Perkhidmatan Online Printing – IpohPrint

Online Printing IpohPrint

Sempena tahun baru Hijrah yang ke 1437H, sukacita aku nak mengumumkan satu lagi projek terbaru kami, iaitu IpohPrint, sebuah platform untuk membuat tempahan cetakan secara atas talian.

Kenapa kami nak buat bisnes percetakan?

Sebenarnya, sejak dari zaman universiti lagi aku dah terlibat dengan kedai percetakan ni. Zaman student dulu, memang wajib pergi kedai printing untuk print tugasan studio dan pelbagai lagi. Kiranya ini memang cita-citaku sejak di bangku universiti-lah!

Selain daripada itu, kami di Dezeek Media, selain buat website, adakalanya klien akan minta buat design logo, flyer, poster, banner dan macam-macam lagi. Di sinilah aku mengasah bakatku dalam bidang graphic design untuk menghasilkan pelbagai jenis artwork yang menawan!

Oh sebelum Dezeek Media ditubuhkan lagi, sewaktu aku tinggal di Australia, aku berkerja di Bogi Australia, sebuah syarikat printing di Newcastle. Syarikat kecil je, aku buat kerja pun dari ‘garaj’ rumah bos.

Hasil pengalaman 5 tahun lebih ni, aku mula memahami selok-belok perniagaan berkaitan percetakan ni. Sebelum pindah Ipoh lagi, aku dah mula menulis rancangan perniagaan untuk memulakan sebuah bisnes printing. Setelah 2 tahun berada di Ipoh, hasil analisa pesaing dan pasaran, kini aku lebih yakin untuk menubuhkan bisnes printing secara 100% online di Ipoh.

Yang paling penting sekali, tujuan utama diasingkan bisnes printing daripada Dezeek Media ialah supaya kami boleh lebih fokus kepada perniagaan baru ini. Segala sumber yang ada boleh disusun supaya lebih produktif dan cekap.

Mula secara kecil-kecilan dengan 4 produk dahulu

Sebagai makluman, untuk peringkat permulaan ini, kami cuma menawarkan 4 jenis produk untuk dicetak, iaitu kad nama (name/business card), flyers, bunting dan banner. Tujuannya supaya kami boleh menumpukan pada item yang kami dah biasa uruskan, dari peringkat design, print dan penghantaran.

Bergantung kepada permintaan dan situasi pasaran, kami juga bercadang untuk menambah produk-produk lain juga di masa akan datang seperti t-shirt, button badge, cenderahati dan lain-lain.

Layari website IpohPrint untuk membuat tempahan sekarang!

Filed under: UsahawanTagged with: , , ,

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name *
Email *
Website