Cepat membaca

Cepat Membaca: Ikuti 5 Langkah Mudah untuk Bantu anak Anda

Cepat membaca merupakan perkara yang diidamkan setiap ibu bapa. Dapat mengikuti sesi pembalajaran formal tanpa tertinggal berbanding rakan sekelas lain merupakan perkara yang amat melegakan ibu bapa.

Ianya tidak mustahil untuk mengajar anak cepat membaca tanpa bantuan guru di kelas formal. Anda sendiri boleh mengajar anak anda untuk cepat membaca mulai dari rumah.

Teruskan membaca 5 tips ini untuk mengetahui perkara yang boleh anda lakukan untuk si kecil anda.

Cepat membaca dengan mengajar teknik fonetik

Teknik fonetik atau decoding adalah dengan mengajar anak membunyikan huruf dan bukan mengingat nama huruf. Hal ini kerana anak akan lebih mudah membaca kerana tahu menyambungkan dua huruf.

Contohnya bukan mengajar ‘bi’ untuk huruf b tetapi mengajar bunyi b-a sebagai ‘ba’ dan j-u sebagai ‘ju’. Terdapat banyak buku di pasaran yang menggunakan kaedah ini. Malah di prasekolah dan tadika juga menggunakan buku-buku dengan kaedah fonik ini.

Anakku merupakan contoh buku teknik fonetik. (Sumber: sakinahamid)

Kaedah ini kurang membebankan minda anak yang baru mahu mengenal huruf. Ia juga memastikan input yang mereka dapat mencukupi untuk mereka cepat membaca.

Buku cerita sebelum tidur

Anda boleh membacakan buku untuk anak anda seawal umur 3 tahun. Hal ini kerana di usia tersebut mereka sudah dapat memahami bahawa perkataan yang tertulis di atas kertas memberi makna dan boleh dibaca.

Libatkan mereka dalam pemilihan buku untuk dibaca pada setiap malam. Dalam sesi membaca tersebut anda juga boleh bertanyakan soalan kepada mereka jika mereka faham tentang cerita tersebut atau tidak. Soalan mudah yang boleh ditanya seperti, kenapa karakter tersebut berasa sedih/gembira, warna baju yang dipakai karakter tersebut dan lain-lain.

Sebaiknya,gunakan kesemua deria mereka. Pilih buku cerita bergambar dan untuk peringkat permulaan boleh memilih buku cerita yang mengeluarkan bunyi. Ini dapat membantu respon dan kefahaman anak anda sekaligus menaikkan minat mereka untuk membaca.

Sabar dapat membantu anak cepat membaca

Walaupun kita sebagai ibu bapa sangat bersungguh untuk melihat anak cepat membaca, perlu diingatkkan bahawa proses ini tidak dapat terjadi sekelip mata. Sifat sabar amat perlu dalam membimbing anak membaca.

Anak-anak di awal umur 3-6 tahun ini kebiasaannya tidak mempunya tahap fokus yang tinggi. Mereka cepat terleka dengan keadaan sekeliling. Penting untuk ibu bapa tidak terlalu garang dalam proses membaca.

Kalau tidak, silap-silap si anak tidak berani melakukan kesalahan ketika membaca kerana takut dimarahi. Daripada keluar suara untuk menyebut suku kata, terus diam tidak berbunyi. Pasti makin sukar prosesnya nanti.

Ingat, bersabarlah dalam mengajar anak cepat membaca. Bak kata pepatah tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak.

Tunjukkan tauladan yang baik

(Sumber: Unsplash)

Anak sememangnya menganggap ibu bapa sebagai superhero atau role model kepada mereka. Jadi, ibu bapa sendiri patut menunjukkan contoh terbaik. Antaranya ibu bapa boleh menjadikan membaca sebagai hobi.

Majalah mahupun surat khabar, juga memadai sebagai contoh kepada mereka. Anak-anak ini sudah tentu seronok untuk mencuba perkara yang dilakukan orang dewasa. Jadi kerapkan membaca bahan bacaan fizikal agar anak mempunyai perasaan ingin tahu dan minat yang sama.

Jika mempunyai wang berlebihan bolehlah membuat perpustakaan mini di rumah. Tidak perlu keluarkan modal yang banyak. Cukup dengan rak kecil dan bahan bacaan sedia ada di rumah. Selain itu, selalu bawak anak anak ke kedai buku seperti Popular, MPH, Kinokuniya dan ImanShoppe. Dengan ini mereka dapat menanam minat sedari kecil lagi.

Cepat membaca dengan medium bacaan bersesuaian

Setiap peringkat umur mempunyai bahan bacaan yang bersesuaian. Ambil masa untuk berborak dengan anak tentang perkara yang mereka minati. Jika anak minat akan dinasour, boleh belikan buku seolah-olah ensiklopedia untuk mereka. JIika ada yang minat buku puteri Disney, mungkin buku bahasa inggeris lagi bersesuaian dengan mereka.

Penting untuk mencari medium bacaan yang sesuai dengan umur dan minat yang ditunjukkan mereka. Sebagai ibu bapa, lakukan sedikit ulangkaji tentang buku yang terdapat di pasaran.

Jika anda sibuk untuk pergi ke kedai buku, saya cadangkan anda untuk membeli secara atas talian. Terdapat banyak diskaun yang ditawarkan dan buku juga akan dihantar hingga ke rumah. Antara kedai buku atas talian yang sering saya guna ialah Kinokuniya. Di sini terderapat banyak buku yang bersesuaian dengan semua peringkat umur. Selain itu, ImanShoppe yang menawarkan buku yang lebih berunsurkan kerohanian. Gunakan code ADLAN5IMAN untuk mendapatkan 5% diskaun.

Akhir kata,

Semoga berjaya dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Cepat membaca hanyalah bonus dan perlu diingatkan setiap anak mempunya timeline tersendiri.

Jika berminat, baca lebih lanjut tentang kelebihan tidak mempunyai televisyen di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *