Salam.
Google Reader akhirnya telah ditamatkan perkhidmatannya pada 1 Julai 2013. Aku ingatkan 1 Julai dah tak boleh akses, rupanya masih boleh. Masuk 2 Julai 2013 PST (waktu Pasifik USA), baru tak boleh akses.
Aku ialah seorang pengguna tegar Google Reader. Melalui Google Reader, aku boleh membaca blog-blog dari seluruh internet dengan mudah dan pantas. Bila Google mengumumkan untuk ‘bunuh’ Reader, maka aku pun mula mencari alternatif.
Aku lebih sukai versi web berbanding klien desktop. Aku pun mula mencuba pelbagai klon Reader. Antaranya Inoreader, Commafeed, Digg Reader dan Feedly. Penat juga nak import data dari Reader. Tapi sebelum Reader dimatikan, aku mula mengemas langganan dan menapis blog yang masih relevan dan dikemaskini.
Perbandingan antara beberapa pembaca RSS
Berikut adalah perbandingan ringkas. Aku cuma uji apps ni secara permukaan saja, tak menyentuh secara keseluruhan.
Inoreader | UI seperti Google Reader. Cuma tiada sokongan dengan apps lain. |
CommaFeed | sebuah projek sumber terbuka (open source) yang belum matang dan tiada sokongan apps lain |
Digg Reader | UI sedikit lain dan agak kurang features seperti Reader. Belum matang. |
Feedly | banyak features, ada app iOS dan Android dan ada sokongan dengan apps lain. |
tak boleh belek satu persatu artikel. Tiada versi web. | |
Kouio | Rasa tak berbaloi untuk membayar $5 sebulan. Tiada versi app |
Reader pilihanku : Feedly
Satu lagi yang menarik ialah Feedly telah membina sistem cloud mereka. Dulu Feedly hanya bergantung dan synchronise dengan Reader tapi kini mereka sudah boleh berdikari.
Tapi antara yang penting ialah turut mendapat sokongan apps lain seperti gReader dan pelbagai lagi.
Apakah pembaca RSS pilihan anda?
Kredit gambar: Feedly Blog
sedih sbb feedly tak boleh pakai kalau offline…Saya suka pulse or Newsify..sbb suport offline in ipad mini
Terima kasih atas info. Dalam entri ni saya cuma berkongsi jenis web app untuk kegunaan desktop. Tapi memang menarik juga jika ada feature offline reading bila travel dengan tablet.
Pingback: altera - Akmal Sehat - Akmal Sehat