Baru-baru ini aku telah berpeluang untuk menaiki keretapi elektrik ETS yang dikendalikan oleh KTMB. Aku bertolak dari Ipoh ke KL Sentral untuk urusan kerja.
Pihak KTMB telah menyediakan sebuah website untuk membolehkan pengguna menempah tiket secara atas talian (online).
Mulai Oktober 2020, KTMB telah memperkenalkan website baru untuk tempahan tiket melalui portal KITS. Baca video panduan tutorial terbaru
Aku pun memutuskan untuk mencuba perkhidmatan online ni sebab lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding pergi ke stesen KTM Ipoh dan membeli di kaunter.
[UPDATE 2019] – KTM telah melancarkan website pembelian tiket versi baharu. Screenshot dan video disertakan untuk memudahkan anda.
Table of Contents / Kandungan
Video Cara Beli Tiket ETS Secara Online Versi 2019
Website KTMB E-Ticket
(Sila bookmark jika anda juga ingin membeli tiket di masa hadapan)
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan website tersebut. Anda perlu memasukkan nama, password, email dan nombor telefon untuk mendaftar.
Setelah itu anda boleh login menggunakan akaun anda.
Cari Perjalanan Keretapi Yang Available (Search Train)
Masukkan destinasi, tarikh dan train (masa). Di sini mungkin tak jelas sangat pasal train. Mari saya terangkan apa pilihan yang ada.
Pilih Keretapi (Select Train)
Tambang ETS Ipoh – KL Sentral (sehala)
- ETS Platinum – RM 46
- ETS Gold – RM 36
- ETS Silver – RM 25
Selepas pilih Coach, baru anda boleh buat pilihan kerusi (seat).
Maklumat penumpang (Passenger’s Info)
Anda perlu memasukkan nama, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jenis tiket.
Jika anda nak save nama penumpang pun, lagi mudah. Boleh pilih dari dropdown tu saja.
Pemilihan kerusi (Select Seat)
Pemilihan kerusi ni yang paling mengelirukan jika anda tidak mengetahui susun atur sebenar di dalam train ETS.
Kalau anda pernah menempah tiket kapal terbang, anda boleh melihat dengan jelas di mana kepala dan ekor kapal terbang serta kedudukan tandas dan pintu keluar. Tapi berlainan dengan ETS yang bagi aku tidak memberikan gambaran yang jelas kepada bakal penumpang.
Oleh itu, di sini aku dah buat diagram secara kasar atau infografik susunan kerusi di dalam ETS berdasarkan pengalaman aku.
Satu lagi anda perlu pastikan pilihan kerusi dan arah yang sesuai. Sebab ada sesetengah orang mungkin tak selesa duduk membelakangi arah yang dituju ataupun duduk menghadap ke belakang train. Keliru? Disebabkan susunan kerusinya ada yang menghadap ke arah utara dan ke arah selatan.
Tips: Jika anda membeli online, anda boleh perhatikan kerusi yang paling banyak merah (popular) itu ialah kerusi yang menghadap arah hadapan perjalanan. Kerusi yang biru, yang banyak kekosongan tu menghadap ke belakang.
Tandas dan kafeteria
Setiap koc ada tandas kecuali koc C. Biasanya koc C paling popular. Oleh itu ingat C ingat Cafe.
Koc yang ada tandas: A, B, D, E, F
Koc ada cafe : C
Pembayaran (Payment)
Pembayaran boleh dibuat menggunakan Maybank2U dan juga kad kredit. Tapi mengikut pengalaman aku, pembayaran dengan Maybank2u tidak boleh dijalankan pada tengah malam 12am ke atas.
Cetak tiket
Pastikan anda mencetak tiket sebelum anda menaiki train ETS. Kalau rajin, anda boleh adjust supaya boleh cetak dalam sehelai A4 dan mudah dibawa dalam poket.
Sekian dahulu, selamat mencuba.
Anda juga mungkin mencari: cara beli tiket ets online
Thanks for the great tips! Mmg tercari2 tips utk beli online ticket.
You’re welcome. Semoga selamat dalam perjalanan!
Nak tanya lepas dh beli tiket online tu just kena print ke sbb nk tunjuk dkat pegawai ets nanti ke camne
Kalau dah download PDF tiket tu, tak perlu print. Boleh tunjuk dalam phone sahaja
Kalau dah download PDF tiket, tak perlu print. Tunjuk dalam phone pun diterima. Asalkan jelas
Thanks for the info. I want to ask why can’t I select coach and seat for silver class?? I have tried so many times but still cannot buy the online ticket. It shown ‘no data to display’ when i press the coach column. can u advice me on this? thanks
I don’t know. It also happens to me for a few times especially when I want to buy a last minute ticket, 3-4 hours earlier.
My guess is, either it is sold out or they disable online purchases and cater for walk in buyers.
I’ve learnt it the hard way. I went to Pudu Sentral and bought bus ticket instead.
I also facing the same problem . May I know how to solve this problem? thanks~
Salam. Ticket sehala ke kelantan ada ke?
Tiket train biasa ada. Tiket ETS takde. Boleh tanya dengan pegawai KTMB terus.
KTM ETS Silver Seat Layout ada tak? adakah sama dengan KTM ETS Gold Seat Layout?
saya difahamkan oleh sumber lisan; untuk ETS Silver, kedudukan nombor seat 1 sehingga pertengahan gerabak adalah mengadap ke arah Kuala Lumpur manakala nombor seat pertengahan sehingga akhir mengadap ke arah Ipoh, adakah ini benar?
Maaf, saya takde layout untuk ETS Silver. Susunannya sedikit mengelirukan.
Kalau beli di kaunter tiket, biasanya staf KTM sendiri akan penuhkan kerusi yang menghadap hadapan, bukan menghadap belakang train (ikut arah destinasi). Kalau tengok dalam website ETS pula, bahagian layout kerusi yang paling banyak penuh tu, biasanya itulah yang menghadap ke arah hadapan train.
Tu saja yang saya boleh kongsikan. Maaf jika saya salah.
saya nak tanya kalau saya nak ke ipoh naik ets boleh naik di kepong central atau kena juga naik di kl central
Boleh je naik dari Kepong Sentral. Tiket murah sikit.
saya nk tanya beberapa soalan, ape beza ETS GOLD dgn ETS SILVER?? cara pembayaran mmg maybank2u je ke? kalau bank lain x boleh erk?
Salah satu perbezaan ialah harga tiket.
Harga tiket ETS Gold RM35.
Harga tiket ETS Silver RM25.
ETS Gold ada banyak trip satu hari. Seawal 5pagi dan setiap sejam 4pm, 5pm, 6pm, 7pm.
ETS Silver cuma ada 3 trip sehari. 10am, 3pm & 9pm.
Cara pembayaran memang guna Maybank2u saja. Bank lain tiada. Saudara boleh cadangkan pada pihak KTMB.
Terima kasih.
public holiday ticket ada mahal sikit?
Harga standard saja. Cuma public holiday selalu tiket cepat habis.
saya nk tny harga dr ipoh ker kl sentral brapa yea…harga dewasa berapa,kanak kanak berapa..
Harga dari Ipoh ke KL Sentral (Dewasa)
– Gold – RM35
– Silver – RM25
Kena check dengan KTM untuk harga kanak-kanak/warga emas.
Terima kasih
Can I online perchase ticket for warga emas
There is only price option for Adult and Child ticket. No options for warga emas.
boleh ke kalau beli tiket guna kad siswa?
Saya tak pasti. kena tanya di kaunter KTMB. Kad siswa ni yang boleh dapat diskaun tu kan?
pening juga nk tentukan facing menghadap ke utara (ipoh)
beli tiket walk in jelah. harap2 ada lagi kosong.
*first time naik train setelah sekian lama (masa kecil2 dulu) tak naik train.
Kalau tak nak pening, cakap je dengan staf KTM time beli di kaunter. Selamat berjalan2.
Great info..tqvm, tengah plan nak ke Ipoh naik train je untuk melawat orang kat hospital Ipoh.
Thanks. Semoga selamat dalam perjalanan.
assalamualaikum.. sy dh 5 tahun xnaik train. last ms belajar kt upsi 2009. dulu ms naik train nk ke tanjung malim kena tukar train kt rawang.. ngn ets ni ni terus ke tanjung malim dan ipoh ke or perlu tukar train kt rawang lagi?
Walaikumsalam. Boleh naik straight je dari KL Sentral sampai Ipoh. Train akan singgah di Rawang dan Tanjung Malim seperti biasa.
Kalau dari ipoh ke kl dua hala berapa ???
Terima kasih bnyk ye. Sangat2 membantu ??
Berapa harga ipoh ke KL untuk 2 hala ???
