Adakah Sesuai Untuk Membina Kediaman Kecil atau Tiny House di Malaysia?

Assalam.

Jika anda rajin membaca blog atau website berkaitan rumah & kediaman (Home & Living) anda pasti pernah terserempak dengan trend ‘Tiny House Movement’.

laird-herbert-tiny-house

Sejak tahun lepas lagi aku mengikuti blog bertema sedemikian, contohnya Tiny House Blog dan sebagainya. Tapi itu merupakan trend di Barat, dan bila difikirkan untuk sesuaikan dengan konteks kehidupan di Malaysia, aku dapati ada beberapa isu yang perlu difahami dan boleh difikirkan penyelesaiannya.

solo-bunkie-36

1. Faktor Cuaca
Di Malaysia, umum mengetahui cuaca adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Kalau di negara seperti US, Eropah & Australia, dengan cuaca empat musim dan kering, tak menjadi masalah sangat. Kenapa?

Mereka boleh letak tempat tidur dalam ruangan bumbung. Kalau anda pernah naik bumbung rumah anda, anda sendiri tahu betapa hangatnya ruang bumbung tersebut. Kalau nak pasang air-cond, memerlukan tenaga yang sangat banyak di samping tidak mesra alam. Kalau nak berkipas pula, anda perlukan ketinggian siling yang sesuai.
protohaus
Selain itu, mereka juga banyak menggunakan kabin kontena yang terpakai. Kontena ni diperbuat daripada besi. Bayangkan kalau duduk dalam kontena besi tanpa air-cond waktu tengahari, macam duduk dalam oven!

2. Faktor Saiz Keluarga
Kebanyakan contoh ‘Kediaman Kecil’ ini aku dapati rata-rata mempunyai bilangan isi rumah 2 orang sahaja. Boleh jadi pasangan muda yang belum mempunyai anak ataupun mereka yang sudah berusia, anak-anak dah tak tinggal sekali. Kalau ada anak ramai, susah untuk hidup dalam ruangan yang kecil dan sempit. Setiap orang perlukan ruang dan privasi masing-masing.

3. Konsep ‘Kabin Trailer’
Sudah banyak contoh ‘Kediaman Kecil’ ini dibina atau diubahsuai daripada trailer kabin atau kenderaan rekreasi (recreational vehicle atau RV). Di Malaysia trend sebegini belum wujud.

Menurut blog Malaysia Campervan, caravan trailer sebegini dikenakan road tax RM50 setahun. PUSPAKOM juga ada kategori khas untuk caravan/campervan. Untuk mendapatkan kebenaran, perlu menghantar lukisan pelan dan susun atur dalaman (interior layout) kepada JPJ sebelum ubahsuai dibuat.

4. Kos bahan mentah
Disebabkan faktor cuaca dan sumber, banyak juga ‘Kediaman Kecil’ ini dibina menggunakan kayu. Kalau di sini, kayu sangat mahal. Besi dan konkrit lebih murah. Kalau nak pra-fabrikasi (prefabrication) mungkin boleh untuk kurangkan kos.

Solusi

Buat masa sekarang ni, aku masih belum dapat fikirkan solusi yang terbaik. Perlukan orang yang ahli dalam bidang senibina, rekabentuk dalaman, jurutera bahan khususnya agar dapat memberikan buah fikiran dan konsep yang terbaik dalam menangani harga rumah yang semakin meningkat terutamanya di bandar-bandar utama.

  • Pemilihan bahan binaan yang menyejukkan seperti kayu
  • Menggunakan konsep modular supaya rumah-rumah ini boleh disambung untuk menampung bilangan ahli keluarga
  • Meningkatkan kesedaran pergerakan rumah kecil ini. Apabila ada permintaan, mungkin ada pasaran untuk kabin trailer.
  • Kerajaan boleh membantu dengan menggubal undang-undang berkaitan pemilikan trailer / caravan

Itu saja solusi yang aku boleh fikirkan buat masa sekarang ni. Anda pula bagaimana? Mahukah anda tinggal di rumah kecil sebegini? Sila tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Komuniti Peminat Rumah Kecil di Malaysia

Saya telah menubuhkan sebuah group komuniti untuk peminat tiny house di Malaysia. Tujuannya supaya komuniti ini boleh berkumpul dan berkongsi idea, pengalaman dan ilmu pengetahuan masing-masing.

Jika anda berminat nak sertai, boleh klik butang di bawah.

Jumpa anda di sana!

43 thoughts on “Adakah Sesuai Untuk Membina Kediaman Kecil atau Tiny House di Malaysia?”

  1. Assalamu’alaikum. Faktor cuaca boleh diatasi jika lantai, dinding dan siling dimasukkan bahan penebat yang sesuai.

    Di Malaysia, undang-undang tidak mengkehendaki rumah menggunakan bahan penebat.

    Di barat, pada musim panas (summer) pun cuaca seperti di Malaysia. Malah mereka juga terpaksa berhadapan dengan musim salji.

  2. Hi Adlan, Ya saya meminati tiny house, bagi air cond..ada solar panel yang boleh juga support air conditioning. Saya cuma rasa masalah yg paling susah hadapi adalah toiletnya. Ada green house guna gray solution tapi busuk juga. Saya pernah nampak Malaysia ada guna rv..’Malaysian home’ tapi tak sanyat famous lo.
    Thanks
    Jacq 😉

    1. Hi Jacq,
      Terima kasih atas perkongsian saudari. Betul, memang ada solar panel yang support air-cond. Cuma tak pernah nampak di Malaysia. Sistem kumbahan juga perlu ada cara yang terbaik supaya rumah tak busuk. Tak terfikir pula saya.

      Kalau ada kenal dengan pemilik RV ‘Malaysian home’ tu, saya berminat nak jumpa.

      Terima kasih sekali lagi.

  3. Says fikir ITU salah satu Cara until mengatasi isu rumah yg semakin mahal!! Yang pending sekali adalah kebersihan mesti di jaga sebab rumah kecil mudah di jaga!! Lebih ekonomi until pasangan muda yg baru berkahwin sebelum membeli rumah yang lebih besar!! Says juga berminat dgn campervan until bercuti di tempat tempat yang jauh Dari kesibukan kota!! Until mencari ketenangan Dan kedamaian!! Amacam APA fikiran tuan2 semua!!

  4. Hi Adlan

    I’ve completed building my shepherd hut in Shah Alam last year.

    Wanted to post some photos here but can’t cut and paste,

    Cost of wood is expensive in Malaysia. As this was my first prototype I decided not to use

    reclaimed wood but build using balau hardwood including the cladding.

    Email me and I send you the photos for posting on your site if you’re ok with that,

    Also have photos of work-in-progress. Most interesting is the wheel assembly,

    Out of budget for a towbar. Working on it. Working on it…

    1. Hello,

      Glad to know there are more people in Malaysia interested in tiny homes. I’d be very keen to have a look at your tiny home project – would you mind sharing some photos? I aim to build one something like ‘living-off-the-grid’ house on a small piece of land and am working on getting the resources. Wish me luck. 🙂

      Thanks & Regards
      Priya

    2. Hi Lembusentul,
      I am interested to get a House on Wheel in Johor Bahru. Can you give me some suggestion & advise ?

  5. bagus juga idea ni, tp kerajaan kene gubal undang2 berkaitan caravan atau campervan ini dengan lebih teliti supaya masalah sosial masyarakat seperti zina tidaklah dilihat semakin tidak terkawal dengan adanya ‘mobile home’ ni.

    1. Terima kasih atas pandangan saudari. Cuma saya tak boleh nak kaitkan antara masalah sosial seperti zina dengan mobile home ni. Boleh tolong jelaskan? Terima kasih.

    1. Setuju. Tapi saya prefer guna FB group, supaya lebih mudah nak kongsi bahan2 dan URL dari internet terus ke dalam group. Jemput saya ya bila da setup nanti! Terima kasih.

  6. Hello Adlan –

    I’m happy to find your blog on this subject – at least it may be a starting point for Malaysia.
    I have a plan to build tiny home on a small piece of land and gathering information for the project. In an ideal situation i am hoping to come across good resources and building team maybe. 🙂

    Best regards
    Priya

    1. Hello Priya,

      Thanks for your interest. There’s a couple of company claimed to build container / cabin living. Yet, I’m planning to do some report on how some Malaysian lives there especially those who affected by the big flood in Kelantan last year.

      Thanks again and keep coming and let me know your thoughts!

    2. Hi Priya,

      It’s nice to find people who share the same interest in tiny homes. Me and my wife are also very interested and are currently sleepless just thinking of how we can execute the project.

      I’d be very happy to know the progress of your tiny home project. Are you doing it on your own or with professionals? So far, the only thing we’ve done is countless research. Tomorrow we’ll be looking at a piece of land and hopefully can kickstart this dream home. 🙂

      Wish you luck on your project and please do update us here 🙂

      Cheers
      Allan

  7. Berminat sgt2 dgn konsep rmh mcm ni..mmg impian nk mengembara dlm keadaan selesa..sape kt malaysia ni yg dh ade pkai..boleh sy tau brape kos nya..

    1. Saya ada projek nak interview dengan penghuni2 rumah kontena ni. Nantikan artikel tersebut, target siap bulan depan. Kalau ada soalan2 lain, boleh senaraikan di sini. Boleh saya tanyakan nanti.

  8. Guna simen board untuk dinding.
    Tanam pokok besar keliling rumah atau pokok buluh, untuk turunkan suhu dalam rumah.
    Guna sofabed.
    Buat tandas kekal macam kat rumah.
    Ni plan saya setakat ni.
    Baru 50% siap.

