Pihak KTMB telah melancarkan sistem terbaru untuk membolehkan penumpang menempah tiket ETS yang dikenali sebagai KITS, KTMB Integrated Ticketing System.
Antara fungsi terbaru ialah penggunaan KTM Wallet. Anda boleh topup kredit sebelum buat sebarang pembelian.
Selain itu, dengan wallet ini juga, sekiranya ada refund atau pembatalan kredit, ianya akan dimasukkan ke dalam wallet KTMB anda.
Penyelenggaraan sistem
Sistem ini mempunyai jadual ‘maintenance’ pada setiap hari pada pukul 11 malam hingga 12.15 pagi pada waktu tempatan (Malaysia Time/MYT).
Oleh itu, anda tidak boleh membuat tempahan, membuat bayaran dan menambah nilai KITS Wallet anda.
Oleh itu, pastikan anda membuat pembelian tiket sebelum jam 11 malam. Saya sendiri pernah terleka dan akhirnya terpaksa tunggu sehingga jam 12.15 pagi untuk mendapatkan tiket ETS.