ETS Gold – RM35 x 2 = RM70
ETS Silver – RM25 x 2 = RM50
Hello…
maknany , jika Ke KL kena pilih barisan 10-19 untuk dapat forward seat??
Ke IPOH pilih barisan 1-9 untuk forward seat ??
Hello.
Bergantung kepada gerabak. Gerabak A, B, C tak sama dengan D, E, F.
Kalau nak forward ke Ipoh:
A,B,C : 9 – 15
D,E,F : 1 – 8
Harap membantu.
Terima kasih kerana berkongsi info.
Sama-sama.
Tq bro for the site and picture. Aku slalu travel ets ni n slalu dgn isteri and anak pakai stroller.meaning let say aku nk gerabak D yg ada luas tempat kaki kt depan utk letak stroller anak. Kalau kl sentral to kampar kena amik no 1A dan 1B la kan. N kalau kampar to kl sentral gerabak D kena amik 15A n B. Sbb nk beli online aritu pernah kena terbalik. Pening gak.
No worries bro. Just sharing. Aku pun pengguna ETS yang kerap. Tapi kadang2 malas nak fikir, beli je yang kosong. Hehe
kalau nak beli tiket ets, boleh ke beli di stesen ktm biasa? i mean beli di ktm serdang contoh? i really need yr answer asap. thank you
Saya tak pasti. Boleh tanya di kaunter. Tapi kalau ikut pengalaman, hanya boleh beli di stesen yang ETS lalu. Serdang tak lalu.
Anyway boleh contact KTM sendiri.
Assalamualaikum…kalau saya dari nilai nak ke anak bukit macammana eh…kena beli tiket dari kl sentral gak ka…
Boleh beli tiket di mana2 stesen KTM Komuter. Tak semestinya dari KL Sentral.
Ada special rate tak for those age 55 ke atas
Ada untuk warga emas.
Kalau ada special rate macam mana nal buat online?
Tak boleh buat online untuk warga emas. Kena beli di kaunter.
1St time akan naik ets ..kk, perak ke kls. Harap2 journey dia x membosankan..
Apa2pun, trima kasih byk2 for your blog bro. Keje ktm ke? Hehe.. cuma kat mana nak letak luggage?
Enjoy your first ride. Dalam train ada ruang atas kepala, macam dalam kapal terbang. Tapi kalau beg besar sangat, boleh letak depan TV. Tapi pastikan roda tu tak bergerak supaya beg tak halang pintu.
Saya tak kerja KTM. Cuma saya kerap la guna ETS.
Terbaikk dari KTM, tapi minta di masa depan KTM tambahkan lagi kelajuan ke 200km/sjm, baru rasa laju sikit berbanding sekarang 140km/sjm.
Setuju. Tapi nanti kalau lagi laju, risau tambang pun naik 🙂
Salam. Saya ada baby 5bulan. Kena beli tiket juga ke untuk kategori child?
Salam.
Baby 5 bulan tak perlu. Boleh je pangku dalam dakapan.
Kena rujuk dengan pegawai KTM.
BARU JE BOOKING EXP TIMURAN SENANDUNG MALAM… DLM MAYBANK2U DAH POTONG DUIT TP ID TICKET XDAPAT. KATANYA UNSUCCESFUL. PENING. BILA CALL CENTRE DIA KATA CUMA ADA 1 JE TEMPAHAN PADAHAL 3.. TGGU KATANYA NAK CALL LAGI TP DH DKAT SEJAM XDE CALL BALIK.. ADUSSSSS NK BUAT KEJE PUN X SENANG
Sama la saya pun dah terkena. Duit dah kena tolak kat Maybank2u. Lepas tu saya pergi ke stesen, minta dia refund. Dia kata dalam 10 hari. Tapi sampai sekarang tak dapat lagi duit.
salam, sy nak tnya, if sy nak naik KTM night sleeper utk blk KL from alor setar, kat mna nak beli tiket tu?
Salam. Tak silap saya boleh beli tiket di stesen KTM yang berhampiran. Kalau online, tak pasti pula.
Hai assalam. Nak tanya, tiket online tu kena print sendiri ke atau boleh tak kalau saya nk pergi ambik kat stesyen tu sendiri masa hari nak naik ets tu?
Hai. Wassalam.