  9. Sejak trending nya pemilik rumah kontena. Saya berminat dengan ayatnya yang mengatakan tentang kos rumah dan hutang yg perlu ditanggung. Saya sudah lama teringin mengembara dan berminat dengan konsep caravan dan memikirkan yang kita boleh bina dari bas terpakai (used bus) baru-baru ni terjumpa dengan website tinyhousetalk yang telah pun mempamerkan beberapa article mengenai bas yg ditukar menjadi rumah bergerak. Di sana sudah lama muncul nya rumah-rumah bergerak ini. Harap suatu hari nanti Malaysia mempunyai orang melakukan ini juga. Saya amat berminat malangnya masih belajar lagi …

    1. Terima kasih atas pandangan tuan. Saya juga berharap trend sebegini akan wujud di Malaysia. Salah satu caranya dengan mewujudkan komuniti dan kumpulan pelobi yang boleh usulkan ke Parlimen. Tekaan saya, jika dapat pressure group yang bagus dengan hujah dan bukti yang rasional, lebih mudah untuk minta kerajaan yang memerintah untuk memudahkan urusan pemilikan dan pengubahsuaian karavan dan rumah bergerak ni.

  10. I have been thinking a lot about this too. My concern is security. Takut pencuri masuk atau kena bawa lari..takut juga kan. But it is very economical. I hope when it goes to the authority they won’t make it expensive!

    1. Yes, security issue is everywhere. Make sure to fix the structure to the ground, or just take out the wheel when we are not going anywhere.

      Someone has to lobby our wakil rakyat to bring this to the Parlimen if we want to take this to the next step!

  11. Hi Adlan and the others,

    I have been pondering on this idea to start a movement or something similar here in Malaysia.

    It will be a very interesting and creative project if we are able to get things moving. Would be interested in the brainstorming session and what we can do here in Malaysia.

  12. Congrats and good thoughts Adlan.
    I just completed my cottage last year at Kalumpang which I developed from tiny house picture.
    Would like to share my experience and knowledge on this.
    My next dream is to build more tiny and affordable house for Malaysian…haha..
    Happy working.

    Zai Abas

  13. assalamualaikum.. hi Adlan.. i just requested to follow the group.. pls approved me.. as i love the ideas of tiny house.. hope we can share information on this topic..

  14. Idea ini memang boleh dibesarkan lagi jikalau dibuatkan satu kawasan ‘Tiny House Community’. Kurang-kurangnya, dari segi sekuriti, bolehnya tolong-menolong sikit lah berbanding dengan tinggal sesorang. Lagipun, orang2 kampung dulu pun tinggal berdekatan. Projek macam ni kan serupa kawasan kampung asli. Rumah kampung pun kan macam tiny house? Dah lama sangat saya nak tinggal dalam satu komuniti keluarga-keluarga kenal sesama sendiri. Tak macam sekarang ni, walaupun tinggal satu rumah pun sembunyi dalam bilik sendiri je main smartphone. Kurang-kurangnya kalau tinggal dalam satu rumah kecil, ahli keluarga buat apa pun boleh nampak, boleh communicate kan?

  15. Hai Adlan,
    Penulisan yang bagus, memandangkan di Malaysia dan Asean, rumah kecil ini masih belum popular sebagai pilihan. Jika ada yang tinggal dirumah kecil pun, hanya kerana tidak mampu memiliki rumah besar, tidak seperti dibarat, ia adalah pilihan yang dibuat dengan sukarela.
    Dari pembacaan saya, ia juga banyak digabungkan dengan komuniti self sufficient, iaitu mereka tinggal dirumah kecil dan menghasilkan keperluan, terutama makanan mereka sendiri.

    Saya bersetuju dengan penulisan saudara Adlan, kecuali dari segi cuaca sebagai
    halangan untuk rumah kecil di Malaysia. Saya fikir cuaca sejuk lebih sukar dikendalikan berbanding dengan cuaca panas. Dengan saiz yang kecil, ia sebenarnya lebih murah untuk disejukkan menggunakan pendingin hawa. Walaupun dikatakan bumbung yang rendah menyebabkan kepanasan, rumah besar yang berbumbung tinggi juga perlu dipasang alat pendingin hawa dan bekerja untuk menyejukkan isipadu yang jauh lebih besar bukanlah murah bilnya.

    Untuk menyejukkan rumah kecil secara semulajadi juga lebih mudah. Diatas bumbung, boleh dipasang jaring dan ditanam pokok yang menjalar untuk menyerap sinaran matahari. Ia menjadi seolah-oleh rumah hobbits. Bukankah rumah kecil memang sepatutnya seperti impian semua orang semasa kanak-kanak, ala ala hobbitan.

    Saya berharap, dapat membaca lagi tulisan-tulisan tentang rumah kecil di Malaysia dan berharap komuniti ini dapat berkembang kerana saya sendiri mempunyai perancangan untuk berbuat demikian, dan sudah membeli tanah seluas satu ekar diluar bandar, bagi tujuan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *