari panas, sejuk, salji, pasir dan sejak ada anak kecil ni, menjadi ‘mangsa’nya sehingga patah beberapa kali. Aku cuma guna gam gajah untuk cantumkan semula.
Aku akhirnya terpanggil untuk membuat cermin mata baru. Di Ipoh ni terdapat banyak pilihan kedai cermin mata. Sampaikan ada kawasan perniagaan, dalam satu baris kedai ada 4 kedai cermin mata yang berdekatan malahan berjiran antara satu sama lain!
Aku dipertemukan dengan kedai cermin mata milik bumiputra di Medan Klebang Restu, iaitu Rizal Optometris. Aku ke sana selepas solat maghrib dan berkesempatan berjumpa dengan pemilik kedainya, Encik Rizal sendiri.
Menurut beliau, biasanya beliau akan bertugas di cawangan utama di Kuala Kangsar pada sebelah siang. Sementara pada sebelah malam, beliau akan berada di cawangan Ipoh.
Beliau sangat ramah dan mesra melayan setiap pelanggannya, termasuklah aku. Mulai dari mencari bingkai yang sesuai dengan profesion dan usiaku, dan juga pemeriksaan mata secara teliti. Alhamdulillah, power aku ada yang naik dan turun, tetapi tak melebihi 200 dan silau juga ada sedikit penurunan.
Kali ini bingkai jenama Hummer menjadi pilihanku. Ya jenama yang sama yang buat kenderaan pacuan 4 roda di luar negara. Aku telah memilih kanta Crizal Transition VII Sig dari Essilor yang direka dengan teknologi Chromea 7.
Setelah selesai membuat tempahan, mereka berjanji untuk menyiapkan dalam masa 4 hari bekerja. Bagi aku itu memang kebiasaan di mana-mana kedai cermin mata sampai kadang-kala ada yang makan masa seminggu untuk disiapkan.
Mengambil cermin mata baharu
Aku pun telah kembali ke Rizal Optometris, kali ini teruja untuk mencuba cermin mata baharu! Apabila aku mula menyarungkan cermin mata itu, tiba-tiba pandangan aku menjadi sangat jelas. Macam upgrade dari paparan HD kepada 4K.
Aku kagum dengan kualiti kanta dan efek Transition yang menjadikan pandangan tetap jelas walaupun lensa digelapkan.
Aku sangat berpuas hati dengan layanan mesra staf di Rizal Optometris yang turut memberikan goody bag beserta sekotak kurma, sampul duit raya dan sekaki payung. Juga memberikan tali cermin mata secara percuma.
Bekas cermin mata Hummer ini agak menarik dengan elemen stainless steel.
Setelah selesai urusan membayar wang baki, aku sempat merakamkan gambar sebelum beredar dari kedai tersebut.
Kalau anda nak dapatkan promosi terbaru dari mereka, anda boleh Like Rizal Optometris di Facebook.
Nantikan entri seterusnya berkenaan pengalamanku dengan cermin mata baharu ini.
Area SELANGOR Ade x Cawangan?
Tiada tuan. Ada di Klebang, Ipoh dan Kuala Kangsar saja.