1. Seeloknya print sendiri sebelum ke stesen.
2. Tiket boleh minta kaunter printkan tiket sebelum naik train. Kalau ramai orang queue, lambat buang masa je tunggu.
3. Kalau tak print tiket, pastikan ada softcopy tiket dalam smartphone. Time pemeriksaan, just tunjuk dalam phone saja.
Terima kasih.
salam tuan. terima kasih atas perkongsian. nak tanya, layout seat yang dikongsikan sama ke dengan ETS ke padang besar?
Salam. Saya tak pasti. Mungkin sama. Saya belum sempat naik ETS dari Ipoh ke utara lagi.
Ok. Terima kasih. Anda sangat membantu.
Sama-sama.
sory nak tnya.. sy ada beli tiket ets online tp bukan dekat lamn web ktm under busonlineticket .. dari kl sentral ke alor setar masa perjalanan pukul 11pg.. adakah waktu perjalanan itu betul sbb sepanjang saya baca tak ade lg yg masa perjalanan pukul 11pg.. risau pulak sy..
Salam. Kalau risau, cik boleh hubungi dengan pihak syarikat bas ataupun pihak pengendali website tersebut. Kalau tak betul, minta mereka refund duit cik.
Hi, sir. right now for e-ticket online payment still applicable to maybank2u / credit card only?
i’m a CIMB clicks debit user.
Add on . I have a cimb debit card with mastercard logo on it.
so when select payment method , can i go for VISA/MASTER method ? or only applicable for credit card.
Hi Bill. I have checked with the website, they are now accepting credit & debit cards, which have Visa or Mastercard logo on them, regardless of which bank.
Have a nice day!
Pingback: Cadangan penambahbaikan perkhidmatan ETS
Dari alor star ke kl sentral nak naik kat mana
Naik di stesen KTM Alor Star.
Salam nak tanya, sy terbeli tiket ets dari stesen nibong tebal-klsentral. Asalnya nak beli dari butterworth. Boleh tak kalau sy naik dari butterworth-klsentral walaupun tiket dari nibong tebal?
Salam. Saya berpendapat tak boleh sebab anda beli tiket naik dari Nibong Tebal, bukan dari Butterworth. Nanti sewaktu staf nak periksa tiket, saya khuatir anda akan menghadapi masalah.
kalau beli tiket dari kl sentral ke kelantam berapa ye
Saya tak pasti. Tapi bukan ETS lah kalau ke Kelantan. Bergantung kepada jenis kelas. Ain boleh rujuk pada website KTM sendiri. Terima kasih.
Pingback: Beli Tiket Online | Berita News Online
sayangnya takda ke kelantan
Kena tunggu tukar kerajaan negeri kot.. baru dia nak buat laluan ETS ke Kelantan
Pingback: 8 perkara perlu anda tahu tentang tren ETS 2015 - AdlanKhalidi
Macam mana nak bayar pakai maybank2u? kene login dulu ke?
Ya. Perlu login dahulu.
Berapa jenis perkhidmatan ets yang ktmb tawarkan gold n platinum only..? Jadual perjalanan ets dari kl central ke pdg besar n vice versa .Pukul berapa sampai Alor Setar jika saya naik ets platinum dari kl central Ktmb tidak mempunyai satu jadual perjalanan yang lengkap d pamerkan d station2 KTMB
Tadi jam 7.00pm saya pergi ke station ktmb bertanya tentang jadual perjalanan ets tetapi kerani ticket perempuan tidak layan pun Saya p cari station master untok buat aduan dia pun tak ada. KTMB tidak sediakan tempat untok orang2 nak bertanya Info yang d sediakan d notis board out of date d station KTMB Alor Setar
saya tak sempat print ticket and tak sempat ambil gambar, tapi saya ada print maybank2u punya transaction and ada reference id. So how can I print the ticket?
Kalau ingat nombor kerusi & koc, boleh saja pergi ke kaunter di stesen KTM dan bgtau nombor tersebut. Mereka boleh print terus.
Saya nk tnya klau just tnjuk tiket yg kita print biasa shja x pe ke? Ataupun kna print oleh pgwai ktmb jgk?
Boleh print biasa. Asalkan jelas.
Untuk coach C ETS Gold susunan bangku mengadap atau sehala ye ? 1st time dapat coach C , biasanya dapat Coach A ..
Saya tak pasti. Kena pastikan juga koc baru (2015) atau koc lama.
kalau beli tiket on9 tapi dia tulis unsuccessful tapi duit maybank2u dia potong jugak..so mcm mana ek?
kena laporkan pada pihak KTM atau diorang akan auto refund masukkan balik duit dlm masa 10 hari seperti awak
nyatakan di atas?
dan adakah kemungkinan duit tu akan dapat balik? sebab bukti ada yg diorg deduct dari akaun maybank..
mohon pencerahan..tq..
Kena laporkan pada pihak KTM. Nanti dia bagi 2 pilihan:
– beli tiket lain – tapi tak perlu bayar tambahan asalkan ada bukti pembayaran)
– refund terus dalam akaun dalam masa yang ditetapkan.
Terima kasih.
As salalm Adlan, Aunty dan beberapa kawan warga emas nak menaiki ETS menuju ke Arau (return). Ada beberapa perkara mohon penjelasan:
1. Bolehkah tiket di beli secara online
2. Adakah potongan harga untuk warga emas. Kategori warga emas bagi umur 60 keatas atau 55 keatas.
3. Purchase online butiran peribadi mestikah mengikut nama di kad pengenalan
4. Apakah perbezaan antara platinum, gold dan silver.
Mohon pencerahan memandangkan aunty dan kawan2 nak merasa naik ETS. Kami semuanya dan berusia 60 thn
Terima kasih.
Waalaikumsalam Aunty Fuziah. Saya cuba jawab.
1. Tiket boleh dibeli secara online.
2. Potongan harga untuk warga emas tidak boleh dibuat secara online untuk mengelakkan penipuan. Kena pergi ke kaunter.
3. Butiran peribadi untuk rekod dan nama ringkas pun boleh.
4. Setahu saya cuma ada gold dan silver. Gold mempunyai tiket berharga RM35 dan Silver tiket berharga RM25. Gold 4 kali sehari dan Silver 3 kali sehari.
Terima kasih
Assalamualaikum. Saya terbeli ticket dari bt.gajah ke kl sentral ,jam 9 malam. Kalau saya nak tukar masa, tapi tarikh yang sama boleh ke? Atau saya perlu beli ticket baru? Terima kasih.
Waalaikumsalam. Saya tak pasti. Kena rujuk dengan staf KTM. Kalau ada kekosongan mungkin boleh tukar masa.
Terima kasih Adllan. Maaf lambat response sebab busy dengan kelas dan persiapan nak ke Europpe Sabtu ini. In syaa Allah nak ke Perlis selepas kembali dari Europe. Terima kasih sekali lg atas penjelasan di atas. May Allah bless you.
Aunty Hajah Fuziah Haji Ibrahim
Terima kasih Aunty 😉
As salam adlan, klu silap pilih no seat blh tukar x?
Hi, pls help..I want to buy ticket from kl sentral to Alor star..what seat no should I choose to have a Seat that facing forward(same direction)..
When from Alor star to Kl…what seat no to choose…pls help
Thank you
Bila boleh tiket ets ? Mengikut KTM sebulan sebelum perjalanan. Tapi sekarang saya masih tidak boleh booking online sedangkan saya nak pergi ke Langkawi pada 2/12
Hi, do you know for ETS Platinum, facing north, what number seats should I select? Thanks
You need to look which section is fully occupied. That’s the front facing ones. It maybe different based on the direction.
Aduh, youe seating image wrong already. Please change.
Go Ipoh, only DEF 1-9 facing forward.
ABC is terbalik… My parents now want to vomit, gg.
My apologies. Always check which seats they fill up first before booking your seat. That’s the front facing direction.
Kalau nak belikan tiket untuk orang lain secara online tapi kita bayar menggunakan online banking kita. Macam mana nak ambil tiket sbb yg bayar org lain tapi yg punya tiket orang lain. Boleh ke hanya screenshort dan penumpang tadi tunjukkan di kaunter utk ambil tiket?
assalam, tiket tu bila kita dh buat payment ape smua, tiket tu kena print eh? bukan tunjuk yg kita ss dekat stesen nanti?
Sebelum naik train, boleh pergi ke kaunter minta staf print kan. Bagitau la jika takde printer kat rumah.
Assalam…bila kita da print tiket then nk naik train tu…sblom nk masuk dkt tmpt menunggu train…kan ade penghadang elektronik kn…mcm mne tu?…scan QR code ke or gi dlu kaunter amik tiket ke mcm mana…maaf x thu
Untuk penumpang ETS, ada laluan khas tak perlu ikut gate tu. Nanti pegawai KTM akan tunjukkan.