Cara Nak Masukkan Lokasi Premis Anda (Ofis, Kedai, Homestay dll) ke Google Maps & Waze

Kalau anda nak pelanggan, klien atau penyewa senang cari lokasi anda, pastikan lokasi ada di Google Maps dan Waze app.

Kebanyakan customer akan cari produk atau servis yang dekat dengan lokasi mereka.

Yang biasa orang cari macam kedai makan, kedai buku, kedai fotostat, workshop kereta, homestay dan sebagainya.

Disebabkan data lokasi dalam Google Maps dan Waze sama, saya nak tunjukkan cara nak masukkan lokasi kedai korang dalam Google Maps.

Pastikan anda dah download app Google Map dulu ya. Pilihan versi: Android & iOS.

  1. Buka apps Google Maps.
  2. Buka menu belah kiri.
  3. Pilih ‘Add a missing place’
  4. ā€ˇMasukkan nama, lokasi dan kategori yang sesuai. Boleh juga masukkan info lain seperti no telefon, waktu operasi, website dan gambar.
  5. Tekan button Send
  6. Pilih ‘Submit Anyway’ jika memang tiada listing yang sama. Google nak elak duplicate listing.

Ni cara paling senang sebab korang boleh buat pakai phone saja.

Tapi lepas dah masuk dalam listing, pastikan korang Claim listing tu. Kalau tak selagi listing tu takde owner, ada orang boleh sailang.

Contohnya dia tukar nombor telefon, letak gambar tak sesuai, review tak best yang akan jejaskan reputasi bisnes korang.

Nanti saya tunjukkan cara nak claim listing ni.

LIKE dan SHARE kat kawan korang yang belum ada listing dlm Google Maps.

Mahu penyewa berebut-rebut menempah homestay anda?
Jutawan Homestay

10 thoughts on “Cara Nak Masukkan Lokasi Premis Anda (Ofis, Kedai, Homestay dll) ke Google Maps & Waze”

    1. Biasanya Google akan hantar email, maklumkan jika ada orang lain yang nak ‘edit information’ pada maklumat business kita. Kita diberi masa 2-3 hari untuk sahkan maklumat tu. Kalau kita tak buat apa-apa, Google akan approve secara automatik.

      Pastikan check email setiap hari supaya elak daripada kena sailang.

  1. macam mana nak register lokasi yg boleh keluar terus dari list current location semasa kita nak tag location dalam whatsapp……dah cuba dlm foursquare tp tak jadi….

  2. Tuan,
    Saya 1st time buat marking Google maps utk perniagaan saya, Lpstu sy perasan saya salah marking utk lokasi, dan ada beberapa typing errors, saya dah edit beberapa kali n send tp still yg sama.. Mcmner ya saya nk delete terus marking tersebut, dah cuba buat dan letak reasons tp still sama.. Tkasih tuan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *