Perkembangan terkini

Salam.

Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua muslimin muslimat.

Okay, mungkin terlambat beberapa hari. Maafkan aku sebab lama tak menulis dalam blog ni. Syukur Alhamdulillah sebab sejak kebelakangan ini terlalu banyak nikmat dan rezeki yang aku terima.

Banyak juga projek yang aku buat, bukan projek website saja tapi termasuklah juga projek membuat video montaj seperti video perasmian FWCII di UIAM pada bulan Ogos yang lalu dan juga projek animasi 3D untuk menunjukkan fungsi produk (product tour). Terkini ialah video montaj untuk Dept. Usuluddin IRKHS.

Kesimpulannya, aku memang memerlukan sebuah mesin (laptop atau desktop) yang berkuasa tinggi supaya boleh menghasilkan video dengan efektif. Oh ya, aku masih menggunakan laptop Acer berkuasa i3 generasi pertama. Terasa kurang cemerlang bila bab nak render video ni.

Terdapat juga beberapa projek website yang dalam pembikinan sebagai usaha untuk menambah sumber pendapatan pasif. Aku akan umumkan nanti bila rasa dah sedia.

Selain daripada hal bisnes ni, banyak juga perkembangan dari segi kehidupan peribadi dan keluargaku. Tak perlulah aku ceritakan secara terperinci. Cukuplah dengan kata kunci – kediaman dan kereta.

Terima kasih Allah atas segala kurniaan rezekiMu. Jadikanlah aku ini dikalangan hamba-hambaMu yang bersyukur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *